Rumah Baru Kami

3:36 PTG JunAina 26 Comments

Kehidupan seharian kita penuh dengan cerita suka dan duka. Syukur alhamdulillah. Di dalam cerita duka kebelakangan dari kehilangan barang, perginya ahli keluarga menemui penciptanya, kehilangan bayi yang sedang dikandung terselit juga sedikit cerita suka di celah-celahnya.

7hb Febuari 2013 Zana dari Zainal, Ithnin & Partners telefon bagitau dah boleh ambik kunci rumah. Syukur alhamdulillah. Segalanya selesai dalam masa yang ditetapkan bahkan cepat hampir sebulan. Jadi kalau korang nak beli rumah area Kajang atau Bangi boleh pertimbangkan pejabat peguam yang ni. Layanan dan penerangan pun bagus. Tak menyesallah appoint depa. 13hb Febuari 2013 Aina dan Pak Tuan pergi ambik kunci dan tandatangan apa yang patut.

Dah dapat kunci esoknya selesaikan pulak urusan Syabas dan TNB kerana tuan rumah dah potong bekalan. Peringatan pada kawan-kawan semua masa ambik borang pastikan dokumen diperlukan dan buat salinan. Aina hari tu kat Syabas Kajang sampai 2-3 kali keluar. Masa kat TNB Bandar Baru bangi semuanya lancar coz pekerja TNB dah tanda semua dokumen yang perlu dibuat salinan dan berapa bayaran yang perlu.

Hari Sabtu 16 Febuari Aina anak beranak pergi cuci rumah. Masa tu dah tahu baby dah tak ada dan akan D&C esoknya tapi kuatkan semangat jugak nak tengok rumah. Lagipun penyewa dah tak menyempat nak masuk. Ikut hati memang nak duduk kat situ tapi nak legakan sikit akaun bank yang dah kering jadi Aina sewakan dulu rumah ni buat sementara waktu. Angkat air naik atas coz masa tu air tak naik kat tangki. Cuci bilik air, mop lantai dan cuci tingkap. Kat bawah kami main air lagi satu rumah penuh air dan sabun. Nasib baik anak-anak tolong. Buat abang Iqbal terima kasih tolong mama dan abah. Adik waktu tu tak sihat kerana sehari sebelum tu cerit-berit.

Alhamdulillah Ya-Allah. Rahmatmu sentiasa luas buat hambamu. Moga-moga selepas ini akan ada rezeki lagi buat kami yang melimpah ruah. Di beri kesihatan yang baik supaya dapat terus beramal ibadat kepada Mu. Berjuang demi agama. Menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Moga-moga akan menjadi ibu yang baik dan isteri yang sentiasa taat pada suami (tiba-tiba hati ini tersentuh).


Rumah Baru Kami Kelak
Si kecik Hikram tengah lentang dengan bahagianya. Doc Hanie jangan marah ok, saya dah makan ubat walaupun tak nak ambik injection kerana saya fobia dengan jarum.

 
Pembantu tetap. Abang Iqbal, adik Hikram dan Baby Alya. Bertungkus lumus cuci lantai bahagian atas. Alhamdulillah anak-anak ringan tulang nak tolong.

 Lepas cuci rumah bagai laparlah pulak. Makan nasi bungkus bekalan dari rumah. Baby Alya memula makan walaupun kerjanya hanya menyibuk je.

Abah kat pagar, betulkan peti surat agaknya. Memang kami tak sempat nak cat langsung pagar dan tembok tu. Dua minggu je dapat pegang kunci dan keluar masuk rumah tu. Penyewa tak sabar nak pindah rumah jadi tak boleh salahkan kita orang jugaklah.

 Merenung di kejauhan (sebenarnya dok renung abah kat pagar). Kepenatan mencuci rumah juga sedang mencari kekuatan mental dan fizikal untuk menghadap hari esoknya. Temujanji 8am di KPMC untuk D&C. Penuh debaran kerana ini pengalaman pertama.

Segalanya berlalu sudah. Rumah siap di huni, Aina juga sudah kembali bekerja walaupun kesihatan masih lagi kurang memuaskan. Tuntutan tanggungjawab yang tidak boleh di pandang remeh. Semoga esok matahari akan lebih bersinar. Salam sayang semua. 


