SYABAS Buat Tak Tahu Kontraktor Lepas Tangan

1:43 PTG JunAina 16 Comments

Air oh air. Ada orang tak ada air berhari-hari sehingga menyukarkan rutin harian. Membantutkan aktiviti yang sepatutnya berjalan lancar. Penduduk Kajang Utama pula terlebih air. Setiap detik air mengalir laju dari paip yang bocor kesan dari kerja-kerja naik taraf pembentungan di kawasan penempatan kami. Sejak Ogos tahun lepas bermula kerja-kerja tersebut.

Harga sebuah pembangunan yang harus dibayar penduduk. Kesesakan bila kerja-kerja mengorek pembentungan berada di jalan utama. Jalan yang setiap pagi anak-anak berjalan kaki ke sekolah, ibu-bapa menghantar anak-anak ke sekolah, penduduk bersimpang siur ke tempat kerja, bas mini meneruskan rutin harian dan juga bas-bas kilang sibuk mengambil penumpang. Sehingga kini masih ada tempat yang hanya satu lorong boleh digunakan termasuk di depan flat kediaman Aina. Dulu kawasan Kajang Utama kecil sahaja kini semakin pesat dengan terbinanya beberapa buah apartment pembentungan sedia ada sudah tidak mampu menampungnya. Sekarang bersambung pula dengan Kajang Dua jadi semakin sibuklah tempat kami.

Paip bocor ini telah berlaku sejak 5 bulan lepas. Bila diadukan kepada petugas Syabas mereka memberi alasan itu adalah tanggungjawab kontraktor. Sekiranya Syabas yang baikinya kontraktor harus membayar Rm3000. Suatu hari terdetik hendak membuat aduan kepada pihak pengurusan Syabas secara bertulis tetapi terhenti kerana bila suatu hari terlihat seorang pekerja kontraktor sedang berwuduk di situ. Serba-salah. Agaknya kalau dah tak ada air kat situ di mana pekerja tu nak ambil wuduk dan kebanyakan pekerjanya adalah warga tempatan.

Bila kebocoran semakin besar tentulah air yang mengalir keluar juga bertambah banyak. Aina mengambil keputusan menghantar email ke Puspel besertakan gambarnya sekali. Malang setelah 4 hari tiada apa-apa tindakan pun yang diambil. Air masih terus laju keluar dari bahagian yang pecah. Kontraktor mengambil jalan mudah dengan hanya mengikat getah hitam sebagai penahan sebelum ini. Mana mampu getah itu menampung tekanan kuat air.

Bila Syabas buat tak tahu dan kontraktor lepas tangan air bersih terbuang begitu sahaja berliter-liter padu sehari. Bila akhir tahun mencongak kerugian air yang hilang entah ke mana. Siapa yang harus di salahkan? Ke mana perginya pekerja-pekerja Syabas yang memantau projek tersebut. Kerana Rm3000 yang kontaktor tidak mahu bayar Syabas kerugian berpuluh ribu kerana hilang air bersih.

Satu yang pasti sikap manusia. Bekerja hendaklah bertanggungjawab. Amanah telah diberi jalankan sebaik mungkin. Aduan telah dibuat kiranya ambillah tindakan, jangan main lepas tangan. Air itu bukan 'BAPAK' aku punya. Syabas 'RUGI' ada aku kisah gaji aku tetap jalan. Jangan lupa di akhirat kelak kita akan di tanya setiap tanggungjawab walau sebesar zarah.


Gambar ini diambil pada 5hb Januari 2013 sedangkan paip ini telah lebih 4 bulan pecah. Sebelum ini setiap minggu kami akan mengalami gangguan bekalan air bila kerja-kerja yang dijalankan merosakkan paip air bawah tanah.

 Gambar ini pula diambil pada 5hb Febuari 2013 (kebetulan dua-dua pada tarikh yang sama dibulan berlainan). Nampak macam sikit je air yang mengalir tapi bila dizoom baru nampak air yang mengalir tu memang banyak. 24 jam sehari mengalir tanpa henti. Setiap detik!

Ini bukalah pendedahan berbau politik kerana walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kuat politik Aina tidak berminat untuk aktif. Hanya rasa tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang perihatan pada permasaalahan sekeliling.

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. kak aina,
    saya bukanlah nak komen ngan unsur politik..tapi benda macam ni akan jadi modal nanti.. bila air tak cukup nak agih kat penduduk.. mula la meroyan nak beli air dari pahang. padahal kawan saya duk kat pahang nun duk kata air asyik takda je kat sana. jabatan air kata air tak cukup..hoh..

    apa kata tulis kat pihak pengurusan source negeri selangor.. supaya diorang boleh ketuk syabas.. saya rasa kaedah tu lebih berkesan. tihtihtih..

    BalasPadam
  2. Akhirnya nanti lagu bangau oh bangau dimainkan lagi...

    BalasPadam
  3. adoi la...isu air ni tak pernah nak selesai...

    BalasPadam
  4. sebab air tak macam karan letrik..bila ada kena shock baru tau nak bertindak cepat!

    BalasPadam
  5. Tahniah di atas keprihatinan Aina.

    Sikap sesetengah org kita mcm mereka yg di puspel dan syabas tu lah yg merosak bangsa dan negara... huhu

    BalasPadam
  6. Ini lah yang dinamakan tanggungjawab sosial.

    BalasPadam
  7. Tak tau cakap apa......semua terjadi ni atas sebab keprihatinan......kurang kan

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat..

    Betul tu, bila tanggungjawab diabaikan, macam nilah jadinya kan.

    BalasPadam
  9. yg jadi mangsanyer kita pengguna jugaklah kan!

    BalasPadam
  10. lepas tu buat pula kempen jimat air di televisyen seolah2 rakyat malaysia ni suka sangat membazir padahal nya begini cara pembaziran paling utama berlaku ..

    BalasPadam
  11. air..air..air..tak abis2 lagi..

    BalasPadam
  12. masing-masing nak lepaskan tangan

    BalasPadam