Harapan
Syarikat tengah bergelora. Ramai pekerja-pekerja juga bergelora. Tak kira PO, kontrak atau pekerja tetap sama merasa gelora itu cuma yang membezakan gelora yang membadai itu besar atau kecik. Gelora tetap gelora. Bikin pening dan mau muntah. Letih sudah.Jumaat datang lagi. Esok hari terakhir berada di Vista Tower. Barang semua sudah siap dimasukkan ke dalam kotak hanya menantikan 'movers' angkat hantar ke main office. Hanya tiga kotak barangan peribadi yang kebanyakannya cenderahati bila kawan pergi bercuti dan buku-buku rujukan. Kotak-kotak untuk file projek kali ini membuli adik junior buat. Almaklumlah kakak masih dalam proses memulihkan kesihatan.
Minggu depan cuti sekolah selama seminggu. Emosi kurang stabil sejak keguguran. Kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa sebulan. Selera makan tertutup. Tidur terganggu. Bila orang tanya dah sihat ke mulut pantas menjawab alhamdulillah... Zahirnya nampak sihat tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu perasaan aku. Beminggu-minggu melawan perasaan sendiri.
Dua hari lepas jumpa HOD. Minta unpaid leave kerana emosi yang sangat-sangat tidak keruan. Berbincang dan meminta pendapat dari bos sendiri. Dia seorang yang memahami tetapi aku risau dalam keadaan syarikat sekarang ia akan membawa kesan buruk kepada prestasiku. Tawakal.Dia mencadangkan supaya aku hanya mengambil cuti sakit.
Ahad ini akan pulang ke kampung mencari sedikit ketenangan. Selain perubatan moden mungkin perlu juga menggunakan khidmat orang lama seperti bidan untuk memulihkan kesihatan. Kolot tapi itulah amalan masyarakat Melayu.
Seminggu akan membiarkan blog ini sepi seperti dulu juga membiarkan blog ini sepi selama sebulan bila bercuti sakit selama sebulan. Doa yang terbaik buat Aina kawan-kawan. Agar kesihatan emosi Aina kembali seperti sedikala dan pekerjaan Aina juga akan stabil dan kekal. Sampai jumpa lagi. Kalau mood baik mungkin akan update juga bila balik kampung nanti.
Salam sayang buat semua. Nanti bolehlah jumpa teman blogger yang ada kat Perlis tak gitu Kak IndaMarya?
11 Rider Beraksi: