Kisah Indah Hikmah Orang Yang Bersabar
Merenung kebesaran Allah s.w.t yang maha hebat. Dia membiarkan awan kelabu berarak mendung meruntun hati umatnya, di pengakhirannya dia memberi nikmat pelangi berwarna-warni yang sangat indah. Hanya mereka yang tahu bersyukur merasa nikmat yang meresap di jiwa.
Kisah serta tauladan yang memberi keinsafan di jiwa. Bermula apabila seorang anggota polis sedang bertugas memarahi seorang anak kerabat di raja di tanah kelahiran saya kerana bermain di tempat merbahaya tanpa dia mengetahui status remaja tersebut. Padahnya dia telah di gantung kerja. Ramai yang menasihati dia supaya berhenti kerja secara baik, menerima wang perkhidmatan dan duit pencen berjalan seperti biasa.
Berpegang berani kerana benar dia mengharungi detik getir di dalam hidup dengan penuh ketabahan. Membesarkan anak-anak tanpa sokongan isteri yang telah lama meninggalkannya bersama anak-anak serta menghadapi pertuduhan yang tidak sepatutnya. Bagi menyara keluarga dia meneruskan perniagaan barang-barang dari Thailand yang dijalankan secara kecil-kecilan dari rumah-ke rumah.
Penyerahan diri kepada sang pencipta amat menyentuh jiwa, keazaman yang kuat terpahat di hati. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis masih diteruskan seperti biasa. Bermunajat, bertahajud dan merayu kepada Dia yang kekal. Dia menyerah sebulatnya keputusan kepada Allah. Apa yang pasti dia tidak tidak tunduk kepada desakan makhluk Allah tetapi hanya berpegang pada janji-janji Allah.
Hampir dua tahun dia hidup sebegitu namun melihat air mukanya tiada riak penyesalan, hanya senyuman hanya kegembiraan setiap kali bercakap dengan dia. Suatu hari sedikit demi sedikit mendung itu kain berlalu, menampakkan sedikit sinar matahari dan tiba-tiba pelangi muncul di celah-celah awan yang semakin memutih.
Allah s.w.t tidak akan menganiya hambanya, itu janji Dia. Akhirnya dia kembali menyarung seragam biru kebanggannya. Kembali menjalankan tugas dengan rasa bangga kerana selama ini dia berada di pihak yang benar.
Merayulah kepada Allah bagi setiap permasalahan yang kita ada. Berperasangka baiklah di atas setiap ujian dari Allah buat kita. Akan ada sinar kegembiraan di penghujung setiap ujian.
Betapa kuat insan itu berhadapan dengan dugaan itu.. namun akhirnya dia berjaya menggapai pelangi yang menggembirakan..;)
BalasPadamAllahuakbar..sangat menginsafkan..Aina, mohon sangat sms atau wasap che mid di 013-3672459 ya..pleaseee
BalasPadambetul tu kak.semua ada hikmah kan kak =)
BalasPadamtabahnya....
BalasPadamp/s da terima 'surat' sy? ;-)
Begitulah ganjarannya bagi mereka yang cekal dan bersabar...
BalasPadamTapi akibatnya hingga org tu terpaksa kerja lain demi keluarga Aina bayangkan. Kesian kan.. Tak apalah di dunia dia lepas di akhirat yg pasti ada balasan menanti. Org sabar memang patut dpt balasan terbaik sebelum ajal... inilah hikmahnya.
BalasPadamYa..Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA..
BalasPadamSedih saya tgk mentaliti sultan dan raja2 di Malaysia, ada yang memang hidup menongkat langit, lupa bahawa ke liang lahad yg gelap itu lah tempat semua manusia, tak kira pangkat & darjat
Yang benar akan muncul jugak akhirnya ...ye dak....
BalasPadam