Anak Slow Learner Kerana Surah Al-Baiyinah

2:29 PTG JunAina 25 Comments


Terasa diri kecil-sekecilnya, terasa tak berguna, tak berdaya perasaan ingin menangis bertalu-talu menghentak hati. Terasa diri seolah-olah gagal menjadi ibu yang baik buat dia sehinggakan mengabaikan apa yang sepatutnya menjadi hak dia.


Mama adik tak nak sekolah esok.

Kenapa? Kerja sekolah tak siap eh?

Tak... Ustazah suruh baca surah ni ayat 1-4 tapi adik tak tahu nak baca. Adikkan baru baca Iqra 2.



Terasa ada batu yang menghempas kepala, berat sehinggakan pandangan menjadi gelap. Mendidik dia memerlukan kekutan mental serta kesabaran yang tinggi. Sebelum ini dia telah menghabiskan sehinnga Iqra 6 dan kemudian ustazah pula berpindah, untuk menghatar dia mengaji juga memerlukan masa yang lama untuk serasikan dia dengan ustazah. Selepas itu dia enggan ke mana-mana ustaz atau ustazah lagi. Kesibukan dengan rutin harian membuatkan saya alpa dengan tanggungjawab yang satu ini sehinggalah akhir-akhir ini saya seolah-olah dikejutkan dari lena yang panjang. Mengambil inisiatif untuk mengajar dia sendiri, mungkin itu yang terbaik buat dia. Kami sama-sama mengaji setiap lepas solat magrib, saya membaca Al-Quran dan dia mengulang kembali dari Iqra 1. Alhamdulillah dia masih lancar di Iqrak 1 dan 2 tetapi saya ulang-ulangkan banyak kali agar lebih melekat dihati.


Siapa yang tak ingin anak cemerlang di dalam pelajaran, cemerlang di dalam hidup. Mendapat nombor terbaik di dalam kelas mahupun mendapat pujian dari guru-guru, itu impian semua ibu-bapa. Rezeki Allah s.w.t telah tentukan anak bungsu saya sedikit kekurangan berbanding abang dan kakanya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi pasti ada hikmah di sebaliknya kenapa Allah s.w.t kurniakan saya anak 'slow leaner' seistimewa dia.


Kisah kelakar. Suatu hari saya minta dia masukkan tupperware ikan ke dalam peti sejuk sedangkan saya enak berbaring di depan televisyen.

Mama tupperware ikan kucing ke (kucing kat rumah makan ikan tupperware memang diasingkan)?

Ya. Masukkan kat bawah.

Bila bangun saya lihat tupperware yang dipenuhi ikan masih di atas kabinet dapur laju saya buka peti ais. Ya-Allah anak kenapalah letak tupperware kosong ni? Rupanya tupperware yang ada kat luar tu bukanlah yang biasa saya gunakan untuk letakkan ikan untuk makanan kucing. Memberi arahan dengan jelas sehingga dia faham adalah perlu. Sebab itu kadang-kadang sekiranya ada pesanan atau arahan dari guru jarang dia dapat sampaikan secara sempurna.


Saya perlu bangun saya perlu bangun dari kesakitan ini, membetulkan diri sendiri supaya dapat membantu dia, Menyembunyikan kesedihan agar saya dapat memberi kebahagiaan pada masa hadapannya.


Nukilan hati seorang ibu.



You Might Also Like

25 ulasan:

  1. Jangan putus asa.Kdg2 anak anak yg slow learner ni yg lebih berjaya dihari kemudian.

    BalasPadam
  2. Jangankan anak yg istimewa/ slow leaner, anak yg biasa pun, mmg kena ada kesabaran kan kak?
    Takpa, Insya Allah Hikram akan berjaya..cuma akan kena bijak mencari potensi dia...Tak semua orang berpotensi dalam bidang akademik, ada yg menyerlah potensi dlm bidang kemahiran/ teknikal.

    BalasPadam
  3. Insya'Allah..
    Mudah-mudahan Allah permudahkan setiap ikhtiar June.
    Anak-anak sebegini.. besar 'saham' nye..

    BalasPadam
  4. Allah kurniakan anak kepada kita bersama tanggungjawab dan ujian - sama ada anak itu pandai atau kurang pandai, semuanya adalah ujian...

    Semoga kita berjaya melepasi ujian demi ujian yang didatangkan...

