Resepi Nasi Ulam dan Asam Pedas Keladi Perlis
Kalau penduduk di Pantai Timur Terkenal dengan Nasi Kerabu di utara pula terkenal dengan Nasi Ulam. Cara hidangan agak berbeza bagi kedua jenis nasi ini. Sebahagian bahan asas tetap sama. Nasi Kerabu sangat mudah di dapati walaupun di Kuala Lumpur dijual di mana-mana gerai sarapan tetapi Nasi Ulam sangat jarang dapat dilihat. Kebiasaannya hanya dijual ketika hadirnya Ramadhan, itupun sangat terhad bilangan penjualnya.
Bahan asanya adalah nasi, putih, ulam-ulaman dan kerisik. Lagi banyak jenis ulam yang di masukkan lagi beraroma nasi ulam tersebut bermakna semakin sedap. Daun sekentut antara ulam wajib yang perlu ada kerana aromanya. Kenapa di panggil daun sekentut? Cubalah anda ambil daunnya koyakkan sedikit dan hidu pasti anda akan dapat jawapannya.
Resepi Nasi Ulam
Bahan-bahan:
Nasi putih
Ulam-ulaman (lagi banyak jenis ulamnya lagi sedap-beluntas, sekentut, ulam raja, kaduk, mengkudu, tenggek burung, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain yang ada sekeliling rumah)
Kerisik
Bawang
Serai
Lengkuas
Lada (tumbuk halus)
Garam
Ikan kering
Cara:
1. Semua ulam dihiris halus.
2. Bawang, serai dan lengkuas ditumbuk halus (ada sebahagian tempat hanya mayang sahaja).
3. Masukkan nasi ke dalam mangkuk gaul bersama kerisik, lada dan bahan tumbuk.
4. Masukkan ulam-ulaman, gaul rata akhir sekali masukkan ikan kering yang di carikkan mejadi kecil. Paling senang guna isi ikan talang (garam ikut kesesuaian).
Biasanya di hidangkan bersama Asam Pedas Keladi tetapi resepinya agak berlainan dari asam pedas kawasan selatan tanahair. Sangat mudah untuk memasaknya.
Resepi Asam Pedas Keladi
Batang keladi
Sedikit cili kering (boleh diganti dengan serbuk cili tambah serbuk kari)
Asam keping
Bawang merah (di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)
Daun kesom
Beras yang digoreng sehingga sedikit kekuningan serta wangi dan ditumbuk (sedikit sahaja fungsinya untuk memekatkan kuah dan kuah akan wangi dari beras goreng)
Isi ikan yang di rebus dan tumbuk halus (biasanya ikan kembung putih atau nama lain pelaling kadang-kadang saya tak masukkan pun)
Air
Cara-cara :
1. Siang keladi dengan membuang kuli bahagaian luar jangan dikupas pulak tapi siat je dari bahagian bawah tarik ke atas.
2. Rebus keladi dan tos
3. Didihkan air masukkan bawang merah, asam keping, isi ikan rebus dan serbuk beras didihkan perlahan-lahan.
4. Masukkan keladi, lada hitam dan daum kesum biar mendidih sekejap dan tutup api.
* Saya kalau buat asam pedas cara utara ni main lebur sahaja rempah dicampur dengan serbuk cili. Kadang-kadang ada orang panggil Asam Rebus.
Puasa terakhir yang lalu bapa saudara minta Makcik Uji buatkan nasi ulam, tiap-tiap tahun tok akan buat tapi tahun ini terpaksalah makan air tangan orang lain pulak. Nak membeli di Bazar Ramadhan semua peniaga dah tutup kedai masing-masing sibuk dengan persiapan raya.
suka nasi ulam sgt2
BalasPadamdulu masa kat penang study slalu makan nasi ulam..
BalasPadamBetul2.. setiap tahun nasi ulam nie menu wajib ada masa bulan posa.. Sedap! ;)
BalasPadamOh betul asam pedasnya tak sama tapi kakak teringin juga sebab ada beras goreng tumbuk tu..
BalasPadamTak pernah makanlah JA....
BalasPadamDaun sekentut? Jangankan bau daunnya pun okje tak kenal! Hehe....
Suka makan batang keladi ni ...tp nak masak mcm leceh je nk menyiangnya!
betoiler nasi ulam payah nak jumpakan.. dulu makpun selalu buat sebab arwah atuk suka sekaranngi dah lamapun mak tak buat...
BalasPadamSalam,
BalasPadammama pun suka nasi ulam biasa2, tapi tak pandai makan dgn asam keladi!
tak pernah mkn nasi ulam..
BalasPadamselama ni ingatkan orang panggil nasi ulan tu as nasi kerabu.. rupa2nya bukan..hahaha
baca link daun sekentut tu.. wahhh saya dah dapat jawapannya.. hahaha BUSUK!!
Syoknya nasi ulam. Teman pernah makan nasi ulam ni. Susah benor nak jumpe di kedai. Ingat kalau balik kampung nanti, nak bagi resepi ni pada ibu, mintak beliau buatkan.
BalasPadamTerimakaseh kongsi resepi..
BalasPadamIn syaa ALLAH.. Dapat cari bahan2 (nasi ulam) mmg saya akan cuba...
Arwah tok je yg pandai buat nasi ulam , selaku bln puasa tok bt
BalasPadamNasi ulam nie cam nasi kerabu jgk kan? belum pernah makan lg rsnya sblm nie..
BalasPadambaguih Aina letak resepi,at least yg bukan dari utara boleh belajaq kan?
BalasPadamnasi ulam penyediaan memang renyah sikit, tapi masa makan dgn keladi tu,tak toleh kiri kanan.
daun sekentut rupernyer..,ehHHe
BalasPadamKurang pandai memasak, tapi kalau ulam2 ni memanglah feveret!
BalasPadamtak pernah pun sy makan nasi ulam....
BalasPadamsedap nasik ulam...kalau kat komtar...1 restoran ni memang hari-hari akan provide menu nasik ulam ni...sekali sekala makan memang sedapp
BalasPadamnasi ulam ni lebih kurang cm nasi kerabu la kan cuma nasi ulam ni dh digaul siap2 semua bahan...
BalasPadamRasa nasi ulam berbeza dari nasi kerabu..sbb ada letak lengkuas,kerisik,lada n yang penting daun sekentut...pergh... sdpnya..
BalasPadam