Biskut Raya - Wajib Ada

12:58 PTG JunAina 9 Comments


Ramadan belum tiba dulu banyak sangat sample pelbagai biskut di edarkan terutamanya di pejabat. Dalam hati dah nekad nak buat biskut sendiri tahun ini. Kebiasaannya biskut wajib kat rumah adalah Almond London dan Cornflake Coklat yang menjadi kegemaran anak-anak (mesti buat). Biskut Mazola (mesti buat) dan Tart Gulung (mesti oder...hehehee...) menjadi kegemaran Pak Tuan tetapi Biskut Mazola telah terkeluar dari menu pilihan bila Pak Tuan terpaksa berpantang makan kacang. Tart nenas juga menjadi biskut kesukaan mak. Biasanya beli sahaja tart nenas 6 balang tetapi tahun ini kononnya nak buat sendiri. Akhirnya tiada biskut yang dtempah melainkan hanya kerepek sahaja.

Jumaat. 27hb Julai 2012. Department progress meeting. Satu platform progress cantik satu lagi platform perancangannya 75% tetapi yang sudah dihantar drawing and document cuma 55%. Ketinggalan 20%. Lead yang sememangnya botak makin gugur rambutnya. Pulak tu hujung bulan Ogos hanya dia yang akan bekerja untuk seminggu. Lain-lain semua telah mengisi borang cuti selama seminggu. Semestinya tiada progress untuk tarik tersebut.

Sebagai penyelesaian kami semua dimestikan hadir bekerja untuk ketiga-tiga Sabtu sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri. Jun menung. Alamatnya ada yang berhari raya tanpa biskut. Ikut nak membeli mau rabak poket. Balik rumah mak sejenis kuih biasanya bawa balik tiga balang. Biasanya kat rumah mak memang tak ada biskut. Kalau ada pun kuih-kuih tradisi sahaja (kadang-kadang yang ada baulu sahaja). Kalau Jun tak bawa balik bermakna berhari raya denga apa yang ada sahajalah.

Nampak gayanya terpaksa gigihkan diri memulakan buat biskut esok. Kalau tak memang yang ada kat rumah balang kosong sahajalah. Nasib baik baju anak-anak dah beli sebelum puasa, cuma baju Melayu buat abang dan adik sahaja belum beli. Kalau tak semakin sesak nafas mak.


9 Rider Beraksi:

Rezeki Ramadhan.

1:52 PTG JunAina 14 Comments

Alhamdulillah. Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan. Malam ini akan bermula terawikh pertama. Semoga kita semua akan diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini untuk terus beramal ibadat. Buat semua salam Ramadhan.

Rezeki ALLAH buat kami sekeluarga tahun ini datang sehari sebelum Ramadhan. Syukur padamu YA-ALLAH, YA-KARIM,YA-RAHMAN,YA-RAHIM,YA-GHAFUR, YA-HANNAN, YA-MANNAN. Sesungguhnya ia terlalu manis buatku.

Hari ini Jun menerima surat daripada Manager. Surat pertama menyatakan kenaikan gaji dan kejutan untuk surat yang ke dua menerima penyelarasan gaji. Subhanallah. Sesungguhnya Engkau sentiasa adil pada umatmu. Rezeki Ramadhan untuk tahun ini.

Memberilah seikhlas-ikhlasnya moga-moga ALLAH juga akan memberi kembali kepada kita tanpa batasan. Bukan hanya kesenangan dunia tetapi mungkin segalanya menanti di akhirat atau kesihatan yang baik juga anak-anak yang soleh. Itu nikmatnya. Itu balasannya buat hambanya yang bersyukur.


14 Rider Beraksi:

Ho Chin Minh City - Pasar Malam Yang Happening

5:50 PTG JunAina 19 Comments

Shopping time....!!!! Entri penuh dengan gambar.