You Might Also Like

26 ulasan:

  1. Itulah PemurahNya Dia kan...

    Di uji..da di anugerahkan rezeki...

    So, mmg sewakan dulu ke rumah baru ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya macam tulah doc. Banyak perkara perlu di pertimbangkan untuk duduk kat sini terutama urusan anak2. Lagipun saving dah mengecik almaklumlah beli rumah 2nd hand perlu modal yg banyak.

      Alhamdulillah. Aina dapat harga rumah below Rm300k. Lepas 4 bulan proses jual beli kebanyakan rumah yang nak jual area situ min Rm350k.

      Padam
  2. Aina, kerja paling letih ialah cuci rumah, tapi bila dah brsih rasa puas pulak kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak IndaMarya cuci rumah kosong tp yg letihnya terpaksa hangkut ayaq naik ataih pasai tekanan ayaq tak sampai ke tangki.

      Padam
  3. Dsh nsmanya sebhah kehidupan. Duka duka silih bertandang. Redha dgn apa yg kita terima. Di bangi ke tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jun beli rumah kat Kajang belakang Jenaris. Kiranya senang le nak shopping kat Giant tu, Tesco pun dekat jugak.

      Padam
  4. Alhamdulillah. Kat kawasan mana ni kak? Saya dok kat tmn kajam impian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Fiza. Rumah ni kat Taman Taming Impian, Kajang. Dekat dengan Giant.

      Padam
  5. Disebalik kepayahan ada diberi kesenangan oleh Allah.. Syukur.. atas rezeki yang lain kan..

    Cantik umah baru Aina.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Rinna... Saya juga ada hutang denga Rinna...tunggu punya tunggu dah makan tahun ek? Adoyai...

      Alhamdulillah...rezeki anak2 Rinna.

      Padam
    2. Inilah contoh Supermom and Superwife and Superstaff.. teruskan perjuangan selagi mata belum tertutup..chaiyok!

      Padam
  6. salam singgah, salam perkenalan... got here from blog my little diary :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..
    Melabur membeli rumah pulanganny lumayan...
    Untuk anak2 juga...

    BalasPadam
  8. merenung jauh akak..
    semoga akak tabah yer...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sudah ada asset masa hari tua nanti walaupun tak sempat nak duduk lagi.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..besar juga rumah akak...

    BalasPadam
  11. mula2 takziah dee ucapkan atas kehilangan tu..dee tak perasan pun sis aina...maaf ye..

    apapun tahniah sbb nak pindah rumah baru dah..anak2 semangatlah tu..insyaallah...setiap yang ditarik dari kita diganti dengan yang lain sis..Allah SWT kan perancang yang hebat :)

    BalasPadam
  12. Memang tengah nak beli rumah di kawasan bangi . Boleh beri nama syarikat peguam tu ?

    BalasPadam
  13. Saya pun akan pindah ke rumah baru minggu depan. Dok cadang nak pi basuh ...tak buat2 lagi ...

    BalasPadam
  14. Hikmah dari beberapa siri kedukaan.

    Seronoknya tengok orang dah ada rumah bertingkat. Kak Azie baru saja siang tadi sembang dgn anak dara tu nak cari rumah teres area Damansara. Dah nak mula buat big plan.

    BalasPadam
  15. Nak berpindah randah ni mmg makan belanja kan kak....saya pun belum pindah lg ke rumah baru.

    BalasPadam
  16. Bestnya dh ada umah sendiri...

    BalasPadam
  17. takpe kak. penat sekarang, sedih sekarang, kecewa sekarang, tapi janji Allah tu pasti. setelah ada kesulitan pasti Allah akan beri kemudahan. :)

    BalasPadam
  18. hidup memang tak lari dr ujian dan dugaan, itu semua warna warni kehidupan...sentiasa tabah, sabar dan redha...

    itu kepenatan membasuh rumahlah tu heee

    BalasPadam
  19. wah! alhamdulillah.. hehe.. gamba last tu merenung ke menunggu cik abang siapkan posbox? kua kua kua

    BalasPadam
  20. syukur kan ada rumah..alhamdulillah..thanks aina sudi follow me..terharunye..hehe..;)

    BalasPadam