Umrah Bukan Ibadat Ikut-Ikutan
April 2014 suami menunaikan umrah rezeki kemudiannya datang
bila dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun yang sama. Saya sangat
bersyukur kerana dengan izin Allah dia terpilih pada tahun yang sama.
Kebelakangan ini dia mula berbunyi ingin menunaikan umrah lagi.
Ramai juga kawan-kawan yang menunaikan umrah dalam usia
masih muda. Gembira melihat mereka selamat pergi dan balik serta teruja dengan
pengalaman umrah mereka. Di hati cuma terdetik sekiranya ada rezeki saya ingin
membawa anak-anak serta emak bersama. Hanya setakat itu perasaan saya dengan alasan
saya masih tidak bersedia walaupun sebenarnya saya sangat cemburu. Bagi saya
umrah bukan ibadat ikut-ikutan. Tengok kawan-kawan pergi kita pun hendak pergi
tetapi lebih kepada persediaan rohani dan jasmani. Mampukah kita berubah bila
sekembalinya nanti dari umrah, berubah menjadi lebih baik. Menaikkan darjat
diri sendiri.
Kebelakangan ini entah kenapa tiba-tiba hati bagai
dipanggil-panggil untuk ke sana, keinginan terus membuak-buak. Perasaan bagai
didesak-desak. Kerinduan untuk berada di Masjidil Haram datang secara tiba-tiba
tanpa dipinta. Mungkin Allah s.w.t sedang memberi isyarat pada diri sudah
sampai masanya saya menjadi tetamu Nya.
Menjadi keazaman tahun ini supaya dapat menunaikan umrah dan
kalau dapat biarlah mak merasa juga bersama kami menunaikan umrah. Tak sampai
hati pergi tanpa dia, kita mampu pergi tetapi membelakangkan ibu pula
takut-takut dia menyimpan kecil hati. Moga Allah permudahkan keazaman saya
untuk tahun ini.
Percayalah Aina siapa pun yg dah pergi Haji dan umrah memang akan rindu utk pergi lagi dan lagi macam yg Pak Tuan rasa itu. Aina pula dek kerana dah ada tempias iman Pak Tuan membuak sama nak pergi.
BalasPadamKakak doakan moga tercapai impian baik itu.
seronok nyer sebab dah pernah jejak..saya pun lately ni sgt sgt teringin nak jejakkan kaki ke sana..
BalasPadamAgree with you Aina.. umrah or haji bukan ikut2an.. balik berubah kah kita.. itu paling ditakuti.. kalau pegi setakat ikut2an, rugi rasanya kan.. esp bab haji.. mmg kalau mampu berkali2 kita pergi haji.. tp yg mabrur nya yg pertama.. ramai org pertikai kenapa i tak ke sana lagi. kenapa boleh travel ke mana2 tpi tidak ke Mekah..Ke Mekah beribadat.. travel ke lain kerana suka2... Demi ALLAH, hati kita ini milik ALLAH... pasti lah ada keinginan.. tp demi ALLAH juga dia punya keizinan.. kalau balik hatta setakat umrah pun tak kan kita hanya mau di takuk lama.. masih begitu2 juga.. biarlah apa org nak kata.. yg penting niat kita ALLAH yang tau.. DIA maha mengetahui.. siapa yg tak riindu nak ziarah makam Rasul.. alangkan mendengar perkataan Rasul saje jiwa tergetar2, apa tah lagi menjejak kaki ke bumi kelahiran dia... MASYALLAH.. Akak dua'a kan Aina berjaya ke sana nanti.. Seru lah nama akak bila aina di sana nanti... Kalau ALLAH sudah izinkan, INSYALLAH akak pun ke sana... AMEEN YA RABBBI..
BalasPadamSemoga Allah SWT membuka seluas2nya jalan untuk Aina ke sana. InsyaAllah...
BalasPadammakcik pun teringin......belum berkesempatan...
BalasPadamSaya setuju dgn tajuk entry. Takut kan ada rasa macam tu. Sbb buat pergi umrah macam trend pula kan.
BalasPadamDan saya takut sangat kalau pergi umrah ni dah sama rasa macam pergi bercuti.
InsyaAllah, tak lama lagi kami akan pergi umrah. Sbb mak yang berhajat sgt nak pergi. Dia minta kami temankan. Jadi, setiap hari saya minta pada Allah agar hati saya anggap pergi umrah ni sebagai beribadat 100% dan tidak anggap macam selalunya pergi bercuti tu.
Saya doakan akak juga dipermudahkan rezeki utk buat umrah :)
semoga murah rezeki kita ke sana.
BalasPadamMoga dipermudahkanNYA.
BalasPadamAmin.. moga di permudah kan.... In Shaa Allah...
BalasPadamp/s : kak .. lepas ni kite selalu jumpa .. ;)
Yea. Betul tu kak. Saya setuju sangat. Ramai orang gi umrah sebab nak glamer, konon bile balik malaysia boleh citer kat semua orang "I dah gi umrah". Walhal, tudung pun tak pakai..
BalasPadamLagi satu cerita umrah ni, especially artis2 suka up kan story gempak2, kononnya macam umat sesuci alam la dah gi umrah bertahun tahun tahun tu
Insyaallah kalau dah terdetik nak pergi tu Aina..berusahalah dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan..jangan fikir banyak banyak...sebab jadi baik atau sebaliknya urusan Allah kerana hanya Allah yang boleh menrubah hati kita..insyaallah kalau niat kita pergi sebagai hamba Allah ...Allah akan memudahkannya...nekcik pasti bila Aina dah pergi nanti.akan sentiasa rindu untuk ke sana lagi..amiin
BalasPadamSalam. Hee semoga dapat mengerjakan umrah dan haji. aminn
BalasPadam