Flight dari LCCT pukul 7.40pm sampai sana dah malam, untuk mengelakkan kena tipu Jun ambik airport transfer dari Ava Hotel dengan bayaran USD11. Bila sampai airport wakil Ava Hotel ada tetapi terpampang nama Wie seorang lagi kawan dalam penerbangan yang sama. Berbuih-buih le mulut nak explain coz budak tu tak reti cakap English. Akhirnya dia call hotel dan minta Jun cakap sendiri. Selesai masalah. Kebanyakan teksi di sini menggunakan kereta Innova dan dalam kebanyakan forum mengatakan yang boleh di percayai hanya Vinasun dan satu lagi lupa pulak namanya tetapi ada jugak yang kena tipu dengan pemandu Vinasun ini jadi kena berhati-hati. Teksi ini pakai meter tapi malam tu kami semua naik Grand Livina hotel punya.

Check in. Letak beg. Kita orang ramai-ramai keluar ke pasar malam, dah tak tunggu esok untuk shopping. Me, my hubby, Miza, Kak Kiah and Kak Paudi also Wie and Kak Lin budak office lama dari group lain menapak ke Pasar Malam. Masuk sahaja dah mula rambang mata. Malam tu kami balik dari pasar malam tika ramai peniaga mula mengemas khemah masing-masing. Hasilnya disetiap tangan ada beg plastik besar. Menapak balik ke hotel dan ketika kepala diletakkan ke bantal jam menunjukkan pukul 2.30am. Sebenarnya tapak pasar malam ini adalah jalan raya di kiri dan kanan Benh Thanh Market.



Hotel Ava, Bilik Superior USD 23/nite. Bersih, house keeping ok tapi pak tuan bising coz sabun dia kecik-kecik sangat tak puas nak gosok badan. Provide berus gigi dan ubat gigi gak walaupun hotel macam hotel budget je. Ada water heater dan lif tak perlu nak menapak naik tangga. Haisshhh...tuan tanah nak gak posing tu....ehehehe...

 Tengok tu baju kurung pelbagai corak dengan jahitan manik-manik dan labuci. Memang sesuai sangat bagi orang yang suka blink-blink. Telekung pun ada, harga memang sangatlah murah berbanding kat Malaysia. Shipping kos pun boleh tahankan so tak boleh comment banyak-banyak. Mana ada orang bisness nak rugi.

 Berjumpa di bumi Vietnam. Pernah bertugas dalam PDRM juga.

Miza my BFF terjumpa teman serumah semasa bujang, Jun pun kenal tetapi tak mesra. Di KL tak pernah terserempak di bumi orang berjumpa pula. Malam tu hujan so dia orang beli baju hujan tapi kita orang main redah je. Baju hujan tu kalau tak silap harganya USD1.

Mau rambang mata tengok beg. Letak Deuter angkat Kippling letak lagi pegang North Face huisshhh..penin-penin. Harga boleh bargain gila-gila kalau kat pasar malam ni. Kalau dapat minta 70% less dari harga asal. Kalau dia bagi alhamdulillah kalau tak dia akan bagi prize win-win situation tetapi pandai-pandailah pujuk. Dia orang suka kalau kita gosok-gosok atau puji-puji lebih sikit. Jun pilih-pilih barang pas tu tinggalkan Pak Tuan tawarkan harganya...hahhaaa...

 Senyum lebar budak tu. Mana taknya seorang 3 biji beg kita orang beli. Tolong abaikan paha yang putih melepak itu. Kat pasar malam ini majoriti boleh cakap Melayu, tak banyak sikit untuk tarik pengunjung pasar malam yang kebanyakannya orang Malaysia.

 Udang dan kepah yang di bakar dalam pasar malam ini tapi kami semua tak berani nak membeli entah halal entahkan tidak. Tapi seafood tu nampak fresh je.

 Ini pulak bahagian masak memasak. Kepala dia orang macam nertutup tetapi agaknya tutup dari segi kebersihan coz tak ada orang Melayu makan kat sini.

 Memilih kopi di pasar malam tetapi jangan tertipu dengan harganya. Macam-macam kopi ada tetapi Jun hanya beli serbuk kopi di Kedai Hajah Bashiroh satu pack Rm15. Memang ada kelainan rasanya.

 Buah-buahan yang fresh. Ciku dan mata kucing besar-besar sangat. Teringin tengok mata kucingnya tetapi Pak Tuan tak layan. Cuma dapat merasa buah Naganya yang manis. Sempat beli 2 biji bawak balik tu pun seludup tanpa pengetahuan Pak Tuan. Tiap-tiap malam selepas habis merayau kat pasar malam kami akan singgah di satu gerai wanita tua seberang jalan sebelum ke Ava Hotel. Kerana kesian kami beli buah dengan dia tapi berbaloi kerana tidak kedekut. Setiap hari sejenis buah.

Beg yang boleh merabakkan poket. Ikut nasib kadang-kadang kita akan dapat beg yang original kerana kebanyakan beg-beg tersebut di kilangkan di bawah lesen yang sah di sana. Pelbagai jenama. Ada satu kedai di lorong sebelah kanan yang mejual beg dengan harga murah, tak perlu tawar-menawar lagi tapi jangan lepaskan peluang untuk menawar ke harga terbaik. Kat lorong ni jugak banyak menjual kasut termasuk kasut fitflop yang harganya 75% lebih murah dari Malaysia dengan kualiti menyamai yang berada di KLCC tetapi pilihan sangat terhad.

Selepas bershopping harus bergambar dengan senyum sampai ke telinga. Tengok baru sahaja sampai beg besar dah ada kat tangan.

Petua baca dalam forum : Bag plastik warna hijau utk kena sembelih memang kena tipu sebab tak pandai tawar, bag plastic merah and biru mmg pandai tawar menawar.  Betul ke? Acu cuba jawab.

19 Rider Beraksi:

Chu Chi Tunnel - Derita Perjuangan Demi Sebuah Kehidupan

1:49 PTG JunAina 18 Comments

37 tahun, masih segar. Merah darah yang mengalir masih berbekas. Sakit masih terasa. Emosi masih terseksa. Perjuangan demi sebuah kehidupan. Pengorbanan buat bangsa. Mati dengan rela. Perhitungan berbaloi bila pada tahun 1975 Komunis mengambil alih pentadbiran Vietnam.

Sejarah selanjutnya Vietnam boleh baca di sini. Info selanjutnya berkenaan sejarah Chu Chi Tunnel boleh di baca di sini.

Agenda utama untuk ke Vietnam adalah untuk berjalan, melihat tempat orang dan kehidupan masyarakat di sana. Selain membeli belah Jun dan Pak Tuan memasukkan agenda melawat ke Chu Chi Tunnel (sebutan Chu adalah Khu) pada pada hari kedua. Hanya mengambil package dari Tuan Travel melalui Ava Hotel tempat kami menginap dengan bayaran USD6. Bayaran masuk ke sana pula 80k dong dibayar berasingan.

Kami beruntung kerana tour guide hari itu Mr.Tony adalah seorang pesara tentera. Perjalanan kami ditemani penerangan darinya yang cukup padat. Kebanyakan yang mengikuti tour hari tersebut adalah Mat Saleh, 4 orang rakyat Malaysia dan 4 orang rakyat Singapura. Masing-masing sangat teruja untuk mengetahui kisah derita rakyat Vietnam.


Chu Chi Tunnel

Sampai di tengah hutan getah tersebut kami dibawa ke sebuah dewan terbuka yang menayangkan sejarah Chu Chi Tunnel. Kawasan bertanda merah adalah kawasan letaknya terowong bawah tanah yang digali menggunakan tenaga manusia sejauh 250km. Percaya atau tidak itulah kenyataannya. Tony tanpa jemu menerangkan satu persatu kepada kumpulan kami. Tony terlalu cintakan negaranya. Dari gaya percakapannya, semangat berceritanya kita dapat menilai kecintaan yang mendalam terhadap Viet Kong. Tambahan pula dia melalui setiap detik hitam tersebut. Jiwanya terlalu ampuh.

Chu Chi Tunnel
Kemudian kami di bawa berjalan sekitar kawasan terowong bawah tanah tersebut. Setiap tempat yang kami lawati di beri perincian sepenuhnya dan jelas oleh Tony. Bayangkan kita memasuki lubang sebesar itu.

 Ambik ko tak muat nak masuk lubang tu, jadi masuk separuh sahaja hanya untuk bergambar. Jadi bahan ketawa kami semua. Cuba bayangkan besar mana le agaknya terowong-terowong kat dalam tu. Dia orang boleh hidup dalam terowong tu demi hidup kerana pihak penjajah akan membunuh tak kira mangsa walaupun wanita, orang tua atau kanak-kanak.

