Jadilah Anak Pemanis Hidup Ibu Bapa
Satu ketika dahulu kita di
besarkan dengan penuh kasih sayang serta perhatian yang tak berbelah bahagi
dari kedua orang tua. Setiap permintaan selagi terdaya akan dipenuhi walaupun
ada ketikanya mereka terpaksa mengikat perut demi permintaan anak-anak. Membanting
tulang empat kerat atas nama sebuah kehidupan untuk melihat anak-anak berjaya.
Bukan untuk mereka tetapi untuk mebina masa depan anak-anak supaya tidak hidup
susah separti mereka. Sehinggalah suatu ketika rutin itu akan berputar bila
kedua ibu-bapa semakin lanjut usia dan anak-anak mula membina hidup sendiri.
Hati mereka semakin sepi sesepi rumah mereka yang sudah hilang hiruk-pikuk
suara anak-anak.
Lalu rumah yang dulu menjadi
tempat melenjan rasa, membuah suka-duka kini menjadi persinggahan setahun
sekali, bila anak-anak punyai keluarga sendiri serta kejayaan dan pangkat
merebut masa bersama mereka. Sebagai anak kita dilambung bahagia berada
dipuncak nikmat hidup dan mereka orang tua yang pernah membesarkan kita
merenung kosong masa hadapan. Bertapa mereka tidak berguna diusia lanjut bila
anak-anak mula menjauhkan rumah yang menjadi syurga mereka suatu ketika dahulu.
Emak mula menangis mengenang anak yang satu ketika dahulu akan menjerit-jerit
memanggil ibu bila sahaja kelibat ibu hilang di mata, si ayah mula merenug pilu
halaman rumah membayangkan betapa girang anak menunggu dan berlari dihalaman
menyambutnya pulang dari pekan. Air mata mereka tidak mampu membasuh luka.
Tanggungjawab mereka berakhir
sudah namun sisa-sisa kehidupan masih perlu diteruskan. Jadilah anak sebagai pemanis hidup ibu bapa.
Bertanggungjawab sehingga helaan nafas mereka yang terakhir. Tanpa doa mereka
kejayaan tidak akan bersama kita. Tanpa kerahan kudrat keduanya kita tidak akan
mengukir kejayaan. Bukan jasa mereka minta dibalas sebab jasa mereka memang tak
terbalas sekurang-kurangnya berehsan kepada mereka penuh kasih-sayang.
Pesanan buat seorang
anak.
`Tika rambut mereka semakin
memutih, urat-urat tangan kian menonjol, tubuh mereka semakin membongkok,
telinga mereka semakin tidak jelas serta mata mereka semakin kabur itulah tanda
kudrat mereka semakin tiada. Sudah sampai masanya hidup mereka dibantu sebagai
mana kehidupan kita sewaktu kecil yang perlu dibantu makan pakainya. Sudah
ketikanya tangan kita menyuap mereka denganpenuh kasih sayang sebagaimana
mereka menyuap kita ketika kecil’
Bekerja punya tanggungjawab pada
keluarga sendiri namum kedua orang tua janga dilupa. Kecil gaji bukan alasan
beri semampu kita, andai yang mampu Rm50 sebulan berilah setakat itu kalau
mampu Rm1000 sebulan syukur nikmat yang Allah beri kerana dengan didikan mereka
juga kita mampu memberi banyak kepada mereka. Bukan sedikit atau banyak menjadi
bualan namun ingatan yang berterusan itu yang paling penting. Istiqomah setiap
bulan. Moga doa ibubapa akan dapat lebih membantu kita. Rezeki itu bukan hanya
duit ringgit harta kekayaan tetapi nikmat sihat tubuh badan juga adalah rezeki
yang paling berharga.
Bagi yang masih punya ibubapa
auditlah diri adakah kita telah membuat yang terbaik kepada keduanya. Sebagai
isteri bersyukurlah sekiranya suami mengutamakan kebajikan ibubapa selain
tanggungjawab kepada anak dan isteri kerana dia sedang memberi contoh kepada
zuriat sendiri. Suami pula bertolak ansurlah dengan isteri bila berkaitan soal
tanggungjawab isteri kepada kedua ibubapanya pula. Bukan bermakna bila ijab dan
qabul berlangsung terputus tanggungjawab kepada orang tuanya, sebagaimana suami
ingin berbakti kepada ibubapa sendiri begitulah juga isteri ingin berbakti
kepada orang tuanya juga. Janganlah suami mementingkan diri sendiri berehsanlah
kepada kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua.
Hidup bagaikan roda suatu ketika
kita pernah menjadi anak, memandang kehidupan ibubapa tika melayan orang tua
mereka. Suatu hari kita pula mengambil alih keadaan ibubapa bila telah
berkeluarga sendiri, kita pula menjadi ibubapa. Pandang kisah ibubapa kita dahulu
jadikan iktibar ambil yang baik buang yang tercela moga kita dapat menjadi
anak-anak soleh/solehah yang disayangi ibubapa dan diredai Allah s.w.t.
Allah..semakin terharu baca entri. Kebetulan baru buat entri tentang abah juga.
BalasPadamblog akak dh bertukaq wajah nmpak nya ^_^
BalasPadamwah.... nampak lain dh blog akak....
BalasPadambetul tu kak... insyallah selagi termampu, berbakti pd mak n abah walaupun jauh
Aina....cukup menyentuh entri ni tau. Dan dan tu jugak ai nak call mak huhu.....
BalasPadamBetul kata awak Aina, hidup ini umpama roda, satu masa nanti kita akan rasai jugak kesepian yg mereka alami. Kekadang hati dan perasaan tu nak buat yg terbaik pada mereka dan mertua tp ada kalanya kudrat tak mampu....
Sedihnya....