Puasa Sunat Arafah Biskut Empat Segi Cicah Nescafee

10:58 PG JunAina 12 Comments



Jumaat 3hb Oktober 2014 cinta hati saya telah berada di Padang Arafah telah bertolak semalam dan telah sampai lebih kurang pukul 9 malam waktu di sana. Saya mendapat sms pada pukul 1.58am dari dia. Doa agar cinta hati saya sentiasa sihat serta dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.


Di sunatkan kepada kita yang tidak menunaikan ibadah haji untuk berpuasa Sunat Hari Arafah yang telah ditetapkan esok 4hb Oktober oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Malaysia. Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 5hb Oktober bersamaan 10 Zulhijjah kerana 1 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat 26hb September 2014.



"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad"



Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-


1. Orang-orang yang mati syahid

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. cukup ke biskut ngan nescafe tu kak....klik nuffnang kat sini ye...SA mcm ari ni...

    BalasPadam
  2. Rebut peluang yg dtgnya bukan selalu dlm kehidupan kita kan Aina. Masa sihat inilah kita buat bila dah tua tak larat kelak entah mampu entahkan tidak...

    Selamat hari raya aidiladha dari kakak...

    BalasPadam
  3. ramai jg hari ni yg berpuasa...ikut smlm...


    p/s nnt bla2 ms akk check peti surat yaa...

    BalasPadam
  4. biskut ni cicah milo memang menjadi... salam jumaat kak..

    BalasPadam
  5. http://madey09.blogspot.com/ done follow first

    BalasPadam
  6. inshaallah sama2 amek peluang puasa arafah nie..biskut 4 segi kalo makan time lapar blh abes berkeping2..:)

    BalasPadam
  7. kat opis, ramai berpuasa dari semalam membawa ke esok kata mereka...

    BalasPadam
  8. Selamat berbuka nanti Aina..maaf lately jarang melawat, sibuk Farhan dah nak nikah.. mohon hantar alamat rumah ke 013-3672459 ya. Tk

    BalasPadam
  9. Salam JunAina ..slmt berpuasa & berbuka yer...

    BalasPadam
  10. moga cinta hati Aina dikurniakan haji mabrur. rezeki dia kerana tahun ini haji Akhbar..

    BalasPadam
  11. same cam kite ni breakfast pagi ni, biskut lemak cicah kopi je

    BalasPadam
  12. Lama dah tak buat kerja tu Aina sebab lama tak beli biskut kat rumah ni hehe....
    Roti cicah nescafe malam hari tu ada buat haha

    BalasPadam