Handbag Cantik Pilihan Hati

8:00 PG JunAina 11 Comments


Beli handbag tangan terakhir secara rasmi adalah pada tujuh tahun yang lalu, setelah mula membawa beg sandang ke pejabat nafsu untuk membeli handbag seolah-olah telah mati. Handbag yang ada sesekali sahaja dibawa ke majlis-majlis tertentu. Bersantai di hujung minggu mahupun bercuti lebih selesa menggunakan beg sandang. Semua barang memang ada di dalam beg tersebut jadi tak timbul isu terlupa barang atau tertinggal barang. Beg yang sama untuk pelbagai situasi.


Ini merupakan tahun kelapan jadi rasanya sudah terlalu ketinggalan zaman handbag yang ada, kadang-kadang terasa malu pula hendak dibawa ke majlis-majlis keramaian. Bukan soal mampu atau tidak tetapi kadang-kadang terasa sayang sangat nak belanjakan duit kepada perkara yang tidak perlu sebab handbag sedia ada masih boleh digunakan dan masih elok tanpa cacat cela. Lagi pun duit itu perlu disalurkan ke tempat yang lebih diperlukan.


Sejak akhir-akhir ini hati teringin sangat nak memilikihandbag yang baru, hajat di hati hendak beri ganjaran kepada diri sendiri atas penat lelah bekerja. Bila difikirkan handbag pun satu keperluan juga, bukan semua keadaan boleh dibawa beg sandang. Terdapat dua tiga handbag yang sedang dipertimbangkan semampu poket sendiri tetapi masih ditapis agak tidak berlaku pembaziran. Bagi yang berkemampuan bolehlah pergi ke butik pilih-pilih dan bayar, bagi saya perlu banyak pertimbangan sebelum membeli sesuatu barang.






Semua yang menjadi pilihan adalah dari material kulit sebab ianya lebih tahan lasak. Tidak cepat rosak jadi alah membeli menang memakai. Beg tangan pun mempunyai `value’ yang tersendiri kadang-kadang kita boleh menjual dengan harga yang lebih baik dari yang kita beli tetapi biasanya untuk model keluaran khas.











Tetapi zaman sekarang ni perlu berhati-hati bila membeli barang sebab banyak sangat barangan tiruan, ada pula yang kata barangan lari cukai pada hal semua itu kategori barang seludup. Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya? Bila dah baca baru kita faham dengan kenyataan barangan seludup ini. Jangan menyesal kemudian hari bak kata pepatah Melayu `Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya’. `Bila terhantuk baru tergandah’ selagi belum kena pada diri sendiri selagi itulah kita tidak sedar kesan terhadap barang seludup ini. Begitulah lumrah hidup kita sebagai manusia.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. sy tggu bila laa ada org nk hadiahkan hermes birkin utk saya hahahahahaha

    BalasPadam
  2. Wanita dan handbag memang tak boleh dipisahkan
    Tapi itulah kadang dek kerana terburu-buru tanpa berfikir panjang terjadi macam yg dikatakan dalam link itu.

    BalasPadam
  3. kak yang pink tu comel la pulak..eh teiba pulak PC mengover...betul kak kita kena fikir sehabais baik sebelum buat keputusan....dulukan yang mana paling utama..

    BalasPadam
  4. Tak salahkan beli sesuatu yang ada brand untuk diri sendiri sebagai hadiah setelah penat bekerja bertahun2 lamanya.

    Kak Zai adalah peminat handbag beli bila pekenan tapi tak tahulah kalau itu dipanggil Pembaziran.

    BalasPadam
  5. Untungnya jadi lelaki..tak perlukan handbag, pergi ke mana-mana cukup dengan poket yg ada boleh sumbat semua...

    BalasPadam
  6. link yg dil;etak tu blank la kak aina

    BalasPadam
  7. handbag wanita-bkn sekadar mengisi barang sendiri tp kdg2 suami dan anak2 turut menumpang menyelit barang2..

    BalasPadam
  8. Saya guna handbag 'selagi tak rosak selagi itulah saya akan guna..' sebab kegunaan handbag hanya bawa ke pejabat..

    BalasPadam
  9. ermmmm... ermmmmmm... bila nak soping.... nak ikot... hehehehehe


    *kak... kalau tak drama... bukan saya la tu ... hahahahaa

    BalasPadam
  10. Wah cantik cantik bag. Saya pakai seadanya. Yang mampu, handbag ker sling bag ker asal nice and simple.

    BalasPadam
  11. Saya suka yg dua atas tu Aina....dan hijau bawah tu cantiklah....

    BalasPadam