Kuih Kapal Terbang Berkacang

2:25 PTG JunAina 7 Comments

 
 
Kenangan akan sentiasa berlegar-legar di jiwa ada ketika bila kita melalui sesuatu perkara kita dapat merasai seolah-olah kita pernah melalui detik yang sama tanpa dapat dikesan bilakah ianya berlaku atau ianya cuma sebuah mimpi. Ada ketika bila makan sesuatu sepantas kilat jiwa bergetar merindui rasa yang sama mungkin suatu ketika dahulu kita pernah merasainya. 

Rezeki dari seorang kawan bawa Kuih Kapal Terbang bukan kebiasaan bersalut gula tetapi bersalut kacang tanah. Masyaallah sedap! Tiba-tiba jiwa tersentak. Rasa ini yang pernah saya rindui dan akan sentiasa saya rindui. Sejak kebelakangan ini perasaan itu semakin kuat membenam di jiwa. Alhamdulillah. Rezeki akhirnya datang juga walaupun kuihnya berlainan tetapi rasanya tetap sama.

Semasa sekolah rendah seorang kawan bernama Rosnita akan berjualan Kuih Batang Buruk Kacang Tanah hasil air tangan ibunya. Sebungkus 20 sen! Tahun 80an. Rasanya itu sahaja harga yang mampu dibayar oleh anak-anak sekolah lagipun pada ketika itu tepung gandum berharga sekitar 60 sen sekilogram gula sekitar Rm1.20 sekilogram. Lagipun orang kampung berniaga banyak bersedekah.

Hari ini saya dapat menikmati rasa yang sama dengan Kuih Batang Buruk Kacang Tanah walaupun apa yang saya makan adalah Kuih Kapal Terbang bersalut kacang tanah. Mungkin dibuat menggunakan bahan yang sama jadi rasa hampir sama yang berbeza cara pembuatannya dan bentuknya sahaja.

Alhamdulillah. Nikmat Allah yang mana mampu kita dustakan. Berlegar di minda akhirnya rasa itu menjadi nyata.



 

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. my fav ni kak nak2 batang buruk tu.. best...

    BalasPadam
  2. dana kenal kuih kapal terbang ni lps kawin ngn org kerteh... mil dana pandai bt tp dia sira gula...

    huhuhu rasa yg nostalgia ye kak... itu yg teringat

    BalasPadam
  3. masa baru baru anak 2 dulu nekcik buat jual..kus semangat nal dapatkan sekilo..sebab ringan..lpas tu memang tak pernah buat...tapi nekcik rasa mcm.nak buat jugak..tabur cheese powder!!

    BalasPadam
  4. Makanan dan kuih2 lama dulu mmg akan beri satu macam rasa pada kita bilamana nak jumpa semula rasa sebegitu tidak mudah dah sekarang.
    Mmg kita akan jadi rindu...
    Terpikir pula kenapa rasa makanan dan kuih yg lama2 tak dapat lagi pada zaman sekarang?
    Akak rindu biskut halia. Makan masa usia 7/8 tahun waktu raya dulu.

    BalasPadam
  5. Penggemar kacang.. sedang mencari.
    :

    BalasPadam
  6. Kat rumah ni ada lagi kuih batang buruk Aina....Tak de sapa yg reti makan. Nak harapkan mak makan sorang huhu....Nak buang sayang tunggu dah tengik baru buanglah gamaknya

    BalasPadam