 Terowong ini adalah terowong perangkap. Terowong ini tidak akan ke mana-mana. Apa bila ada US Army yang masuk ke sini pada sebelah malamnya mereka akan menyerang hendap. Tika inilah seorang pelancong dari Belanda dari kumpulan kami menangis. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang askar yang pernah bertugas di sana. Mungkin sedih mengenangkan kawan-kawannya yang terkorban. Kini dia datang memberi penghormatan dan mengenang sejarah.

Perangkap
They are very brilliant. Perangkap-perangkap yang mereka cipta bertaburan di kawasan tersebut. Perangkap tersebut boleh berpusing 360 darjah. Di bawahnya di penuhi buluh runcing.

Kedua-dua besi tersebut boleh berpusing. Sekiranya jatuh bermakna mati kerana di bawahnya terdapat buluh runcing.

 Window trap ini macam pintu bila terpijak ia akan terbuka. Bila terjatuh akan di sambut oleh buluh runcing.

 Perangkap ala-ala jongkang-jongkit

Recycle and reused the bomb. Patung-patung yang menggayakan cara-cara mereka mengguna semula bom yang tidak meletup yang di jatuhkan oleh penjajah. Free je tak perlu keluar duit. Apa yang pasti mereka memang kreatif.

Hanya bergambar di muka pintu terowong. Tak sanggup rasanya memasuki terowong yang sempit dan gelap walaupun hanya untuk beberapa puluh meter sahaja. Kami menghantar mereka masuk dan menunggu di pintu keluar satu lagi. Berpeluh-peluh muka memasing. Bayangkanlah gelap, panas dan sesak sahaja di dalam tu. Seorang Minah Saleh undur balik coz tak muat nak masuk.

 
Bersama ahli rombongan pada hari tersebut.

Cenderahati yang mempunyai kelainan tersendiri. Ini di pintu masuk utama. Masih ada banyak pilihan di tempat perhentian yang di sediakan. Jun beli satu kotak barang kemas di sini yang tertulis Chu Chi dan di atasnya terdapat gambar wanita Vietnam dengan pakaian tradisi mereka sebagai tanda kenag-kenangan dari sana dengan harga 110,000 dong lebih kurang Rm16.

Kisah dua ekor patung anjing German Shepherd dipintu pagar penduduk setempat turut diceritakan. Di mana 30 peratus suka dan 70 peratus lagi tidak suka. Membawa maksud yang meletakkan patung anjing di pagar tiada ahli keluarga yang mati disebabkan anjing tersebut dan yang tidak suka bermakna ada ahli keluarga yang menjadi korban. Anjing ini digunakan untuk mengesan rakyat Vietnam di dalam terowong. Sekiranya terjumpa di tempat lain bermakna tuan rumah berasal dari kawasan Chu Chi Tuunel.

Jun dan Pak Tuan mempunyai jiwa yang sama, tika berjalan ke sesuatu tempat kami ingin melihat kehidupan setempat berbanding ramai pelancong Malaysia yang pergi ke Ho Chi Minh City semata-mata untuk bershopping. Belajar dari cara hidup serta kepayahan mereka supaya kita sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.

Chu Chi Tunnel lambang jiwa kental rakyat Vietnam dalam memperjuangkan kehidupan mereka. Perjuangan yang mengorbankan tidak sedikit rakyatnya di kawasan tersebut. Kira-kira 50 ribu telah menjadi korban di kawasan Chu Chi Tunnel berbanding 1200 di pihak US Army. Bukan kerana peperangan sahaja tetapi kerana kehidupan di dalam terowong itu sendiri. Banyak lagi kisah yang ingin di kisahkan tetapi untuk merasai dan menjiwa sekiranya ke sana masukkanlah agenda ke sini. Sekurang-kurangnya boleh membuatkan hati kita insaf.
 

