Bengkel Motor Kena Pecah
Cabaran orang berniaga memang tak dapat dijangka terutama
sekali dalam bab sakit hati serta dengki mendengki. Sebagai peniaga seharusnya
bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran yang satu ini kerana kita
tidak mampu untuk merubah sikap manusia. Paras dengki itu akan bertambah tinggi
seiring dengan kejayaan setiap peniaga, semakin berjaya semakin ramai yan sakit
hati dan sakit mata melihat. Maka bermula juga tindakan-indakan yang tidak
sepatutnya berlaku yang berlawanan dengan hukum mahupun undang-undang.
Pemegang mangga kena ketuk. Operasi mungkin sebelum subuh
sebab kedai sebelah menyebelah beroperasi sehingga 1am dan gerai burger kat
depan pun 2-3am baru tutup.
Adik saya Muhammad Shahizat tuan punya JMR Motorwork di
Perlis tak terkecuali menghadapi situasi sakit hati dan dengki ini walaupun
perniagaannya tidaklah segah Chin Hin Motor yang terkenal di Kedah/Perlis. 27hb
Oktober 2015 bengkel kecil berdekatan Kolej Komuniti Tambun Tulang dipecah
masuk, pelbagai barangan hilang dan paling menghairankan stok spare part
motosikal tak di usik, duit sewa kedai yang terselit di celah-celah resit masih
ada yang hilang adalah perkakasan untuk bekerja seperti spanar dan lain-lain.
Nampak dia sangat tenang namun dia luahkan juga rasa kecewa kepada anggota yang
mengambil keterangan di balai. Katanya `Saya tak kisah kalau masuk ke kedai
ambik barang-barang lain tapi dia ambik pancing macam mana saya nak mengail
lagi?’.
JMR Motorwork Tambun Tulang spare part tak terjejas tetapi
barang-barang untuk buat kerja yang hilang.
Spanar yang hilang adalah barangan kesayangan dia tanpa
spanar kerja tak boleh nak buat, selain itu ada 3-4 barang lain lagi hilang
yang harganya setiap satunya melebihi seratus ringgit. Satu set spanar
berjenama SATA yang hilang pula bernilai lebih Rm1800, barangan kesayangan dia
pulak. Kesemua barangan yang dicuri adalah yang boleh dibawa dengan tangan
kemungkinan pencuri itu datang dengan motor, pecahkan pemegang mangga di pintu
depan ambil barang dan pergi dalam keadaan tergesa-gesa sehingga lupa menutup
pintu.
JMR Motorwork kedai utama di Pida Dua
Sekerat kedai ini depan rumah mak sahaja.
Semua barang kena beli semula kalau
dapat dana seperti ni tak apa juga `10 Super Awesome MalaysianBusinesses: Which One Do You Think DeservesRM250,000?’ boleh berangan untuk mulakan
perniagaan yang lebih besar tanpa perlu memeningkan kepala. Bukan setakat
berangan boleh terus mulakan besarkan perniagaan di kedai baru yang lebih
bagus. Adik saya pun bermula dari rumah, kemudian buat bangunan depan rumah mak
jadikan bengkel daftar perniagaan secara sah, hadiri kursus anjuran pelbagai
agensi kerajaan terutama MARA. Kemudian mendapat pinjaman dari TEKUN dan MARA.
Semua itu bukan terbina sekelip mata semua itu memerlukan usaha dan kerja
keras. Bila mula berjaya sedikit timbul iri hati, dengki kianat sedangkan
mereka enggan berusaha.
Perkara mula-mula bila tengok keadaan
kedai dia bagi tau mak yang ada bersama. Allah s.w.t sedang mengatur yang
terbaik buat dia, moga siapa yang ambik barang-barang dalam begkel dia mendapat
petunjuk tanpa ada riak kecewa di wajah dia tetapi hati menangis siapa yang
tahu. Sebagai kakak perkara yang sama saya bagitahu insyaallah ada hikmahnya.
Allah lebih mengetahui dan Dia tak akan menganiaya hambanya dan tidak akan juga
menguji kepada yang tidak mampu menaggung.
Walaupun kecewa semangat tetap tak
hilang JMR Motorwork di Kampung Pida Dua Sekerat dan Tambun Tulang tetap
beroperasi seperti biasa.
MashaAllah june..
BalasPadamDugaan utk adik tu..
Semoga mendapat yg lebih baik dari itu dan bengkel akan lebih maju..
Tersenyum juga baca.. bila buat aduan pancing pun hilang..
wahai pencuri...pulangkanlah brg2 tersebut...tiada gunanya kau mengambilnya kerana tiada keberkatan di situ...
BalasPadamSedikit sebanyak tercalar juga perasaan adik tu Aina.
BalasPadamBayangkan alat yg mahu digunakan itulah yg diambil
Namun Allah masih lindungkan lagi sebab macam duit dan lainnya boleh pulak tak diambil nya.. Takziah dari kakak.
bengkel adik ke ni ... semoga org yang dengki tu di lembutkan hatinya
BalasPadamnaper rasa sebak kak perenggan kedua last tuh... betapa adik akak redho ini ujian dari Nya....
BalasPadammmg yg merompak tuh bkn sbb nk duit tp sbb dengki itu yg saja amik brg utk bt kerja... moga di murahkan adik akak utk dpt ganti semula yg hilang tuh...
Asslm
BalasPadamSimpati. Semoga mendapat ganti dgn ganjaran yg lebih berganda rezekinya.
InsyaAllah moga akan ada ganjaran yang lebih baik daripada musibah itu.
BalasPadamSedih dan terkilan jugak bila barang yang kita sayang tu dicuri.
Allah sedang menguji Aina....sabar ajelah. Menasihat, memberi sokongan mmg senang. Kepayahan, nak mengeluarkan modal utk membeli alatan baru perniagaan hanya empunya firi yg mengetahuikan....
BalasPadam