Harga Minyak Jatuh Nilai Ringgit Merudum Mampu Ke Nak Senyum
Harga minyak jatuh lagi sehingga hari ini sudah melepasi
kurang dari USD40/barrel. Rasa susah sangat hati ini sebab sektor pekerjaan
saya amat bergantung kepada harga pasaran minyak dunia. Sudah beberapa syarikat
yang sama aliran yang mengurangkan kakitangan selain syarikat yang saya pernah
kerja dahulu berturut-turut pula syarikat lain mengurangkan pekerja. Projek
yang site di dalam Malaysia pun sudah mula kecilkan skop kerja dan projek lain
pun nampak sangat perlahan perkembangannya walaupun projek tersebut usahasama
dengan Arab Saudi.
Bagi bidang kerjaya saya pula setiap 10 tahun memang kami
akan melalui situasi yang hampir sama di dalam industry minyak dan gas. Setiap
10 tahun akan berlaku pengucupan dalam industry ini yang memaksa syarikat-syarikat
mengurangkan pekerja. Suka atau pun tidak telanlah semuanya dengan hati yang
terbuka. Berpeganglah dengan kata-kata `rezeki
itu milik Allah s.w.t’. Masih menaruh harapan yang tinggi untuk kenaikan
gaji dan bonus untuk FY2015 pada
awal bulan Januari tahun hadapan. Jumlah kakitangan pun telah melebihi 300
orang berbanding tak sampai 150 orang semasa saya sertai syarikat ini tahun Jun
tahun lalu.
Tukaran matawang Malaysia juga semakin merudum tanpa
tanda-tanda untuk pulih. Ini bukan bidang saya jadi eloklah saya hanya
menyuarakan kegusaran dihati tanpa membincangkan dengan lebih halus. Jika
dilihat trend tukaran matawang asing dunia kebanyakan memang agak menurun jadi
buat masa sekarang bersabar dengan ujian ini. Hati semakin bimbang bila tidak
nampak usaha proaktif kerajaan dalam menangani isu RM yang kian jatuh.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk Malaysia, untuk kita
semua. Makian, cacian, umpatan, fitnah, tunding menunding tidak akan membantu
ekonomi Malaysia bahkan semakin melemahkan. Baik pemimpin mahu pun rakyat
belajarlah menjadi manusia yang berakal. Sama-sama kita berusaha membaiki diri
agar menjadi insan yang doanya diterima Allah s.w.t.
Walau apa pun situasi kat luar sana kami masih tetap beraya sakan-sakan.
13 Rider Beraksi: