Budak Sekolah Bergaduh
Umur 13 tahun tempoh peralihan dari kanak-kanak bakal memasuki alam remaja, pemikiran pula masih belum matang. Sebagai ibu-bapa kita adalah pembimbing terbaik selain cikgu di sekolah. Bergaduh di sekolah adalah perkara biasa bagi anak-anak selagi tidak menimbulkan sebarang perkara serius seeloknya kita sebagai ibu-bapa usah campur tangan selain memberi nasihat terbaik buat ana-anak bukannya menyokong anak membuta-tuli mahupun terus memanaskan keadaan.
Kesibukan kerja tidak membataskan waktu untuk saya mengambil tahu urusan persekolahan anak-anak mahupun cerita-cerita peribadi mereka. Anak-anak senang sekali berkongsi cerita berkenaan kawan-kawan mahupun 'special friend' mereka. Saya tidak mampu menghalang mereka untuk mempunyai 'special friend' kerana itulah trend anak-anak zaman sekarang, dari dia berbuat dibelakang tanpa pengetahuan saya lebih baik saya tahu dengan siapa dia berkawan, siapa ibbu-bapanya mahupun rumah di mana. Saya tidaklah bersifat sangat terbuka cuma saya hanya mengambil tahu aktiviti mereka, itu cara saya memantau anak-anak dengan syarat pelajaran adalah nombor satu.
Balik kerja Sabtu yang lalu saya berbaring di katil bersama kakak Hayani, bercerita macam-macam perkara. Ada kalanya kami serius kadang-kadang kami ketawa dan dia bercerita mengenai seorang kawannya. Menghulurkan telefon bimbitnya meminta saya membaca whatsapp dari seorang kawan yang dikatakan mewakili kawan yang bergaduh bergaduh dengannya.
Dia memanggil kakak Hayani dengan perkataan 'slut' atau perempuan murahan. Berbalas-balas whatsapp sehinggakan dia mengaku telefon bimbit kakak di rampas sebab dia yang report pada cikgu. Dia minta izin bawa telefon bimbit ke sekolah pada hari sekolah ganti dan salah saya sebab izinkan dan memang saya tidak marah semasa pergi menuntut kembali telefon bimbit tersebut. Dia juga mengatakan yang keluarga kami pelik sebab anak buat salah pun ibu-bapa tidak marah. Bagi saya itu adalah pengajaran buat kakak Hayani supaya lain kali dia tidak akan membawa telefon bimbit ke sekolah lagi, marah bukan penyelesaian terbaik.
Selepas panjang membaca apa yang tertulis sebagai ibu saya hanya memberi komen yang terbaik. Usah di layan usah panjangkan cerita, lagipun sekelas nanti setiap hari muka itu juga akan kita jumpa. Tidak perlu timbulkan konflik di dalam kelas tempat kita mencari ilmu. Kakak Hayani angguk.
Rupanya kisah tak habis disitu. Petangnya Kakak Hayani mendapat whatsapp warning dari ibu kawannya. 'Kenapa awak bergaduh dengan anak untie? Kalau apa-apa terjadi pada anak untie siaplah awak untie tak akan lepaskan awak dan akan cari awak'. What a fishhh!!! Budak-budak bergaduh boleh pula emak masuk campur. Saya tepuk dahi dan malas nak layan. Saya minta Kakak Hayani mohon maaf pada mak kawannya dan tak usah layan lagi dah keduanya lepas tu. Rupanya mak budak ni kalau anak mengadu apa-apa memang pergi ke sekolah dan cari budak yang gaduh dengan anak dia. Memang naik mukalah anak kalau gitu punya perangai mak.
Semua ibu-bapa sayangkan anak-anak tetapi bila mendidik perlulah didik secara adil jangan didik anak dengan membuta-tuli. Didik anak untuk berfikir sebelum membuat sebarang tindakan. Didik anak supaya berfikiran waras. Tak perlu menangkan anak-anak tak kira dia salah atau betul tetapi nasihat secara baik supaya dapat megelakkan perkara sebegitu lagi kelak. Sebagai inu-bapa jangan musnahkan masa depan anak-anak sendiri.
Memang masih ada ibu-bapa yg kurang rasional dlm dunia serba maju ni Aina
BalasPadamNasib baik dia tak bertemu buku dan ruas. Bayangkan kalau Aina pun macam ibu budak tu tak ke haru jadinya... kesian Hayani...
setuju kak, kalau anak buat salah jgnlah dibela, nnt naik muka..pesan mak sy gitu jgk
BalasPadamwalaopun sy anak tekak je ade...hehe
dia bila mak/ayah yg terlebih emo nak masuk campur hal gaduh budak2, tu yg makin memburukkan keadaan...
BalasPadamDuhhh...bila mak bapak campur tangan sebegitu mcm dorang pun tak matang jgk..sepatutnya nasihatlah anak sendiri dulu ..kalo serang bebudak gitu memang anak naik muka..*-*
BalasPadammmg la mak/ayah akan terINGIN nak masuk campur cuma lebih baik pantau tanpa masuk campur...
BalasPadamBagus pendekatan awak tu Aina...kadang kadang elok jugak mereka belajar dpd kesilapan biar mereka ingat sampai sudahkan....
BalasPadamNak menangani remaja zaman ni bukannya mudah....
budak2 zaman sekarang
BalasPadam