Galas - Tergalaskah Harapan Rakyat
Dua pilihanraya akan berlangung secara serentak pada 4 November nanti iaitu Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Che Hashim Sulaiman (PAS) penyandang Dun Galas kembali kerahmatullah kerana barah usus dan kematian penyandang Parlimen Batu Sapi iaitu Edmund Chong Ket Wah (PBS) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu.Pastinya ramai penyokong-penyokong kedua-dua parti yang bertanding akan turun ke lokasi pilihanraya terutama bagi Dun Galas. Pasti banyak janji-janji manis ditaburkan oleh pihak-pihak yang bertanding yang belum pasti akan menjadi kenyataan. Pasti jugak ramai yang akan mengambil kesempatan atas pilihanraya ini sama ada secara positif mahupun negatif.
Sekali lagi rakyat perlu membuat pilihan, sekali lagi harapan rakyat dipertaruhkan. Apa yang pasti sudah semestinya ada yang perlu dikorbankan dan ada jugak yang terkorban. Pada semua pengundi-pengundi di Galas dan jugak Batu Sapi bijaklah membuat pilihan, jangan sampai pilihan kita sebagai rakyat di pandang sepi oleh pemimpin. Bak kata pepatah habis madu sepah di buang.
Bagi penyokong-penyokong (fanatik) jagalah adat dan tata susila, hormatlah pada undang-undang yang ada, janganlah diikut hati dan perasaan. Biarlah pengundi-pengundi dapat menunaikan hak sebagai rakyat dengan aman tanpa ada kacau bilau dari penyokong terutama penyokong-penyokong dari luar dan juga peraih undi.
Adat pertandingan pasti ada menang pasti ada yang kalah, yang penting yang kalah jangan berputus asa khidmat anda masih di perlukan dan bagi yang menang pulak jangan mendabik dada kerana perjalanan sebagai pemimpin masih jauh. Terlalu berat tanggungjawab yang di amanahkan.
Demi negara yang tercinta...
0 Rider Beraksi: