Bajet 2011 - Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi

4:49 PTG JunAina 0 Comments

Terungkai sudah tanda tanya isi kandungan Bajet 2011, walaupun tidak memberi perhatian sangat kepada bajet ini tetapi tetap mengambil tahu sedikit sebanyak hala tuju bajet negara. Bagi sesetengah orang mungkin perkara ini tidak penting tetapi inilah garis panduan dan hala tuju negara bagi tahun 2011. Memberi pendapat yang bajet hanya menguntungkan sesetengah pihak terutama yang berada di atas, inilah salah tafsir sesetengah orang yang tidak mahu membuka minda dan berfikir.

Hanya dapat membaca secara rawak jadi hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan tidak ingin menyentuh soal-soal besar bagaimana kerajaan ingin menjana ekonomi.

1. TOL - satu berita baik bagi semua pengguna lebuhraya PLUS, tempoh 5 tahun tiada kenaikan tol mungkin sedikit melegakan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan, nampak sedikit tetapi sekiranya dicongak secara kasar cukuplah kenaikan 5% setahun kita telah jimat 25% untuk tempoh 5 tahun tetapi malang rakyat asing juga turut merasa kemakmuraan ini.

2. Pinjaman perumahan 100% utk harga rumah RM220,000 menggunakan jaminan kerajaan dengan pendapatan isi rumah RM3000.00 - yang ini susah nak cakap, bayangkan pendapatan sebanyak tu nak survive satu family boleh ke nak beli rumah harga 220 ribu. Mungkin itu had maksimum jadi kena ukur baju di badan sendirilaah bila nak beli rumah.

3. Cuti bersalin 90 hari - tetapi perlu di ingat keistimewaan 90 hari itu dikira dari 300 hari yang telah sedia ada jadi kalau dulu dapat 5 orang sekarang hanya dapat 3 orang sahaja. Di kira bernasib baik kerana 90 hari adalah pilihan. Bagi aku 60 hari di rumah bila masuk ke office nak buka drawing pun macam dah blur inikan pulak 90 hari tetapi setiap apa juga perkara pasti ada pro dan kontranya.

4. Kenaikan elaun.

JKKK, Tok Batin (RM800) - Mungkin ini cara terbaik bagi memberi semangat kepada mereka untuk terus bekerja tetapi harapan rakyat jangan ada pemimpin ini yang bekerja kerana elaun bukan bekerja kerana rakyat.

Imam (RM750) - Harap selepas ini jangan ada yang bergaduh kerana berebut nak jadi Imam walaupun ketinggian ilmu agamanya hanya separas dada itik.

Guru Kafa - Elaun naik tapi ramai ibu-bapa berharap kualiti pengajaran & pembelajaran juga akan meningkat mutunya. Ramai di kalangan Guru Kafa bukanlah cikgu terlatih.

5. Cukai semua jenis telefon bimbit akan dimansuhkan (sebelum ini 10% bagi telefon bimbit biasa dan tiada cukai jualan untuk telefon bimbit yang mempunyai aplikasi internat dan PDA-Personal Digital Public Assistant) - dengar macam best tapi harga telefon bimbit akan turun ke selapas ini yang pastinya telefon yang canggih maggih akan tetap begitu harganya....

6. Gaji minimum pengawal keselamatan RM 500 - dari huraian yang dibaca gaji dan elaun akan melebihi RM1000 tetapi apa yang aku nampak pengawal keselamatan pekerja asing sudah lama menikmati gaji melebihi seribu. Pemantauan perlu dilakukan dari masa ke semasa bukan hanya di tulis di atas kertas.

7. Levi pekerja asing di naikkan - aku setuju sangat-sangat coz terlalu ramai pekerja asing kat Malaysia ni. Bukan setakat pembantu rumah, pekerja binaan tetapi semua sektor dikuasai pekerja asing. Kilang-kilang pun mengutamkan pekerja asing dengan alasan kos lebih murah dan mereka memberi komitmen tinggi. Orang asing datang Malaysia cari duit dan mereka tidak ada komitment lain selain kerja. Kita ada anak, isteri, ibu-bapa, keluarga dan masyarakat mesti ada urusan-urusan lain yang perlu kita selesaikan selain kerja, majikan perlu lebih sensetif.

8. 300 barangan kegemaran untuk kegunaan harian dimansuhkan duti import (sebelum ini di kenakan 5%-30% duti) - bila turun duti harap turunlah harganya tapi jangan yang high class saja pulak turun coz orang kebanyakan still tak mampu untuk membelinya.

9. Imbuhan kakitangan kerajaan RM500 - durian runtuh yang ditunggu tetapi itulah juga yang diberi. Jumlah yang agak kecil tetapi semua kakitangan kerajaan terpaksa juga menelan hakikat yang pahit ini. Jangan sampai kualiti kerja juga menurun dan doakan yang terbaik untuk tahun-tahun seterusnya.

10. Menara 100 tingkat - Mercu tanda kebanggan negara, setiap pemimpin akan meninggalkan kenangan untuk kita. Harap pelaburan berbaloi terutama bila melibatkan kos yang besar iaitu RM5 bilion. Semakin sesaklah Kuala Lumpur.

11. PTK - tak nak komen apa-apa coz hanya orang kerajaan yang lebih mengetahui tapi pada pandangan aku PTK sesuatu yang bagus, tak lulus peperiksaan jangan harap nak dapat naik pangkat.

Sedikit sebanyak tentang Bajet 2010, aku bukan penulis atau pengkritik tetapi cuma ingin berkongsi secara lebih ringan tentang perkara-perkara asas dalam bajet negara untuk 2011. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab pada negara, sekurang-kurangnya ikutilah perkembangan semasa di dalam negara, sebenci mana kita kepada pempmpin yang ada kita masih berada di dalam Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bila kita sendiri tidak menghormati dan memandang tinggi negara sendiri apa yang kita harap daripada orang asing yang menetap di bumi bertuah ini.

DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: