Bilik Air Rumah Sewa

11:59 PG JunAina 13 Comments


Bila menyewakan rumah pening pulak dengan penyelenggaraan rumah yang orang duduk. Memang tiap-tiap bulan di bayar sewa tetapi bila apa yg nak dibaiki melebihi sewa berat juga nak ditanggung sedangkan duit sewa hanya cukup-cukup untuk bayar hutan rumah dengan bank. Hendak atau tidak perlu juga dibaiki.


Awal 2014 bumbung bocor perabung perlu digantikan dengan yang baru kerana setiap kali hujan lebat air menitis ke dalam rumah. Kos baikpulih Rm650 sedangkan kos membeli barang mungkin hanya sekitar Rm200 sahaja. Boleh tahan kos tenaga kerja yang dikenakan sebab menggantikan perabung tu ambik masa beberapa jam sahaja.


Hujung tahun penyewa telefon lagi bagitahu rumah bocor lagi, lampu pun turut mengalami masalah bila air mengalir. Lama juga ditangguhkan aduan penyewa kerana kekangan masa dan tukang yang agak sukar ditempah. Akhirnya bila tukang yang baiki perabung balik dari bercuti dari kampungnya di Indonesia dapatlah dia pergi tengok. Katanya air bukan dari bumbung tetapi dari bilik air yang bocor. Lantai meresap air katanya.


Kali ini dia meminta Rm5300 untuk kos pecah tile, pasang ‘waterproof’ dan meletak tile yang baru. Mau termenung memikirkan kos tu sebab keluasan bilik air cuma 5.25” x 7.5” dan tile yang akan digunakan pun hanya yang biasa sahaja sebab rasa rugi bila pasang tile cantik dan mahal tetapi orang yang duduk. Lagi sakit hati bila ada sepupu bagitau dia pasang tile dari ruang tamu sampai ke dapur dengan kos Rm3500. Tukang ini siap bagitau ada rumah di kawsan tu buat yang murah Rm2000 tapi kena buat balik sebab bocor lagi kemudian buat yang Rm3000 sama bocor lagi akhirnya buat yang Rm5000 baru elok. Terus kami batalkan niat nak buat dengan dia.


Akhirnya bagai orang mengantuk disorongkan bantal adik dan anak buah sanggup datang dari kampung untuk buatkan bilik air tersebut. Kerja-kerja baik pulih akan mula dilakukan hujung minggu nanti dengan persetujuan penyewa. Paling penting sediakan duit untuk kos membeli barang dahulu kata mereka. Adik saya tuan punya bengkel motor JMRMotorwork tetapi mewarisi kemahiran dari abah yang pandai bertukang. Anak buah Shaiful pula lepas habis sekolah memang membuat kerja-kerja membina rumah dan turut mewarisi kemahiran dari arwah ayahnya.



Mempunyai rumah sewa memang kadang-kadang dipandang orang sebagai berduit tetapi realitinya duit sewa itu hanya boleh menampung bayaran balik bulanan atau kadang-kadang tuan rumah pula terpaksa menambah bayaran bulanan. Bil pembentungan, cukai tanah dan cukai pintu juga termasuk di dalam kos yang terpaksa tuan rumah tanggung. Kelebihannya cuma bila habis bayar rumah itu jadi milik kita akhirnya.




You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Aina..
    Mmg rata2 inilah masalah kita sebagai tuan rumah.
    Org yg menyewa hanya bayar sewa sahaja.. Segala kerja2 pembaikan adalah tanggungan kita.
    Akak rasa dah cukup pengalaman dengan karenah penyewa dan hal2 pembaikan yg tetiba dtg. Masalah bilik air bocor bukan perkara luarbiasa.
    Belum tangki bocor.. Dan lain2 lagi.
    Kualiti rumah binaan sekarang tak macam dulu rasanya. Baru sewakan setahun dua.. Dah dengar komplen mengenai kebocoran.
    Apapun mmg kita yg kena tanggung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini alhamdulillah penyewa Aina baik ja tak banyak masalah. Dua tahun Aina beli rumah ni kat atas tangan orang means rumah 2nd hand sekali ganti perabung sekali lagi nak buat bilik air nilah pulak. Ganti tombol pintu tu biasalah.

      nak beli rumah baru dah tak mampu kak Rm250k tu dapat apartment ja sekarang ni. Tak dapat dah rumah teres.

      Padam
  2. aduh.. teruk juga ya macam tu.. mahal betul kosnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah akak fikir 10 kali nak pasang tile kat porch tapi bila anak buah dan adik boleh buat bilik air akak berkira2 macam bolehlah kumpul duit sikit2 buat kemudian nanti.

      Padam
  3. Orang bukan tahu masalah kita.. kita yang lalui..
    Alhamdulillah, ada adik dan anak buah yang sanggup nak bantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...mula2 tu sibuk2 cari kontraktor dan ada sepupu yang duduk di Sungai Buluh dengan kawan dia sanggup datang buat tapi bila adik dan ank buah sanggup datang lebih baik duit tu bayar ja kat depa.

      Padam
  4. Betul tu kak, kadangkala pening kepala bila ada rumah sewa ni..kos penyelenggaraan tu yg mahal...
    Apa apa pun, cuba akak review kadar sewa di kawasan rumah tu, mana tau akak sewakan terendah pulak, tu yang tak dapat extra tiap bulan ( lepas tolak bayar bank).

    Charging utk kerja kontraktor..kerja2 plumbing, mmg mahal..
    Untung adik & anak buah akak ada kemahiran tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doc memang sewa akak tu macam rendah sikitlah Rm800 purata harga sekarang Rm1000 sewa area situ. Sebab penyewa tak ada masalah bayaran tak ada masalah2 lain yang berbangkit akak pejam mata je. Bayangkanlah husband akak soh sewakan Rm600 je 2 tahun lepas...nasib baik akak cari2 dalam internet sewa masa tu lebih kurang Rm850-900.

      Kalau rumah tu dibeli dengan harga asal memang ada lebihannya tapi akak beli 2nd hand nilai rumah dah naik sekali ganda dari mula2 beli...:(

      Padam
  5. Aina kira masih beruntung sebab labour kos dari keluarga sendiri taklah mahal sangat.
    Kakak ada penyewa yg sgt bertoleransi. Kalau ada rosak dia minta kita beli materials aje sebab dia akan repair sendiri. Tapi org baik ni pulak tinggal sebulan lagi nak pindah ikut anak dia. Rami dah yg booking kakak nak rehatkan sekejap sebelum org baru masuk..

    BalasPadam
  6. Biasanya air meresap didinding berpunca dr tangki diatas. Kami buat sendiri je. Kos x banyak..upah org mmg gitu. kami menyewa je!

    BalasPadam
  7. Kalau kena kos repair mahal2 macam tu memang pening. Sama dgn sewa utk berapa bulan tu? Kena pula dapat penyewa yg berat tangan. Mentol sebijik terbakar pun minta tuan rumah ganti ..... huhu

    BalasPadam
  8. dari cerita ni yg saya paham, rumah yg didudukki sekarang ni rumah sendiri yer... sebab tu ada rumah sewa... hmmm payah juga kalau ada rumah sewa yg asyik rosak nih...

    BalasPadam
  9. Itula antara risiko kita sebagai penyewa kan..

    Dulu masa abah sewakan rumah pada student ginila, macam2 kerosakan diorang komplen, at last tiles kt ruang tamu pecah kami kekurangan dana nak repair maka ditangguhkan.
    Penyewa lari 1 bulan tak bayar dengan rumah bersepah, bil api tertunggak 2ratus, bilik air hitam berlumat + dinding di conteng dan TV kami dilarikan..
    Penyewa adalah student perempuan.. Malu sangat student berperangai gini

    BalasPadam