Merenda Bahagia - Syeikh Muszaphar & Dr. Halina
Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, mengikat kasih dan menggapai bahagia selepas lapan tahun. Satu jangka masa yang agak panjang untuk mengenali hati budi masing-masing dengan harapan sudah tentunya kasih yang terikat dan janji yang terpatri melalui ijab dan kabul akan berkekalan sehingga nafas yang terakhir.Perkahwinan gilang gemilang di PICC dimeriahkan oleh tetamu-tetamu jemputan termasuk Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, VVIP, kaum keluarga dah sahabat handai kedua belah pihak. Jemputan khas sudah pastinya teman-teman angkasawan seluruh dunia yang lengkap persalilan baju Melayu. Sama cantik dan sama padan, Syeikh Muszaphar segak melangkah umpama pahlawan dan Dr. Halina manis melangkah persis puteri.
Semoga perkahwinan ini akan membawa seribu kebahagiaan dan sentiasa berada dalam rahmat yang Esa. Tentunya semua rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan kedua-dua mempelai.
Melayu hidup bersendikan adat,
Menjulang nama bumi bertuah,
Pengantin diarak penuh istiadat,
Segak melangkah umpama Hang Tuah.
Teratak usang berhias sudah,
Dihias indah lagi berseri,
Melangkah gemalai kesinggahsana indah,
Cantik laksana tuan puteri.
taon ni tak beli lagi barang raya kat Jalan TAR..macam tak sanggup je meredah ngan anak kecik..huhu..
BalasPadam