Langkah Pertama Tanyalah Allah

1:49 PTG JunAina 11 Comments


Walau apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini langkah pertama adalah paling penting. Jika kita tiada keberanian untuk memulakan langkah pertama bermakna tidak akan ada langkah-langkah seterusnya. Selepas langkah pertama kita akan melalui jatuh-bangun yang melengkapkan kitaran sehingga kita mampu berdiri gagah dan berlari.


Begitulah juga dengan setiap cita-cita kita. Angan-angan yang hanya di simpan tiada tindakan hanya mati di situ sahaja. Hanya keberanian yang akan membantu kita berjaya, memecah angan-angan yang bergelumang hanya di kepala. Bernikan diri untuk memecahkan ruyung kemudian cedoklah sagu semahunya.


Sebelum itu tanyalah Allah s.w.t apakah langkah pertama kita akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Mohon kepadanya semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan. Moga pengakhirannya kita akan merintis kejayaan.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. betul sangat!!
    setuju sangat!!

    BalasPadam
  2. insyaallah amin kak...apa yg dicoretkan betul sgt

    BalasPadam
  3. setuju kak.. Minta petunjuk dari Nya :)

    BalasPadam
  4. Tapi ada juga langkah pertama yg membawa kemusnahan. Sampai sekarang saya bersyukur anak2 lelaki saya tak merokok kerana jika mereka mulakan langkah pertama itu, pelbagai lagi langkah-langkah negatif seterusnya mungkin akan mengekori kehidupan mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu JR sebab itulah pada langkah pertama itu kita perlu bertanya kepada Allah adakah ia memberi kebaikan atau keburukan kepada kita.

      Padam
  5. Penuh makna nampaknya ni Aina....nak tukar kerja lain lagi ke?

    BalasPadam
  6. yes Aina.just keep on praying

    BalasPadam
  7. Eloklah kita mohon petunjuk dan hidayah dari Allah..muga di dorongkan ke arah yang mana lagi baik..insyaallah

    BalasPadam
  8. Untung kita jd org Islam
    Setiap sesuatu boleh jd mudah
    Solat istikharah.. Berdoa mmg sgt membantu
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  9. mohonlah petunjuk dariNya andai kita tak tahu mana yang baik...insyaallah Allah akan dorongkan ke arah kebaikan..amiin

    BalasPadam