GST Emas

3:02 PTG JunAina 16 Comments


Wanita dekat dengan perhiasan terutama barangan kemas walaupun kadang-kadang kita kata tak suka tapi kalau tiba-tiba seseorang hadiahkan mesti kita gembira. Ada juga yang kegemarannya mengumpul barangan kemas selain tukar-tukar pakai boleh di jadikan aset manalah tahu tiba-tiba suatu hari kita terdesak memerlukan duit tak perlulah tebalkan muka minta pinjam sana-sini. Hari esok tiada siapa pun tahu di mana rezeki kita. 1 April bermula GST atau Good & Service Tax sebanyak 6% yang tengah hangat di perkatakan sana-sini. GST Emas pun ada tau…


Cuma nak kongsi tak perlulah hari ini berpusu-pusu pergi kedai emas berebut-rebut sampai pitam sebab nak beli barangan kemas untuk elakkan GST esok. Bagi yang nak tukar barang kemas lama dan beli yang baru tak perlu risau sebab yang tu tak ada GST kalau ada kedai yang charge GST untuk `trade in’ sila report. Ada juga kedai emas yang mengamalkan win-win situation di mana tuan kedai boleh memberi kelonggaran unuk mengelakkan GST bagi emas baru. Nak tahu kedai mana sila email saya dan saya akan bagi alamat supaya anda dapat membeli barang kemas tanpa perlu emmbayar 6% tersebut selepas 1 April terutama sekali buat bakal-bakal pengantin.


Masa muda-muda saya tidak suka  memakai barangan kemas tetapi bila umur mula meningkat kalau keluar rumah tak pakai cincin rasa serba tak kena rasa tidak sempurna. Saya tidaklah menjadi pengumpul tegar barangan kemas sekadar serba satu sahaja yang ada tetapi kalau saya banyak duit mungkin saya akan beli juga yang lain bagi menambah koleksi yang ada. Agaknya itulah tanda-tanda penuaan bila suka kumpul barangan emas.


GST adalah benda baru yang terpaksa kita hadap tetapi setiap satu perkara mesti ada pro dan kontranya, ada kebaikan ada keburukan tidak semua perkara buruk dan tidak semua perkara baik seperti kita juga. Jadi membacalah supaya kita dapat menambah pengetahuan tentang GST. Ilmu mengelakkan kita dari menjadi dungu mahupun didungukan oleh orang lain. GST Emas? Tak perlu risau sebab bukan tiap-tiap hari kita beli emas seperti kita makan nasi berlaukkan ikan mahupun ayam.





Cincin baru saya tukar cincin lama sebab patah beli design yang simple tak perlu berkerawang bagai untuk mengelakkan patah lagi. Orang lasak macam saya tak boleh pakai design yang canggih-canggih ikut hati beli sahaja cincin belah rotan. Cincin ini tak ada GST ya sebab tukar yang lama beli yang baru cuma tambah duit sikit supaya dapat beli yang padu dengan harapan tak akan patah lagi.


You Might Also Like

16 ulasan:

  1. tak tahule plk kedai emas yg selalu saya kunjungi di Sp caj 6% atau tidak...
    beli emas ada baiknya....jadi aset, nilai tak jatuh cam duit kertas. sesekali terdesak nak guna duit cepat dan tak mau pinjam sana sini, cagarkan saja kat ar rahnu..

    BalasPadam
  2. emas saya semua saya simpan je dah sekarang ni kak..
    ada anak kecik mcm ni lah...hari tu gelang saya putus sebab si junior tarik...huhu...

    anyway, cantik cincin akak...

    BalasPadam
  3. Cantiknya cincin .. berkilauan ,

    singgah sini ye kak :)

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/job-party-birthday-ruby.html

    BalasPadam
  4. salam kak.. hanya pembetulan.. kalu trade in kena sebenarnya.. contoh emas lama RM100. beli yg baru RM200.. so penambahan RM100 tu kena gst. cuma ia bergantung kepada kedai.. kalu dia x kenakan kpda customer, mungkin dia yg tanggung gst tu.. atau mungkin dia masukkan dalam UPAH dah tapi kita xtau.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau trade in sama nilai tak perlu bayar gst, hanya lebihan belian dari harga barang yang di tolak sahaja yang perlu dibayar. Terima kasih atas pencerahan...:)

      Padam
  5. Kalau trade in emas memang kena GST betul kata Siti Hayati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zai trade in sama nilai tak ada GST kecuali ada tambahan harga yang tu kena GST.

      Padam
  6. Jgn maskawen pun ada gst sudahlah...

    BalasPadam
  7. Teringat satu iklan cincin diamond satumasa dulu
    Kita tak pakai hari-hari
    Sama mcm ayat aina
    Kita tak beli emas hari-hari...
    Betul tu...
    Jgn ikut melatah kan????

    BalasPadam
  8. simple n comei cincin akak tuh... dana pun suke cincin yg simple...

    lps ni berapa rege emas ek... ada gst bagai

    BalasPadam
  9. hmmmmm... tanda penuaan antaranya suka kumpul barang kemas ya....:)

    BalasPadam
  10. Kalau ikut apa yg Aina tulis.....tak tau la makchaq ni berjiwa lelaki ka atau belum ada tanda-tanda tua..

    Dari dulu sampai la ni tak pernah minat dengan perhiasan emas ni...pakchaq ada jugak offer.. tp pasai jawapannya sentiasa tak nak la... lama2 dia pun dah x tanya....

    BalasPadam
  11. Cantiklah Aina cincin tu. Kakak pun suka yg jenis simple macam tu
    Tapi tak terfikir pun hari itu nak tukar-tukar. Ala... pakai ajelah yg ada.

    BalasPadam
  12. Sekarang semua dh kena gst kan akak.. Farah pn minat kumpul emas jugak... Tp tak byk la..serba satu jugak.. Hehehe

    BalasPadam
  13. Okje pun baru trade in cincin Aina....lebih kurang design tu .Tak ingat ada GST ke tak, rasanya mcm ada. Hish....kalau cenggini kena reportlah ek...Nanti nak check baliklah

    BalasPadam
  14. bersinar sinar berseri gemerlapan cincinnya... sesuai

    BalasPadam