Rindu Angin Kampung

3:46 PTG JunAina 12 Comments




Kampung saya jauh nun di utara tanah air bersempadan dengan Thailand, berkelana mencari rezeki di bumi Allah sehingga ke Kuala Lumpur. Takdir rezeki saya tertulis di sini demi kelangsungan hidup maka menjadi pemastautin tetap saya di sini.


Kebiasaannya bila ada cuti berkembar saya akan mengambil kesempatan untuk bercuti di kampung dan saya akan sambung dengan cuti tahun sekurang-kurangnya cuti menjadi 5 hari. Perjalanan balik kampung mengambil masa 6-7 jam begitu juga sebaliknya jadi untuk pulang pada hari cuti hujung minggu adalah tidak berbaloi dengan penat dan belanja perjalanan.


Menjadi kelaziman kami bercuti pulang ke kampung pada Tahun Baru Cina dan cuti Hari Raya Puasa selebihnya mengikut keperluan keadaan.Setiap kali pulang bukan sedikit perbelanjaan yang perlu jadi bajet melancong banyak dihabiskan untuk pulang ke kampung tetapi itulah kegembiraan kami walaupun tak dapat melancong tempat best-best hati kami sekeluarga tetap sangat gembira bila dapat balik ke kampung.


Esok saya dan anak-anak akan mengharungi perjalanan lebih 500km kebiasaanya juga jalan akan sesak. Kesihatan pulak agak kurang bagus selsema dan demam mula menyerang. Harap esok saya dapat memandu dengan baik dan selamat tiba ke kampung. Rindu langit kampung! Mak baru sahaja 2 minggu balik dari Kajang jadi rindu masih mampu ditahan.


Walaupun saya gembira bila berada di bawah langit tenah kelahiran hati tetap terkenang si dia yang ditinggalkan. Janan nakal-nakal sepanjang kepergian isteri. Pandai-pandailah jaga diri. Rindu akan tetap meruntun hati.



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. selamat pergi dan selamat pulang kak...

    BalasPadam
  2. Balek kampong tu dapat berkat...

    BalasPadam
  3. Kat sempadan Thailand tu di mana, kat Perlis ka atau utara Kedah?
    Apa pun selamat bercuti di kampung dan berhati-hati memandu...

    BalasPadam
  4. selamat bercuti... drive safely kak

    BalasPadam
  5. betul tu kak...kalo kampung halaman nun di hujung pantai timur...nun di hujung utara....baik balik bile ade cut panjang kan kak.... dpt lama sikit di kampung..takde laa penat kat atas jalan jek....

    selamat bercuti kak...hati2 di atas jalan raya....

    BalasPadam
  6. wahhh syoknye balik kg ....
    mesti besh ..sana ikan fresh dan murah .... sawah padi plak ... fuhhhh

    BalasPadam
  7. naper cik abg tak ikut sekali balik kg kak? semoga selamat dlm perjalanan... sapa yg tak syok kalu dpt balik kg kak... seronok nyer lain mcm

    BalasPadam
  8. Berani akk drive jauh jauh. Knp husben akk x ikut balik. Teringin nak pi thailand tp lupa pulak nk bw balik passport. Hu hu hu

    BalasPadam
  9. wah gigih Aina memandu sendirian ..Syabas..demi kampung tercinta ye...nekcik kerap ke sana dulu pun masa anak sulung buat matrik kat Arau..setahun sampai 6 kali..kekadang naik train
    Hati hati dio jalan raya

    BalasPadam
  10. selamat bercuti... kalau dah dekat ngan Thailand tu alang2 dah balik kampung singgah lah sejam dua ke sana...

    BalasPadam
  11. aina, saya pulak ke KL jumpa anak2.sebab dah 2 family anak di sana.so kami pulak pi meraya cuti thn baru cina di sana.hari ni slepas 5 hari baru balik sini.puas main dgn anak cucu.

    BalasPadam
  12. Setuju dengan awak Aina....kegembiraan emak sebenarnya lebih berkat dpd kegembiraan kita melancong... Kalau tak ye ye mmg malas nak balik kampung, apa tah lagi jauh nun kat utara sana...bukan dekatkan...

    Terjawab dah soklan OKje kat entri depan tadi

    BalasPadam