Ubahsuai Bilik Air 'Waterprooving'
Pening memikirkan kos untuk
ubahsuai bilik air yang tak luas tetapi harga yang diminta oleh kontraktor
terlalu tinggi tetapi terpaksa juga diubahsuai bila lantai menyerap air dari
bilik air sehingga merosakkan 'wiring' lampu di tingkat bawah. Kos barang
tidaklah mahal tetapi bayaran yang dikenakan untuk 'labour' tak masuk akal dan
sebagai pemilik rumah kadang-kadang kita tiada pilihan. Keluasan bilik air
5.25' x 7.5' kos yang dikenakan untuk pecahkan tile, 'waterprooving' dan retile
adalah Rm5300. Pendapat saya memang tukang Indonesia tersebut 'ketuk' saya.
Berkira-kira untuk mencari
kontraktor lain sepupu saya yang bekerja sebagai askar menawarkan diri untuk
menjalankan kerja-kerja ubahsuai bersama kawannya. Bila adik dan anak saudara
bersetuju untuk datang membantu saya terpaksa menolak pertolongan dari sepupu dan sangat bersyukur kerana kerja-kerja ubahsuai boleh saya arahkan mengikut kehendak sendiri. Adik Shahizat, Syafiq dan anak
saudara Shaiful datang bersama emak dan seorang sepupu lain Adik Ab. Riuh rumah
adik saya seminggu sebab mereka duduk di rumah adik.
Kami sampai agak lewat sebab penyewa bawak anak isteri pergi jogging, agak ramai yang pergi sebiji kereta untuk orang kerja sebiji kereta saya, mak dan anak-anak. Almaklumlah mak hanya tengok rumah dari luar dulu kali ini teringin nak masuk tengok kat dalam. Tugasan bermula lepas makan-makan dan minum-minum. Penyewa menyambut kami dengan gembira dan dijamu dengan pelbagai hidangan. Kebetulan penyewa saya beasal dari Pendang, Kedah keluarganya pernah menetap di Batu Pahat, Perlis, mak suka sangat. Ini juga kali pertama saya bertemu muka dengan mereka sebeb sebelum ini semua Pak Tuan yang uruskan.
Kami sampai agak lewat sebab penyewa bawak anak isteri pergi jogging, agak ramai yang pergi sebiji kereta untuk orang kerja sebiji kereta saya, mak dan anak-anak. Almaklumlah mak hanya tengok rumah dari luar dulu kali ini teringin nak masuk tengok kat dalam. Tugasan bermula lepas makan-makan dan minum-minum. Penyewa menyambut kami dengan gembira dan dijamu dengan pelbagai hidangan. Kebetulan penyewa saya beasal dari Pendang, Kedah keluarganya pernah menetap di Batu Pahat, Perlis, mak suka sangat. Ini juga kali pertama saya bertemu muka dengan mereka sebeb sebelum ini semua Pak Tuan yang uruskan.
Ini adalah lantai asal bilik air dibahagi dua untuk bahagian shower. Tile tu sebenarnya cantik lagi cuma tak dibersihkan betul-betul sahaja.
Kerja memecahkan tile bermula. Sekejap sahaja Adik Shafiq siap proses memecahkan tile.
Inilah hasilnya. Di bawah tile tu penuh dengan pasir sebab itulah air menyerap ke lantai, hanya sedikit simen yang digunakan. Bahagian yang tengah tu bila dipecahkan juga relai.
Kasi zoom sikit. Nampak banyak pasir dari simen.
Sementara Adik Shafiq, Shaiful dan Adik Ab sibuk dengan tile saya keluar dengan Adik Shaizat ke kedai membeli tile yang baru. Tak perlu susah hati bagi tahu keluasan bilik air nanti mereka akan kirakan berapa keping yang perlu di beli. Saya hanya menukar tile di bahagian lantai sahaja. Kemudian ke warehouse sebab tile yang saya hendak tu tak ada di kedai, ambik sendiri kat warehouse.
Ini pula proses memoton paip PVC untuk paip limpah di belakang pintu bilik air. Sekiranya hujan air akan mengalir dari belakang pintu dan lantai akan sentiasa basah jadi saya minta letakkan paip terus ke floor trap. Boleh pula depa pi beli yang sama besar dengan paip keluar bila pasang saya tanya tak boleh ke guna paip kecik tapi dah siap biarkan jelah.
Kerja-kerja meletakkan simen di celah-celah tile . Senang buat tapi bagi saya agak remeh dan perlukan kemahiran. Tile perlu dicuci dengan asid sehingga bersih dan tiada sampah mahupun kekotoran. Sebenarnya kerja-kerja memasang tile dilakukan oleh anak buah Shaiful sehinggalah kerja pengemasan yang lagi 3 orang hanya membantu yang mana perlu sahaja. Semasa pasang tile Shaiful bertungkus lumus kat dalam lagi 3 hanya termenung.
Selepas habis kerja-kerja akhir. Masih nampak putih separti kapur, nanti bila digunakan akan hilang sendiri. PVC pipe ke floor trap melalui belakang toilet bowl boleh nampak kat dinding tu. Satu benda saya ternampak bila kerja dah siap adalah pipe bawah singki yang tu lain kalilah tunggu nak baiki wiring nanti saya minta orang buatkan.
Rezeki saya ada adik-adik dan anak buah yang boleh membantu. Sekiranya sesiapa ada masalah waterprooving untuk bilik air dan mencari tukang yang agak murah berbanding tukang Indonesia yang banyaknya mengetuk kita tu bolehlah saya bantu semampu yang dapat. Kalau ada rezeki mungkin anak buah saya dapat membantu untuk menyelesaikan masalah bilik air anda dengan harga yang lebih berpatutan.
memang semuanya mahal sekarang kan Aina..acik belum pun pergi survey harga lagi..takk de bocor..cuma dah belas tahun tile dah nampak kotor sangat..dann pintu pun dah rosak
BalasPadamAlhamdulillah ... nasib baik ada mereka kan kak...
BalasPadamkalau tak... nak bagi tukang "ketuk" rasa ralat ja.... ;(
Untung kalau kerja-kerja kemahiran ada dalam keluarga sendiri.
BalasPadamDpt bagi dia pendapatan satu hal, kita pun senang hati sebab 100% tak ada tipu-tipu Aina.
Pecah bilik air mmglah mahal.....tp taklah mahal smpai macam indon tu...
BalasPadam5300???...mahalnya upah dia RS..saya buat penambahan ruang bilik..18 x 26 kaki upah baru 5000...untung ada adik2 dan anak buah yg mahu menolong yer...cekik darah betul...
BalasPadamkerja2 repair dirumah kak anim di johor pun kak minta tolong adik ipar. kos nya separuh dari yg diminta kontraktor. jun...pandai dah ya bab2 repair tiles ni ya
BalasPadambersyukurnya akak adik2 n anak buah nk membantu, sekurang2nya kosnya tak la semahal ngn buruh indon tuh kan... cantik jgk bile dh siap tuh...
BalasPadamtile gelap lagi cun... !
BalasPadamwalaupun kita masuk tk sampai 5 kali sehari tapi bilik air trsgt la penting kan? kita sngup brhabis .paham2 saja la.bilik air , toilet kan penting.Tk kesitu satu hari boleh pitam kita.haha
BalasPadamMemang benar Ainaa...kalau upah orang ni memang mahal benar..lagi lagilah kalau kita tahu sikit sikit...memang susah nak upah..tapi bagi yang tak punya masa dan kemahiran memang redha jerlah
BalasPadamAs-salam aina..
BalasPadamAlhamdulillah.. banyak yang dapat dijimatkan kan.. saya pun pernah ada masalah dengan bilik air.. beribu dah duit yang terbang.. tapi masalah tetap tak selesai.. setelah beberapa kali bertukar kontraknya barulah masalah settle.. beruntung aina ada adik-adik dan anak buah yang pakar dalam bidang tu..
Barulah nampak kemas.. ;)
BalasPadamDapat jugak jimatkan duit kan kak..
Bilik air ni kalau tak di water proovingkan betul betul mmg boleh effect tingkat bawahkan Aina....Betul Aina mmg pening pikir pasal duit ni kan...
BalasPadamUntung ada anak sedara dan adik yg sudi membantu....
saya tgh cari contractor utk tukar tiles bilik air saya. blh bg contact number utk saya hubungi?
BalasPadamLeh bagi no tak
BalasPadamyer la...minta contact no.
BalasPadam