Ruang Dapur Dapur Idaman

12:23 PTG JunAina 18 Comments

Penyewa sudah memberi notis sebulan untuk pindah keluar jadi dalam masa terdekat ini rumah akan kembali kosong. Hampir tiga tahun penyewa ini duduk tanpa maslah besar dan berpindah keluar sebab rumah sendiri di Semenyih 2 telah siap. Hajat di hati nak sahaja pindah masuk almaklumlah rumah teres lebih selesa dengan anak yang semakin membesar, anak-anak pun akan dapat seorang satu bilik berbanding sekarang terpaksa bilang anak tangga ke tingkat dua dan anak-anak terpaksa berkongsi bilik. Nanti bolehlah hiaskan rumah ikut kehendak hati dah lama teringin nak ada taman kecil di depan rumah.



Bila di fikirkan pro dan kontranya pula rasa sayang nak tinggalkan rumah yang di duduki sekarang, walaupun rumah kecil tetapi banyak kelebihannya. Jiran-jiran yang sangat baik serta sentiasa mengambil berat dan tolong menolong ketika kita di dalam kesusahan. Masa anak-anak masih sekolah rendah boleh sahaja minta tolong jiran tengok-tengokkan mereka di rumah semasa kita keluar bekerja. Sekolah kebangsaan, sekolah menengah hanya sebelah menyebelah boleh berjalan kaki sahaja. Kedai runcit, pasaraya, dobi pun dekat, Klinik 1Malaysia pun ada. Pulak tu dekat sangat dengan Pekan Kajang dan ada kemudahan bas.



Warna kuning antara warna kegemaran tetapi untuk kabinet dapur mungkin tidak. 


Masa dibeli dulu rumah ini telah siap dengan cabinet dapur berwarna coklat, walaupun ini bukan warna kegemaran saya biarkan sahaja sebab keadaannya masih baik dan rumah tersebut memang nak disewakan sementara waktu. Bagi saya dapur adalah tempat yang sangat penting selain ruang tamu dan bilik tidur. Bila dapur cantik keinginan untuk berada di dapur sangat tinggi dan mood untuk memasak pun pasti berbunga-bunga. Jadi bila berpindah masuk perkara utama yang saya ambil kira adalah untuk mengubahsuai dapur. Saya menginginkan ciri-ciri dapur moden yang tampak simple tetapi amat praktikal.


Saya mencari idea-idea segar dari beberapa pasaraya terkemuka di Malaysia yang membekalkan cabinet dapur, ingin mengolah sendiri kabinet dapur mengikut kehendak serta kemampuan sendiri serta haruslah bersesuaian dengan bajet. Banyak laman web yang boleh membantu untuk mendapatkan dapur idaman yang penting perlu sedikit kerja keras dan luangkan masa yang lebih untuk memenuhi kehendak hati. Bila semua dilakukan sendiri ini akan memberi lebih kepuasan. Saya juga merujuk ke `4 Steps To Create The Kitchen Of Your Dreams. It’s As Simple As ABC’ bagi merealisasikan impian dapur terbaik untuk kami sekeluarga.





Warna merah yang garang dan pink yang menarik sangat memikat mata. Gambar rujuk di sini.



Beli rumah sudah mengeluarkan modal yang besar, nak pindah rumah pula terpaksa fikirkan apa yang nak diisi ke dalam rumah pula. Nak selesa kenalah berkorban sebab di situlah banyak masa yang akan dihabiskan, mungkin hanya sekali itu sahaja kita membeli barang-barang mahupun membuat perubahan di dalam rumah mengikut selera kita. Menghasilkan sentuhan-sentuhan magic yang boleh membuatkan hati kita tenang setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.




You Might Also Like

18 ulasan:

  1. warna garang untok orang garang...

    huhuhu

    BalasPadam
  2. pntnya nk pindah umah kak... lagi2 kalu dh lama ddk.... barang msti banyak...

    tp yelah umah besar syok skit kan....

