Emas Murah - Barang Yang Lepas Jangan diKenang

4:09 PTG JunAina 7 Comments


Rezeki datang dan pergi tanpa kita jangka kerana semua itu ketentuan Allah s.w.t kerana Dia sebaik-baik perancang. Berkeluh kesah adalah sifat manusia jadi bila berlaku sesuatu kehilangan jiwa akan resah, meratapi sebuah kehilangan walaupun kita tahu apa yang hilang akan Allah s.w.t gantikan dengan yang lebih baik. Resah akhirnya akan hilang bersama masa yang terlekat di hati redha dengan kehendak Ilahi.
 

Cincin yang bertahun disarung di jari kenangan hari lahir lama dulu hilang entah ke mana begitu juga cincin yang di tukar beli bila yang lama patah semakin terkilan baru tiga bulan sempat dipakai. Tersalah letak mungkin. Hati gusar. Hati gundah. Sedih. Menyesal. Namun akhirnya perasaan redha itu menyapa juga dengan memegang ‘Allah akan menggantikan yang lebih baik’. Hilang tanpa di kesan mungkin itu yang terbaik.
 

Allah tidak pernah mungkir janji, rezeki itu akan datang tepat pada alamatnya tidak akan tercepat tidak juga akan terlewat dan datang dengan yang lebih baik. Alhamdulillah. Sebulan menghadam kehilangan dua bentuk cincin pada akhir Ramadhan akhirnya Allah s.w.t gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Walaupun yang hilang masih dirindu namun hai tetap riang menerima rezeki baru

 
Cantik design gelang tangan emas ini berat 30 gram ++ kena dengan tangan orang yang memakainya.
 

 
Inilah rezeki pengganti cincin yang dah hilang entah ke mana, Alhamdulillah Allah s.w.t ganti dengan yang lebih baik. Paling penting yakin dengan qada dan qadar yang telah Allah tentuka selebihnya berserah kerana sesungguhnya jajni Allah itu benar.
 
 
Saya beli rantai tangan ini pada 8hb Ogos 2015 dengan harga emas semasa Rm138 sedangkan di kedai-kedai lain harga emas masih lagi tinggi sekitar Rm150-Rm160. Saya masih mendapat tambahan diskaun sebab kawan sepejabat dulu belajar satu tempat dengan tuan punya kedai. Kedai ini pula adalah kedai emas kepunyaan bumiputera jadi sama-samalah kita membangun ekonomi orang Islam.

 

Emas Baroqah
No. 5, Ground Floor Wisma Yakin
Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Woww..bestnya dpt brg kemas baru....tumpang seronok..:)

    BalasPadam
  2. Emas dan wanita berpisah tiada..bukan main meleret lagi senyuman dibibir yer....

    BalasPadam
  3. Baca entry akak ni, saya sedih.
    Sedih sebab cincin kawin saya hilang!!
    Huhuhu..

    BalasPadam
  4. cantik kak.... alhamdulillah cincin hilang di ganti rantai tgn lawo....

    BalasPadam
  5. Amvooiii...amvoiii tayang kecomelan lah tu.

    BalasPadam
  6. Sekarang ni nampaknya tak akan jumpalah emas harga 35 henggit per gramkan Aina...Dulu masa kawen tahun 1995 itulah harga emas.... kalaulah tau emas akan naik sekarang, mak borong emas masa tu haha

    BalasPadam