Menutup Aib Suami Isteri
Ekoran dari cerita di televisyen
petang semalm yang sempat diikuti dengan telinga kerana ketika itu adalah
masa-masa sibuk almaklumlah baru balik kerja dan menjelang magrib pula. Kisah
seorang isteri yang menutup aib suami. Begitulah kehendak agama yang tertulis
menutup aib suami isteri yang sangat dituntut.
Kebelakangan ini diarus kemodenan
ramai suami isteri lupa mengenai tanggungjawab yang satu ini. Kadang-kadang
tanpa kita sedari kita bercerita keburukan pasangan masing-masing tanpa senaja
atau kadang-kadang memang secara sedar. Alasan untuk melegakan bebanan di hati
tetapi apabila bercerita adakah masalah tersebut akan selesai. Kadang-kadang kita seolah-olah hilang harga
diri hilang sifat malu sehinggakan cerita di dalam kain pun hendak dikongsi.
Bercerita biarlah kena pada
tempatnya, carilah seorang yang betul-betul amanah menerima cerita bimbang apa yang
sepatutnya menjadi rahsia tercanang merata-rata. Ada ketikanya kawan menjadi
lawan lalu segala rahsia yang tersimpan mula satu pesatu di bicarakan. Ramailah
yang bakal menjadi hakim tanpa ilmu tak kurang yang menjadi peguam tanpa
tauliah. Ketika itu sesal sudah tidak berguna.
Suami isteri berpeganglah kepada
kepercayaan walaupun mungkin satu ketika salah satu pihak terluka usahlah
dibuka aib satu sama lain. Seolah berlawan-lawan ingin mengatakan satu pihak
lagi yang bersalah yang lemah. Bila berbaik kembali adakah cerita-cerita kita
juga akan terhenti di situ sahaja? Tepuk dada tanyalah hati.
Kita mungkin tidak sempurna
tetapi kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Tidak mungkin kita mampu
mewarisi sifat-sifat Rasulullah s.w.t tetapi kita dituntut untuk menerapkan
sunnahnya di dalam kehidupan kita. Bila jalan yang terang sudah ada kenapa
perlu kita mencari jalan lain yang penuh berduri.
setuju sangat kak.. lagi la ada media sosial.. mula la sesi meluah perasaan secara umum di FB dan sebagainya.. mendatangkan fitnah dan sebagainya..
BalasPadamBETUL TU, MASA SAYANG SEMUA MANIS
BalasPadamKENTUT PUN BAU WANGI
DAH X SAYANG, SEMUA KISAH SILAM DI UNGKIT
YG DULUNYA TERTUTUP RAPAT SEKARANG TERBUKA SEMUA ORG BACA
Peringatan untuk diri saya jugak kak.
BalasPadamsetuju dengan kata-kata akak ni
BalasPadamsetuju.....tapi tak tengok/dengar pun drama itu
BalasPadamTerima kasih kerana mengingatkan..
BalasPadamKekadang ada yg terleka.. ;)