    kabinet pink tu mmg cumel lah kak

    BalasPadam
  3. Jadinya sejak beli, mmg akak tak pernah la duduk di rumah tu?
    Memang berat juga keputusan yg perlu dipilih..
    Dirumah sekarang ni kemudahn bagus, dan paling penting JIRAN YANG BAIK, BEST...
    Rumah yg sekarang duduk ni, rumah sendiri jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Inikan rumah yang akak beli 3 tahun lepas tu masa akak keguguran, memang akak tak pernah duduk sejak beli je terus sewakan. Lagi pun rumah sekarang tu satu tingkat dengan rumah adik dan mak senang bila datang kejap sana kejap sini pilih je mana nak tidur tak payah nak hantar-hantar bagai. Jiran-jiran pun alhamdulillah, perkara utama yg akak ambil kira anak bungsu akak memang lambat berdikari jadi lebih baik berada di rumah flat yang masyarakat mengambil tahu ssedikit sebanyak tentang keluarga kita. Saudara-saudara yg biasa datang pun mereka kenal. Rumah yang duduk sekarang pun rumah sendiri juga, dah habis bayar taka da hutang…ehehhe…

      Padam
  4. Kakak pun sama Aina rumah kakak tinggal lebih kecik berbanding rumah-rumah yg kakak sewakan. Tapi environment yg ada sekarang inilah yg buat kakak tak nak pindah.

    BalasPadam
  5. Rasa kena pilih persekitaran yg selasa n sesuai dgn jiwa n family kita kan aina.
    Kecik besar rumah sudah jatuh no. 2
    Kalau ati suka kabinet putih...tapi takut susah nk jaga..huhu

    BalasPadam
  6. Rasa kena pilih persekitaran yg selasa n sesuai dgn jiwa n family kita kan aina.
    Kecik besar rumah sudah jatuh no. 2
    Kalau ati suka kabinet putih...tapi takut susah nk jaga..huhu

    BalasPadam
  7. nk pindah ke .... letih tu nk berpindah ... tp klu dah nak pindah ke rumah sendri ... ape salahnye kan ....

    BalasPadam
  8. Cantik kabinet2 tu... warna garang... tapi menyerlsh...
    Bab nak pindah randah ni memang memenattkan...

    BalasPadam
  9. Bestnya ada rumah sendiri..seronok lah akak aina nanti boleh deko2 rumah kan: )

    BalasPadam
  10. Nak pindah ni mmg nak kena fikir 10 kali kan Aina.....mcm mcm benda kena difikirkan.
    Okje suka tengok tengok kabinet dapur yg moden dan cantik cantik ni tp terbabtut dek bajet dan ruang rumah yg kecik. Apa pun syukur alhamdulilah apa yg ada depan mata ni kan....

    BalasPadam
  11. 5 tahun dulu saya pindah ke rumah yg saya duduki sekarang, kononnya utk dapatkan rumah yg lebih selesa dan besar dan punya halaman yg luas. Tapi sampai sekarang saya masih merindui rumah lama dgn jiran2 yg sangat sporting, terletak dekat surau, sekolah dan hospital. Tapi penyewa rumah lama saya itu seperti tak nak pindah sebab dia kata dia sangat selesa dengan persekitaranya walau tak sebesar mana..

    BalasPadam
  12. cantik kak kuning...jarang jumpe dapur kaler kuning nieh.....tu laa betul kate akak nak masuk rumah baru mmg duit mengalir mcm air...mcm2 bende nak di buatnyer...dari yg besar2 sampai le sekecil2 benda....

    BalasPadam
  13. Kak Zai setuju dengan aina lebih selesa duduk dirumah yang punya jiran yang baik2 lagi pun banyak kemudahan.

    BalasPadam
  14. Kalau nak pindah elok jugak pindah sekarang.. masa anak2 dok ngan kita.. bila anak2 besaq & dah kerja tinggai berdua x best pulak dok rumah besaq..

    Tapi persekitaran & jiran pun memainkan peranan jugak kan...
    Wah.. tiba2 makchaq pulak rasa x boleh nak buat keputusan..

    BalasPadam
  15. sy suka sesangat kalau ada island pastu atasnya ada periuk belanga tergantung. cam kitchen omputeh tuuuu... kalu dapat perghhhh ntah msk ke tak hahahahah

    BalasPadam
  16. rumah kalau kita dah selesa, tak kira kecil ke besar kan...lagi2 kalau semua kemudahan ada sekeliling...

    BalasPadam
  17. sebelum pindah tu kena lah planning planning dulu Aina sebab kalau dah masuk barang baru nak tambah itu ini..letih nak kemas kemas balik..takpe slow slow
    Baiti jannati..so tak kiralah dimana dan besar mana..janji bahagia...

    BalasPadam