Tip Mendidik Anak Remaja Cara Saya

10:55 PG JunAina 6 Comments

Tip ini di adaptasikan dari pengalaman persekitaran, pembacaan dan dari kuliah-kulaih agama dan program motivasi yang setiap hari dapat diikuti walalupun hanya di televisyen dalam kesibukan mengejar masa. Tip-tip yang di sesuaikan mengikut kelapangan masa yang ada bersama anak-anak.

  • Memberi nasihat ketika bersama di dalam kereta ketika menghantar anak-anak ke sekolah atau semasa berjalan di hujung minggu bersama anak-anak. Bukan membebel tetapi sebaliknya apa yang dibualkan bukanlah berbentuk leteran, arahan atau meluahkan kemarahan tetapi lebih kepada apa yang perlu mereka buat dan apa yang perlu dielakkan sebagai seorang anak, pelajar dan ahli masyarakat.
  • Setiap kali anak bersalam untuk ke sekolah bisikkan kepada mereka kita sayang dia, minta anak jadi anak soleh/solehah, belajar dengan baik dan jaga diri serta maruah keluarga. Selain sebagai pesanan niatkan ia sebagai doa buat tiap-tiap hari.
  • Hadiahkan Al-Fatihah setiap kali solat buat anak-anak, sebutlah nama mereka satu persatu.

  • Memberi penghargaan kepada setiap bantuan yang mereka berikan, ucapan terima kasih amat bermakna buat mereka. Sesekali penuhilah permintaan mereka selagi tidak melampaui batas kemampuan, anak-anak akan terasa dihargai atas setiap pertolongan mereka. Contohnya apabila anak perempuan yang sibuk bersekolah membantu mengemas rumah setiap hari dan menguruskan hal-hal rumah ketika kita bekerja pada setiap akhir bulan saya akan beri ganjaran. 
  • Ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu-bapa apabila mereka sudah besar dan berkeluarga sendiri kelak, masa ibu-bapa telah tua. Saya selalu berpesan pada anak-anak bila sudah bekerja berilah ibu-bapa duit walaupun sedikit walaupun ibu-bapa punya duit sendiri, gembirakanlah hati mereka. Bukan nilai duit dipandang setiap ibu-bapa tetapi nilai ingatan anak buat mereka dan kadangkala duit itu juga akan kembali kepada cucu-cucu.
  • Didik hati anak-anak supaya ada sifat ehsan pada ibu-bapa serta orang di persekitaran mereka.

Perjalanan mereka masih jauh tetapi ingatan-ingatan ini akan mempengaruhi kehidupan masa depan mereka disamping itu jadilah contoh yang baik buat anak-anak. Usah menjadi ketam mendidik anak. Santunilah anak-anak supaya mereka juga akan menyantuni kita sebagai ibu-bapa.



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Sesuatu yang mudah tapi berat adalah untuk mengucapkan perkataan 'terima kasih', tapi kakcik memang biasakan ucapan itu atas apa sahaja pemberian/pertolongan dari anak2 atau siapa sahaja...

    BalasPadam
  2. Setuju apa yg Aina turunkan dlm N3 ini
    Siapa lagi yg mahu mendidik anak kita kalau bukan kita sendiri
    Persekitaran hari ini semua yg bergelar pendidik (bukan cikgu saja) yg ada tanggungan kena alert. Abang/kakak/nenek/atok hatta adik juga jika dirasa perlu perlu bertindak menjadi pendidik terbaik.

    BalasPadam
  3. tips yang baik.insyaallah... kita cuba lakukan yang terbaik untuk mereka.

    BalasPadam
  4. Betul aina...didik cara kita berpandukan tips2 yang ada.....

    BalasPadam
  5. Dengan tips yang ada, kita corakkan dengan cara kita.. insyaAllah moga mereka mendengar dan ikut nasihat kita.

    BalasPadam