18 Rider Beraksi:

Selamat Ulangtahun Kelahiran

1:45 PTG JunAina 9 Comments


7 Julai 2012. Genap usia mak 61 tahun.
Alhamdulillah syukur padamu YA-ALLAH kerana masih memberi kami kesempatan merasa hangatnya kasih mak. Memberi peluang kami membalas jasa-jasa mak walaupun semua pun tahu jasa seorang ibu tidak ternilai dan tak mampu dibalas.

Buat mak HAZIZAH SENAPI selamat panjang umur. Harapan kami moga mak akan sihat sentiasa. Juga dipermudahkan perjalanan untuk hari seterusnya. Tiada hadiah yang istimewa buat mak kecuali kasih sayang kami anak cucu mak yang tidak bertepi.

Hari ini Yong (kakak sulong) kenduri buat laksa di kampung, mensyukuri nikmat ALLAH kerana memanjangkan umur emak. Memberi kesihatan yang baik pada mak. Jadikan mak contoh terbaik buat anak-anak. Mak yang kuat semangat dalam membesarkan kami adik beradik.


mak, hazizah senapi
Inilah wajah kesayangan hamba. Pengorbanan membesarkan kami adik beradik tanpa suami tempat bergantung. Kak Yang sayang mak!


9 Rider Beraksi:

Saigon - Kegigihan Hidup Penghunimu Menginsafkan Aku.

6:33 PTG JunAina 18 Comments

Jumaat. 29 Jun 2012.

Berlepas ke Ho Chin Minh City atau Saigon bersama Pak Tuan dan 3 orang kawan. Masing-masing bercadang ingin bershopping sakan. Bagi Jun dan Pak Tuan sekadar hendak berjalan melihat tempat orang, sambil itu bolehlah membeli apa yang patut. Syurga buat kaum wanita. Baju kurung bemanik bling-bling, telekung, kain cotton, hand beg dan segala macam beg, sehingga kasut pelbagai jenama, t-shirt pelbagai jenama, blouse yang cantik-cantik, perhiasan wanita sehingga table runner, cadar dan macam-macam lagi. Paling suka buah-buahannya yang segar dan besar-besar pulak tu.

Bila berjalan, kita jangan hanya menumpu pada satu sisi sahaja. Lihatlah perjalanan hidup mereka yang serba sukar. Kepayahan mengajar mereka untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Semua bekerja keras untuk kelangsungan hidup termasuk kanak-kanak. Mereka tidur hanya di pangkin di kaki-kaki lima kedai, ke esokannya bangun untuk perjuangan hari seterusnya. Demi sesuap nasi.

Berkesempatan melawat salah sebuah Kampung Melayu Champa. Terasa bertapa beruntungnya lahir di Malaysia. Menyusuri lorong-lorong kecil yang apabila berselisih dengan motor kita terpaksa mengiring memberi laluan. Rumah tanpa pengudaraan yang cukup, panas dan rimas tetapi itulah hidup mereka. Singgah di surau yang serba kekurangan membuatkan kita insaf. Di sebelah bawah dijadikan tempat memasak seperti dewan bahagian atas pula ruang solat. Syukur padamu Ya-Allah kerana tanah airku cukup sempuna.

Tidak ada kemudahan terbaik seperti di Malaysia tetapi walaupun berusia 37 tahun negara mereka Saigon yang kemudiannya di tukar ke namanya ke Ho Chin Minh City pesat membangun. Idealisme kominis pemimpin mereka membuatkan mereka tiada pilihan. Satu yang nyata mereka mematuhi masa, patuh pada undang-undang yang ditetapkan. Di sana sekiranya ingin mendapatkan rawatan dihospital dan terpaksa masuk wad mereka mesti menyediakan USD500 sebagai pendahuluan, bukan hospital swasta tetapi di hospital kerajaan sekiranya tiada mereka tidak akan dilayan. Bayangkan kalau kat Malaysia kita cuma bayar Rm1 untuk ubat-ubatan dan masuk wad tiada wang pendahuluan dikenakan.

Pasar Malam Ben Thanh Market
Mak-mak orang dan bapak orang yang shopping tak sedar diri kat Saigon. Flight sampai pukul sembilan malam letak beg terus ke Pasar Malam Ben Than Market terus menyopping.


18 Rider Beraksi: