Harga Minyak Jatuh Nilai Ringgit Merudum Mampu Ke Nak Senyum
Harga minyak jatuh lagi sehingga hari ini sudah melepasi
kurang dari USD40/barrel. Rasa susah sangat hati ini sebab sektor pekerjaan
saya amat bergantung kepada harga pasaran minyak dunia. Sudah beberapa syarikat
yang sama aliran yang mengurangkan kakitangan selain syarikat yang saya pernah
kerja dahulu berturut-turut pula syarikat lain mengurangkan pekerja. Projek
yang site di dalam Malaysia pun sudah mula kecilkan skop kerja dan projek lain
pun nampak sangat perlahan perkembangannya walaupun projek tersebut usahasama
dengan Arab Saudi.
Bagi bidang kerjaya saya pula setiap 10 tahun memang kami
akan melalui situasi yang hampir sama di dalam industry minyak dan gas. Setiap
10 tahun akan berlaku pengucupan dalam industry ini yang memaksa syarikat-syarikat
mengurangkan pekerja. Suka atau pun tidak telanlah semuanya dengan hati yang
terbuka. Berpeganglah dengan kata-kata `rezeki
itu milik Allah s.w.t’. Masih menaruh harapan yang tinggi untuk kenaikan
gaji dan bonus untuk FY2015 pada
awal bulan Januari tahun hadapan. Jumlah kakitangan pun telah melebihi 300
orang berbanding tak sampai 150 orang semasa saya sertai syarikat ini tahun Jun
tahun lalu.
Tukaran matawang Malaysia juga semakin merudum tanpa
tanda-tanda untuk pulih. Ini bukan bidang saya jadi eloklah saya hanya
menyuarakan kegusaran dihati tanpa membincangkan dengan lebih halus. Jika
dilihat trend tukaran matawang asing dunia kebanyakan memang agak menurun jadi
buat masa sekarang bersabar dengan ujian ini. Hati semakin bimbang bila tidak
nampak usaha proaktif kerajaan dalam menangani isu RM yang kian jatuh.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk Malaysia, untuk kita
semua. Makian, cacian, umpatan, fitnah, tunding menunding tidak akan membantu
ekonomi Malaysia bahkan semakin melemahkan. Baik pemimpin mahu pun rakyat
belajarlah menjadi manusia yang berakal. Sama-sama kita berusaha membaiki diri
agar menjadi insan yang doanya diterima Allah s.w.t.
Walau apa pun situasi kat luar sana kami masih tetap beraya sakan-sakan.
ermmm tak tau nak ckp ape kak...menteir bijak pandai plak kuar kan kenyataan yg pelik2....ingat rakyat ni bodoh kot nak terima bulat2 kenyataan mereka...
BalasPadamhmm ntah laaa...kite doa yg terbaik ajek laa kak....
Dah gitu pusingannya, nak buat mcm mana lagi pun x tau....
BalasPadamkena tukar kerajaan nih...dok pun tukar PM.
BalasPadamketika gambar ini di rakam... saya sudah pon merempit balik... ahahahaa....
BalasPadamkak jun : menjawab soklan di blog saya
Padambaru nak menjejak kan kaki kesana .. heheheh..
lom pernah g lagi
Assalamualaikum,
BalasPadamhanya kesal dengan orang2 tertentu yang masih juga kata "kejatuhan ringgit tak jejas ekonomi negara"...kenapalah tak mau terima hakikat yang kita sangat bergantung kepada import.
memang la negara lain juga jatuh nilai tukaran asing mereka, tapi...tak adalah seteruk kita.
mmmmm rumah ni dah cantik ;)
dana tkt jd mcm thn 1997-1998.... hrpnyer negara kite msh boleh bertahan lg lah...
BalasPadamMasa kerja dulu teringat minyak naik sampai 90 henggit/ barrel yg menjadikan costing untuk harga buat jalan naik mendadak.... tp bila harga minyak turun mungkin lain pulak kesnya...
BalasPadamApa pun moga ekonomi kita kembali stabil...mmg takut tgk situasi sekarang ni
Semakin merisaukan..
BalasPadamJauhkanlah perkara yang tidak elok dari mendatangani negara kita..
Lumrah kehidupan..bagaimanakah hati-hati para pencari rezeki, ada yang hidup bagai dihujung tanduk..kais pagi makan petang. Semua jadi tanda tanya..
BalasPadamkita doakan yang terbaik untuk malaysia.. pst.. cantik template blog akak dah macam blog berita.
BalasPadamSemoga kita semua dapat menghadapi keadaan ekonomi kini dengan tenang..
BalasPadamSaya baca org kata kwn dia g thailand jln2 nk tukat duit org xmo duit kita. Puas la mereka ke sana sini nk cari duit tukar
BalasPadam