Padang-Bukit Tinggi - Rindu Iyen

11:08 PG JunAina 13 Comments

Percutian keluarga. Boleh dikatakan begitu kerana kali ini perjalanan Aina selain suami dan anak-anak turut di sertai oleh mak serta mak saudara iaitu adik mak Rosnani Senapi serta suaminya Othman Ali yang kiranya macam mak Aina jugak la kat sini. Tempat menumpang kasih dan tempat mengadu sebab mak sendiri jauh. Perancangan telah lama dibuat. Tentulah sejak AirAsia adakan promosi. Kiranya tiket dah tempah akhir 2012. Tiket berlima termasuk bagasi 30kg masa balik Rm415, mak punya tiket beli asing Rm144 pasai bila klik untuk 6 orang tiket jadi mahal. Makcik dan pakcik punya beli next sale Rm298 termasuk 20kg bagasi. Biasanya Aina hanya booking tiket dahulu dan tambah yang lain-lainnya kemudian.

Berlepas dari LCCT pada pukul 1.55pm dan tiba pada pukul 2.00pm waktu tempatan. Perjalan hanya mengambil masa 1 jam 5 minit. Anak-anak pun tak sempat nak lelap macam pergi Sabah dulu. Kali ini Aina tak booking makan so dalam kapal terbang hanya belikan maggi yang harganya Rm1.80 jadi Rm6 dalam kapal terbang tapi kesiankan anak belikan jugak. Abah oder white coffe dikongsi dengan mama, mak tok tak mau apa. Mummy kat belakang tido, daddy pulak layan jiwa pasai depa dua terpisah dengan walkway.

Sampai je kita orang dapat Imigresen yang sangat kerek. Suruh beratur betul-betul dalam satu barisan kalau tak dia tak nak periksa pasport. Adoyai. Keluar je terpampang nama Mrs Junaina. Letih le si Aldi menunggu kerana kami adalah penumpang terakhir yang keluar. Aina sebelum datang dah buat research sikit. Bookinglah Aldi jadi supir yang datang dengan KIA Pergio untuk kami berlapan, minta dia bookingkan hotel jugak. Harga kena tanya dialah kerana masa Aina pergi tu ada ura-ura Indonesia akan naikkan harga petrol 100%.

Tempat pertama kami pergi adalah rumah seorang kenalan yang pernah menyewa di sebelah rumah semasa mengikut suaminya menyambung pelajaran peringkat Kedoktoran di UKM juga merupakan pensyarah di Politeknik Andalas. Jiran yang dah jadi macam keluarga sendiri. Jadi sebulan sebelum pergi maklumkan pada dia, Iyen dan keluarga sangat gembira menyambut kami. Perjalanan ke rumah Iyen mengambil masa setengah jam dari lapangan terbang.

Sebelum terbang di LCCT menunggu Daddy entah merayau kemana. Paling penting percutian kali ini mak kesayangan dan anak-anak happy walaupun mama tak sihat.

Mak Tok dan cucu kesayangan. Terasa seperti dia sayangkan mak tok dari sayang mama....sensetif sangat mama!
Selepas dua tahun tidak bertemu Nicaldo atau Aldo (lupa sudah nama penuhnya) dan Lania Pricillia Ayu sudah besar. Kedua-duanya pernah bersekolah di Malaysia. Anak-anak ini menunggu kami di jalan besar untuk ke rumah mereka, menjadi pemandu arah. Seorang lagi si kecil Keysha lahir di Malaysia sembunyi di bilik sehingga kami pulang.

Kami masih mengekalkan silaturrahim walaupun berjauhan. Biasanya berchatting melalui FB. Iyen berbesar hati menerima kami sebagai tamu. Berbesar hati juga menyiapkan rumah untuk kami bermalam tetapi Pak Tuan menolak dengan baik. Mungkin di lain kali kami akan bermalam di sini. Syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya kami dapat berjumpa juga.

Menjamu selera dengan masakan Padang air tangan Iyen. Berbaju putih adalah suami Iyen yang biasanya kami hanya memanggilnya Papi Lani. Nasi putih, masak lemak cili padi ikan dan rendang daging yang marbeles tapi semuanya memang pedas. Mummy sempat lagi tanya-tanya resepi dasar pengurus katering, asal rasa sedap je tanya resepi...hahaaa...

Alhamdulillah. Ukhwah yang terjalin bukan setakat mereka di Malaysia sahaja. Ada rezeki mungkin akan pergi lagi, mungkin akan memilih untuk bermalam di rumah Iyen sahaja. Memenuhi permintaan yang tak tertunai kali pertama sampai ke sana. Kawasan perumahannya terletak berhampiran Politeknik Andalas. 

You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum Aina

    moga ukhwah berterusan

    BalasPadam
  2. jauhnyer terbang tapi g ramai2 mmg meriah & seronokkan

    BalasPadam
  3. best kan ada kenalan di tempat yang kalau kita berkunjung ni.. terasa seperrti saudara...

    BalasPadam
  4. mestilah seronok jumpa balik kawan lama.. tambah2 kita berada kat tmpt dia rasa gembiraler kan... padang dan bukit tinggi memang nostalgia...

    BalasPadam
  5. si kecik keisha menyorok kak? heheh...mesti comel budak tu...

    BalasPadam
  6. Owhh buat passport nak ke sini laa yer.. Bestnyaa.. Aina.. dpt plak jumpa kawan lama.. :)

    BalasPadam
  7. bestnya..skrg pun AA ada buat promosi gi sana 126 return..huhu..dee tak jadi pegi sbb kawan change plan gi umrah..xpe..next year je..

    BalasPadam
  8. sonokkan leh gi jenguk2 kampung rumah bibik kat indon tuuu..,UUhuu

    BalasPadam
  9. Salam..

    Bagusnya.. dapat jalan2 satu keluarga, dapat eratkan lagi silaturahim dengan rakan lama.. seronokkan bila kedatangan kita dirai..

    BalasPadam
  10. kenapa yang sorang tu sembunyi dalam bilik..segan dgn orag luar ke...

    BalasPadam
  11. best kan jalan2...saya kesana tahun lepas.beli punya beli kain akhirnya tak terbuat pun baju..simpan dlm lemari saja dik oi.

    BalasPadam
  12. Salam,

    Ingin mengetahui tentang Padang Bukittinggi? Kami di sedia membantu anda untuk tour ke Padang Bukittinggi bersama keluarga.

    Kami menawarkan pelbagai pakej percutian yang bajet dan mengikut kemampuan anda.

    Perkhidmatan kami seperti booking hotel,sewa kenderaan dan pemandu,perkhidmatan pemandu pelancong dan sebagainya.



    Untuk maklumat lanjut,boleh lihat blog kami di:
    http://freelancetour.blogspot.com/



    Sebarang pertanyaan,jangan malu dan segan,sila call/sms/whatapp di talian 0126665436



    Sekian terimakasih

    BalasPadam
  13. Baru balik dr Bukittinggi minggu lepas. Saya guna khidmat Aldi Safri utk 2nd trip nih. Sgt2 enjoy & very memorable. Masa 1st trip dulu, saya guna Kita Holiday Travel & Tours. Kami dpt driver yg suka bawa kat tmpt2 shopping yg tak best & paksa2 kami beli kat tempat tu. Kualiti tak cantik pun. Mungkin tmpt yg dibawanya tu dia dpt komisyen yg tinggi kot. Pastu, bila minta bawa kat tempat lain yg kami nak pegi, byk plak alasannya. Tension kami dpt driver mcmni perangainya. Berbeza dgn Aldi, dia ikut je kemahuan kami mana nak pegi. Dia jgk akn bagi suggestion yg mana patut pegi dulu & tempat mana yg patut pegi kemudian. History knowledge pun bagus. So, sape2 yg berminat, boleh wasap Aldi kat no ni +6281363385879.

    BalasPadam