    BalasPadam
  5. berat peranan seorang ibu untuk mendidik anak2

    BalasPadam
  6. Sokong sanagt kak. Tugas seorang ibu bukanlah mudah sebab tu syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU :)

    BalasPadam
  7. terus beri sokongan. slow ertinya perlu mengambil masa lebih tapi boleh dicapai juga inShaaAllah. lebih masanya lebih ulangannya lebih manis kejayaannya dan lebih juga ganjarannya.

    BalasPadam
  8. sayu hati lieya bace kak...in sha Allah kak....berkat doa akak....semua boleh diperbaiki....takpe biar lambat dari takde langsung.....

    tang tupperware tu kelaka jugak kak hehehehe...alah anak2 lieya pun selalu jugak salah paham arahan kan....ke lieya yg salah susun ayat ekekekeekek

    BalasPadam
  9. akak.. jangan admit dia slow learner..

    setiap anak setiap orang.. approach belajarnya dan keistimewaannya berbeza.. mungkin dia sukar terima kaedah pembelajaran yang sama macam orang lain.. tapi bukan bermaksud dia slow learner.. keistimewaannya mungkin lain dari orang lain.. cuma kita belum perasan..

    kita sebagai ibu.. kata kata itu seperti doa..

    jangan admit.. jangan sebut dia slow learner..

    sekadar pandangan saya..

    BalasPadam
  10. huhu...sedih saya baca entry ni kak...akak sabar ye...
    betul tu kak...lain anak, lain perkembangannya...

    BalasPadam
  11. sabar ye kak... tibe2 rasa sebak baca ntry akak nih... setiap kite ada ujian masing2 kan kak... kalau dana kadang rasa sedih sbb pembesaran aiyan tak seiring ngn usia, dia agak lambat di bandingkan ngn kwn2 lain... tp dana silap sbb dana ingat cuma dana yg hadapi masalah tu...sedangkan ramai lg kwn2 ibu2 kt luar sana yg mungkin ada masalah mcm dana

    yelah kak, sesungguhnya si bongsu akak tu anak yg sgt istimewa, ujian buat kita.... tentu ada hikmahnya kan semua nih...

    BalasPadam
  12. Teringat anak sulung saya, dia slow sikit (atau slow banyak?) berbanding adik2nya. Tiga adiknya menuntut di IPTA, di peringkat ijazah dan diploma, tapi dia cuma berbekal sijil kolej komuniti. Macam2 yg dibuat, pujuk dia utk ambil diploma kemudian ijazah, tapi dia enggan. Tapi sebenarnya Allah anugerahkan kita dengan anak2 yg tak sama keupayaannya, ada yg kurang dari segi akademik tapi sangat membantu di kala kita perlukan bantuan, Allah Maha Adil mencipta sesuatu tidak kurang dan lebihnya...

    BalasPadam
  13. Alahai Aina..anak anak nekcik pun kalau suruh kena detail..kalau idak lain suruh lain jadinya..nak marah pun jadi tergelak!!lurus bendul sungguh kata orang tua

    BalasPadam
  14. salam JA ..
    aby pun ajar anak2 mengaji ..
    kt taman kami duduk tk ada guru mengaji ..
    jadi yg terbaik, lps magrib kita baca dengan mereka .
    alhamdulillah .. iqrak dah lama abis,
    sekarang dh quran ..
    bila tengok yg budak2 ni blh baca ..
    rasa lega sangat .
    sama2 la kita ajar anak2 kita mengaji quran semampu mungkin

    BalasPadam
  15. Pernah baca kisah Hikram dulu dulu....
    Respect dengan awak Aina, awak tabah....Tak pe, Allah pasti beri kelebihan lain yg kita belum jumpa. Insyaallah satu hari awak akan gembira dgn kelebihan Hikram tu

    BalasPadam
  16. cikgu terbaik bagi seorang anak adalah ibu bapa . selagi mampu dan boleh , lakukan sedaya mungkin untuk anak - anak krn amanah Allah ini mmg sgt perlu dijaga ...

    BalasPadam
  17. Apa khabar aina? semoga yang sakit dah sihat dan ibunya juga bertambah ceria ya...peace yo

    BalasPadam
  18. saya sangat sayang sekali sama mamah saya... i love you mamah,,Obat Jelly Gamat Gold G

    BalasPadam
  19. saya sangat sayang sekali sama mamah saya... i love you mamah,,Obat Jelly Gamat Gold G

    BalasPadam
  20. aina...kak memahami sepenuhnya. kak ada pengalaman itu. in sha Allah, ada kelebihan hikram yang Allah akan tunjukkan nanti..yang penting, sabar, redha dan kita berusaha membantu dia semampu yang boleh..

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam