Sukarnya Menjadi Penyimpan Rahsia

11:00 PG JunAina 7 Comments


Seorang kawan meluahkan masalah yang dihadapi sambil menangis, meratapi segala kesdihan serta ujian yang Allah s.w.t berikan kepadanya. Tanpa selindung walaupun sedikit dia bercerita memberi sepenuh kepercyaan kepada kita. Sebagai kawan yang baik kita mendengar penuh tumpuan sesekali mencelah, akhirnya memberi nasihat yang lebih positif menghadapi setiap keadaan. Pada akhirnya dia meminta kita menyimpan cerita tersebut sebagai rahsia. Amanah yang terlalu berat untuk digalas.


Baru-baru ini saya dikejutkan dengan pesanan melalui telefon bimbit oleh seorang kawan baik sejak 20 tahun yang lalu. Walaupun jarang berjumpa tetapi kami sentiasa berhubung sama ada melalui telefon mahupun email. Ayat-ayat yang ditulis amat menggetarkan jiwa dan menyentap hati. Saya mencari-cari di mana silapnya. Saya tercakap tanpa disedarikah? Menuduh dengan sebegitu seolah-olah hanya saya sahaja yang tahu kisah hidupnya. Remuk redam hati saya, sedih usah cerita kerana saya memegang amanah yang diberi sehingga tidak menceritakan kepada seorang lagi kawan baik kami, begitulah saya memegang permintaan dia.


Bagi saya ini satu tuduhan yang berat. Menuduh saya menyebarkan cerita masalah rumahtangga yang saya simpan kemas selama ini. Apa yang saya dapat dengan membuka aib dia? Selama ini saya memberi moral support kepada dia, menyokong segala keputusan dia selagi perkara itu baik, cuba menenangkan setiap kesedihan serta lara di hati dia. Saya cuba menjadi sahabat yang boleh diharapkan dikala suka mahupun sedih, dikala ketawa mahupun berduka. Membantu sebaik mungkin selagi mampu.


Ini ujian buat saya. Setelah 20 tahun menjadi sahabat mungkin ini ujian buat saya dan dia untuk melihat sejauh mana tetapnya hati kami dalam bersahabat. Saya menjawab yang mana perlu di pesanan ringkas yang dihantar kemudian saya diam rasanya itulah jalan yang terbaik buat kami ketika ini. Saya manusia bukan malaikat saya juga tidak sempurna mungkin ada ketikanya saya terlalai tetapi untuk terus menuduh adalah terlalu kejam buat saya. Bukan hari ini dia mengenali saya sekiranya tidak terbina kepercayaan mana mungkin dia berkongsi cerita peribadi yang menjadi rahsia dengan saya.


Apa yang pasti satu pengajaran saya dapat hari ini, biarlah jangan yang ada meminta saya menyimpan rahsia lagi takut beginilah padahnya. Mungkin dia juga ada bercerita dengan orang lain selain dari saya tetapi tiba-tiba bila perkara itu diketahui umum kemungkinan nama saya akan terpalit juga. Biarlah saya tidak tahu dari esok mencipta musuh dengan sahabat sendiri. Terputusnya silaturrahim yang telalu panjang tempohnya akan memberi kesan yang mendalam kepada jiwa.


Sahabat. Kepercayaan itu tidak terbina sehari-dua, seminggu-dua atau setahun-dua tetapi terbina sejak 20 tahun. Mengapa begitu mudah kepercayaan itu diruntuhkan?



Pesanan buatmu sahabat. Muhasabah diri selalu. Merenung segala kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan kepada orang disekeliling kita. Adakah kita menjaga mulut dari membuka aib orang, manjaga mulut dari bercerita perihal orang lain atau menjaga mulut dari bercakap perkara sia-sia. Allah s.w.t itu adil. Hari ini kita membuka aib orang esok lusa kita sendiri akan dibogelkan dihadapan orang. Tak perlu risau kita diaibkan kerana Allah s.w.t akan membawa kebaikan-kebaikan kepada dirimu kelak. Berdoalah kerana doa orang yang teraniaya itu makbul namun jangan pula kita menganiaya orang lain kerana doa orang yang kita aniya itu amkbul dan mungkin Allah s.w.t akan memberi bala kepada kita pula. Jaga mulutmu jaga perilakumu moga apa yang selalu dikongsi di media social olehmu adalah cerim peribadi mu yang sebenar bukan sekadar lakonan.





You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Kadang- kadang kita menjadi mangsa keadaan

    BalasPadam
  2. Kakak rasa kawan Aina ada tercerita bukan pada Aina saja sebab ada manusia yg jenis bercerita dgn A, dia kata ini rahsia tau. Cerita dgn B minta tolong jgn bagitahu org lain tau dan seterusnya. Hakikatnya bukan rahsia dah... apalagi bila bocor dia tak dpt tahu mana satu yg membocorkannya..

    BalasPadam
  3. saya seorang yang tak suka dengar rahsia orang atau cerita rahsia orang pada saya.. entahlah mungkin sebab saya sekarang lebih selesa buat hal sendiri kot. Pengalaman2 yang lepas banyak ajar saya macam2 perkara dalam berkawan & bersahabat.

    BalasPadam
  4. huhuhu itulah ssh nya memmegang rahsia atau amanah....

    tp bila kita dh diberi amanah insyallah akan simpan sebaiknya... tp mungkin kwn akak terlupa dia ada bercerita pd yg lain2....
    sabar lah kak

    BalasPadam
  5. Relax Aina. Jangan terikut rentaknya. Asal kita tahu kita tidak buat seperti yang dituduh, it's ok. Cukuplah airmata yang tumpah tu. Allah Maha Mengetahui..

    BalasPadam
  6. Berani kerana benar Aina, kalau awak simpan rahsia dia apa yg awak nak risau. Biarlah org nak ckp apa pun. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ???.....

    Insyaallah.....Allah akan tunjukkan kebenarannya jugak nanti

    BalasPadam