Merintis Kenangan - Reunion Part 2
Walaupun Syawal sudah berlalu tetapi rezeki hari minggu tetap datang juga, jemputan masih diterima untuk majlis makan-makan terutama dari kawan-kawan. Masa inilah dapat berkumpul dan berborak sepuas-puasnya dengan kawan-kawan terutama yang jarang berjumpa ataupun yang memang bertahun-tahun sudah tidak berjumpa. Leka melayan kawan-kawan yang ada sambil mejamu selera dengan hidangan yang tentunya istimewa disediakan oleh tuan rumah.Kali ini memenuhi jemputan my best friend 'Salmiza' & her hubby yang berbesar hati menjemput kawan-kawan yang sama-sama belajar di IKM Besut suatu ketika dahulu. Bak kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat cinta dan sayang pernah bersemi... Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana, semuanya menjadi terlalu manis walaupun suatu ketika dahulu terlalu perit untuk dilalui. Kerinduan pada hembusan angin laut di Pantai Air Tawar sentiasa tepu di hati, melewati hari-hari sebagai anak rantau di tempat orang. Ya...aku jatuh cinta dengan hembusan angin lautnya, jatuh sayang pada teman-teman yang sama-sama berjuang di sana dan jatuh rindu pada segala jenis makanan yang menjadi kesukaan di sana yang tak akan dapat di tempat lain.
Berbalik pada kisah kita...Menu istimewa dari tuan rumah pada hari tersebut (17.10.2010) adalah laksam, nasi kapit dengan kuah kacang (ala-ala ganu mari...), ketupat sotong, kek, koktail dan kuih muih serta biskut raya...(raya yang tak habis-habis...tapi ini simpanan khas utk jamuan lepas raya kata tuan rumah). Semuanya adalah 'home made' so tuan rumah memang ler pandai memasak coz semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih untuk tuan rumah iaitu 'Salmiza & Yusri' yang sentiasa sibuk melayan tetamu pada hari itu.
Jemputan terdiri daripada kawan-kawan yang satu batch LKM 1993-1995 dan senior satu semester dari batch kita orang. Antara yang hadir sudah tentu Izan & June yang sentiasa dengan senang hati akan memenuhi setiap jemputan kawan-kawan andainya tiada aral yang melintang (Izan & Mieza forever my best friend...ingat ya...), K.Na (kakak kesayangan...datang bertemankan suami & putri-putrinya), teman sekelas Azli, wife & anak-anak (waktu dia sampai June dan Izan dah balik jadi tak sempat jumpa), K.Mohaizah yang kali terakhir jumpa masa di IKM dulu jer maksudnya dah berbelas tahun le tak jumpa, still mentain walaupun dah ada 4 orang anak, K.Akma tak sempat jumpa coz my co-pilot dah kelat-kelat mukanya...hehehhee...(sori ya tak sempat jumpa k.ma kalau dak aku kena jugak dgn mulut lasernya...hahahaaa...masih leser seperti dulu ke? Itulah yang buat kita org terkenang-kenang sampai sekarang.) Jemputan lain yang ada Ann & Ina...
Kebetulan sehari selepas majlis adalah hari jadi tuan rumah so tuan rumah pun mengambil kesempatan meraikan ulangtahun kelahiran bersama kawan-kawan. Dari kami semua 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU MIEZA'-MANY HAPPY RETURN, semoga di beri kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagiaan.
Jadi untuk semua, layanlah gambar-gambar ehsan tuan rumah.
Prince of the year...k.mohaizah little boy...
Izan, Hizam Junior & The Elder Princess...
K.Na sweet princess again...
Second round Big Family from IKM Besut....
0 Rider Beraksi: