Benda Baik Kenapa Nak Sorok

11:37 PG JunAina 7 Comments

Balik kepada asal saya sebab masih terpaksa pindah randah lagi, kemas-kemas barang yang tak sebanyak mana sebab baru 8 bulan bekerja di sini. Terpaksa ikut client lagi, task forced project. Duduk satu floor dengan client adalah sesuatu yang sangat tidak selesa bagi saya seakan-akan mereka memerhati setiap pergerakkan kita. Mereka yang bayar jadi terimalah seadanya. Setakat ini client ok sahaja cuma kalau dalam meeting kadang-kadang macam nak pecah conference room. Redha jelah.


Ada seorang client berusia awal 40an baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan saya pun mendengar dari kawan-kawan sekeliling. Turun ke bawah borak-borak dengan geng di bawah sebab client ni dah biasa pusing-pusing jumpa orang yang sama terborak pasal dia. Orangnya putih, kecil, cantik dan molek walaupun sudah berumur 40an sangat awet muda, saya tak sangka umur dia sebegitu. Saya pula tercakap yang dia sudah kahwin bila ada yang berkata dia andartu dan tiba-tiba kakak yang satu floor tegur.

`Eh engkau ni kenapa cakap, orang semua tak tahulah’.

Saya terlopong kejap.

`Benda baik kak kenapa nak sembunyi-sembunyi kak lagipun dia buat majlis kan’.

Saya sendiri tidak faham kenapa perkara baik hendak di sorok, bukankah dituntut kita mewar-warkan pernikahan supaya tidak timbul fitnah. Pandangan saya mungkin orang sekeliling yang melebih-lebih sedangkan tuan punya badan tak kisah pun. Majlis perkahwinan turut menjemput rakan-rakan dari syarikat tempat dia bekerja jadi tiada sebab perkahwinan dia dirahsiakan. Bila timbul soalan demikian maka banyak pulak spekulasi lain yang timbul.

`Agaknya dia ni isteri kedua kot sebab tu tak nak heboh-heboh takut isteri pertama tahu’

`Umur dah macam tu mana nak dapat lelaki bujang lagi’

Fitnah pulak yang datang. Saya terdiam rasa bersalah memberitahu dia dah berkahwin.

Begitulah masyarakat suka sangat menjatuhkan hukuman ikut suka hati sendiri. Tak kiralah isteri keberapa pun itu jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk dia, halal buat dia dan suaminya dari tejerumus kelembah maksiat. Takut sangatkah dihina oleh manusia atau lebih takut dihina Allah s.w.t kelak. Pilihan ditangan sendiri.




You Might Also Like

7 ulasan:

  1. dah pulakkkk....serba tak kena kannn

    BalasPadam
  2. Sekarang ramai sahaja wanita berusia kahwin dengan lelaki yang lebih muda dan masih bujang. Apa salahnya? Doakan sahaja kebahagiaan mereka...

    Kalau iyapun dia isteri kedua, tang mana kita yang sakit pula, kan? hmmmm... tak faham betul...

    BalasPadam
  3. Betul Aina yg halal dan baik kenapa nak disorok
    Bila timbul persepsi negetif lagi tak elok sebab boleh mengundang dosa pada yg membuat spekulasi macam-macam.

    BalasPadam
  4. Dan yg menyedihkan ( menakutkan sebenarnya, kalau fikir kesan di SANA), sifat terlebih ambik tahu dan bergossip macam tu, boleh jatuhkan fitnah..kalau tak fitnah, jadi mengumpat.
    Saya setuju dgn akak, bahawa benda yg baik macam perkahwinan itu, elok di beritahu umum

    BalasPadam
  5. emm,mungkin ade sbb dia sorok...

    BalasPadam
  6. mungkin dia ada sebab untuk taknak beritahu~

    mungkin je la kan..

    BalasPadam
  7. Sepatutnya lah kan benda baik nak buat apa sorok tapi tak tahulah apa anggapan empunya badan....
    Bersangka baik sudahlah

    BalasPadam