Malaysia - Tanah Airku
Rasa marah...marah dan tersangat marahnya...Kenapa pulak marah...marah sangat....
Sedih pun ada jugak, mana taknya bila anak bangsa memperleceh dan memperlekehkan negara sendiri. Terlalu banyak email yang berunsur negatif masuk ke inbox, dah penat nak baca kadang-kadang tengok tajuk terus delete jer. Agaknya dia orang ni tak ada kerja lain kot, cari silap dan kelemahan orang lain saja lepas tu sebarkan, agaknya dia orang ni tergolong dalam orang jenis apa ya.... Apa yang orang Malaysia buat semua tak betul semua tak kena tapi bila negara luar buat di agung-agungkan, pelikkan... Pemimpin-pemimpin Malaysia semua tak boleh pakai, US lagi tak boleh pakai habis tu siapa nak jadi pemimpin pulak? Haiyyyaaaa....banyak penin...
Sebagai rakyat Malaysia tak kisahlah walaupun kita pro kepada parti mana jugak pun cuba hormati negara sendiri. Di mana bumi di pijak disitu lagit di junjung...
Jangan kita taksub dengan sesuatu sehingga kita sanggup menghina dan meletakkan negara di bawah tapak kasut sendiri pulak. Biarlah pemimpin-pemimpin berbalah sesama mereka kerana kalau tiada pembangkang tiadalah juga pengkritik tetapi hormatilah negara kita jangan sampai melapaui batas-batas nilai murni.
Apa yang boleh di lihat dari mata kasar kebanyakannya adalah bangsa Melayu, itulah yang paling menyedihkan. Lahir, bersekolah, dibesarkan, mencari rezeki dan menunggu mati di Malaysia tetapi tidak ingin menghormati, menghargai dan meletakkan Malaysia di tempat sepatutnya. Bila ada bangsa lain yang memperlekehkan dan membuat lebih kurang mulalah kita naik angin sehinggakan kekadang kita sendiri melampaui adat dan susila.
Teringat pada seseorang, tiap-tiap pagi sebelum sarapan untuk ke sekolah anak-anak akan di kumpulkan dan menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama. Kemudian bersarapan dan pergi ke sekolah. Sehingga ke tahap itu betapa dia sayangkan Malaysia tempat tumpah darahnya. Dia tidak berpendidikan tinggi cuma pandai menulis dan membaca tanpa ada kesempatan untuk melajutkan pelajaran. Kagum... Mampukah kita menjadi begitu atau sekurang-kurangnya mendidik sifat sayangkan negara pada anak-anak kita sebagaimana mendidik anak-anak menyangi kita sebagai ibu...
Sayang bumi bertuah...
0 Rider Beraksi: