Syawal Ke-Tiga Cincin Di Jari Manis
Kemeriahan Aidilfitri keluarga besar kami semakin bertambah meriah tahun ini apabila pada 3 Syawal berlangsung majlis pertunangan adik tersayang. Persiapan yang agak kalang kabut apabila majlis yang di rancang pada raya puasa 6 di percepatkan ke 3 hari raya. Pihak kami langsung tidak membuat apa-apa persiapan untuk hantaran. Hari raya ke dua kebanyakan kedai di Perlis masih tutup namun Allah s.w.t permudahkan juga urusan bila ada sebuah kedai Melayu yang buka hari tersebut dan pemiliknya sangat baik dan tidak lokek dalam memberi perkhidmatan.
19hb Julai 2015 tersarunglah cincin di jari manis si dara mengikat janji insyaallah bakal disatukan mengikut kesesuaian masa serta perbincangan keluarga kelak. 5 hantaran berbalas 7 dari pihak perempuan dan kebiasaannya bagi majlis pertunangan di Perlis adatnya hanya manisan menghias dulang. Pada hari tersebut pihak kami membawa dulang cincin, gula dan garam menjadi pelengkap adat, kek, buah dan agar-agar kering dihias cantik dengan hijau sebagai warna tema dan kami sekeluarga turut mengenakan baju hijau.
Hari raya tentulah ahli keluarga masih ramai berkumpul di kampung, keluarga besar kami pula sangat bersepakat. Jadinya pada hari pertunangan tersebut 11 kereta mengiringi cincin yang bakal di hantar. Ibu pengantin perempuan pun nampaknya agak terkejut tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mana mungkin kami mampu menolak emak saudara serta sepupu-sepupu yang ingin menyertai rombongan kami.
Raya kedua malam keluarga kami sibuk uruskan dulang hantaran, bapak saudara sibuk hias dulang kami yang perempuan tengok sahaja. Dia seorang mekanik tetapi berjiwa seni pandai menggubah pandai menghias, pandai melukis dan pandai juga mengukir.
Setahun mungkin mengikat janji majlis akan dilangsungkan bermakna dalam tempoh tersebut kakak-kakak akan mula membuat sedikit sebanyak persiapan sebab anak lelaki bila kahwin semuanya mengharapkan kakak atau adik perempuan. Harapan agar majlis ini nanti akan lebih sempurna berbanding majlis Angah dahulu.
Merdeka Promo serendah Rm5.90. Banyak barang yang boleh dipertimbangkan sempena bulan kemerdekaan ini. GEMFIVE menawarkan yang terbaik buat kaki shopping. Mudah hanya dihujung jari dan buatlah pilihan barangan anda.
Tahniah...semoga majlis berjalan lancar akan datang
BalasPadamAlhamdulillah... kakak yg membaca dpt rasakan seronok dan meriahnya Aina
BalasPadamBayangkanlah 11 kereta mana pihak perempuan tak terkejut:)
Moga ikatan akan menjadi ikatan sah yg diimpikan. Insya-Allah.
Alhamdulillah moga Allah permudahkan semuanya hingga majlis ijab dan qabul..
BalasPadamAmboi Makenik2 pun tu dia berseni dulang hantaran..Selamat Bertunang buat adik kamu RS...
BalasPadammmg meriah lah kalu bt majlis time raya2 nih sbb semua ahli keluarga n sedara mara dekat n jauh ada kan kak
BalasPadamTahniah untuk adik Kak June, meriahnyaaaa....semua bergotong royong menolong:):)
BalasPadamWuii merriahnya Aina..iyalah. ..seronok dpt berombongan reramai
BalasPadamTahniah semuga dipermudahkan segsla urusan membina masjid ini
wah best nya... meriah sakan...
BalasPadamkak jom join #misimencarizainuddin
dalam masa suntuk, hantarannya sangat cantik digubah. sungguh kreatif.
BalasPadamAlhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. hai kak Jun .. lma xsinggah sini :)
BalasPadam