Selamat Hari Jadi : Selamat Bersara
Jumaat3.2.2012
Jumaat yang indah dan bahagia. Jumaat ini juga genaplah usia Pak Tuan 58 tahun. Jumaat ini jugak bermulah suatu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan. Fasa yang memberi lebih banyak ruang kepadanya untuk berehat, menghabiskan masa pada kesukaannya dan beramal ibadat sebagai bekalan mengadap ALLAH (s.w.t) kerana itu adalah pasti. Setelah menolak untuk menyambung tugasan sehingga 60 tahun bermakna hari ini Pak Tuan mula bergelar seorang pesara.
Jasa dan baktimu akan terus dikenang. Walaupun ada yang mencemuh tetapi masih ramai juga yang memandang tinggi tugasmu. Setelah pengorbanan 37 tahun mencurah bakti dan keringat, mengorbankan masa bersama keluarga kerana tuntutan tugasan telah sampai juga masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada segalanya. Anggaplah bakti itu sebagai ibadah. Semoga semangat juang yang ada di dalam diri tidak akan luntur untuk selama-lamanya, juga semoga akan ada juga pewarisnya suatu hari nanti.
Senyum dibibirmu membawa seribu makna. Dalam ketegasan terselit juga sifat penyayang. Disebalik egomu sesekali masih ada sifat kasihan. Terima kasih kerana memberi bahagia ini.
Tabik Tuan...(sambil senyum-senyum)
Selamat hari ulangtahun kelahiran dan selamat meneruskan kehidupan sebagai seorang pesara. :)
BalasPadamSyabas tuan Syed!!
BalasPadamMula bersara macam abang ipar kakak 1-2 bulan suka dan seronok. Lepas tu mula cari kerja lagi. Sekarang dah jadi lecturer pulak... Apa lagi macam Pak Tuan, bila Aina pergi kerja, anak-anak semua tak ada di rumah mesti Pak Tuan akan cari alternatif lain...
Selamat Bersara & Selamat Hari Jadi Pak Tuan, moga Allah permudahkan segala urusan di dunia & akhirat kelak, Amin...
BalasPadamSelamat Bersara
BalasPadamAssalamualaikum Jun
BalasPadamselamat bersara juga drp saya
asalam .... ucapan selamat bersara ...tq.
BalasPadamTabik Tuan SYED!
BalasPadamMoga terus ceria walaupun bergelar pesara. Nanti ada ler banyak masa untuk lepak santai dengan kitaorang eh?
suami kak aina ka? selamat ulangtahun dan selamat hari lahir...abah saya pencen hari tu 56...
BalasPadamSelamat hari jadi dan selamat bersara buat hubby Aina semoga hari2 yang mendatang lebih membahagiakan.
BalasPadamSelamat bersara.
BalasPadamSemoga Allah memberkati segala usaha dan budi yang ditaburkan. Amin, amin...
Salam ukhuwwah.
bos Jun ke ni...
BalasPadamselamat bersara juga dari saya..
happy belated birthday n selamat bersara
BalasPadampak tuan sama umur dengan ayah saya. :)
BalasPadam