Rehat dan Rawat PLUS Kawasan Larangan Merokok Selamba Juga
Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya PLUS telah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok, banyak banner bergantungan di kawasan gerai makan terutamanya. Bagi yang tidak merokok ini adalah kelegaan yang amat sangat. Bayangkan sedang kita makan ada umat manusia dengan sesedap rasa menghembus asap rokok di sana-sini.
Tabiat merokok ini memang sukar dibuang terutama bila selepas makan. Bukan lelaki sahaja yang merokok ada juga perempuan yang tidak segan silu merokok mungkin itu cara mereka meletakkan diri dalam kumpulan tersendiri. Walaupun banner telah diletakkan sebagai peringatan masih juga ada insan-insan yang tidak perihatin terus menghembus asap rokok dengan rakus.
Baru-baru ini saya singgah lagi di Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan. Di setiap tiang yang menempatkan gerai makan di gantung banner tersebut. Kalau tak nampak juga tak tahulah, sekiranya buta huruf pun gambar pun sudah cukup menyampaikan maksud. Pemerhatian 45 minit di situ kadar pemamahamn semakin meningkat sebab tiada yang merokok semasa berada di kawasan gerai makanan.
tabiat yg susah nak luput kak...mmg tabiat dieorg lepas perut kenyang makan sure nak menghembus....nak buat camne? tahan hidung ajek laa bau asap rokok busuk tuh.....
BalasPadamkalu sorg da mulakan yg lain2 pun buta jg kak...
BalasPadamMungkin kalau dikenakan denda, baru ada sedikit reaksi kot. Moga para perokok tegar bersimpati dengan orang yang alah dengan asap rokok, macam Kak Ain ni. Dah dua kali semput bagai nak mati.
BalasPadamKalau lelaki merokok tak pe lagi tapi kalau pompuan yang merokok nampak sangat tak comeykan Aina...
BalasPadam