Bila Cinta Mula Berputik

12:40 PTG JunAina 9 Comments

Cerita raya simpan dulu coz gambar belum lagi dimuat turun. Hari ini nak bercerita tentang seseorang. Seseorang yang membuka pintu hatinya hanya untukku. Pelik. Takut pun ya jugak.

Agaknya dia menjadi pemerhati setiap kali Jun parking motor kerana sejak Pak Tuan bersara memang setiap hari merempit sendirian. Suatu hari dia menegur. Bekerja di bangunan yang sama. Menjawab dengan seadanya. Kali kedua selepas berminggu-minggu dia bertanya nama.

Kali ketiga. Kebetulan sama-sama berjalan ke lif. Berborak ala kadar. Sempat lagi dia bertanya tentang suami. Agaknya dia ingat single mother kot coz tiap-tiap hari sendirian. Ikhlas bagi tahu suami sudah bersara. Kali keempat ajak pergi lunch, menolak dengan cara baik. Kali kelima minta nombor handphone Jun jadi serba salah. Di depan orang ramai. Di sebabkan terkejut Jun bagi jugak. Kesilapan terbesar.

Sekarang. Tiap-tiap hari ada sahaja sms. Jun memang tak layan.
Pagi ini : Hati-hati bawak moto hari hujan.

Jun tidaklah cerewet memilih kawan, tidak juga memilih jantina selagi masing-masing tahu apa batasnya berkawan. Selagi ia tidak menimbulkan fitnah, merosakkan rumahtangga sehingga memudaratkan rasanya tiada salahnya berkawan. Sekurang-kurangnya semasa kita susah ada yang hendak menolong.

Kali ini terasa seperti janggal sangat. Banyak perkara yang lebih kepada negatif berbanding positif. Di layan kasar takut pula terjadi perkara buruk. Terbayang pulak kisah-kisah yang selalu dipaparkan di akhbar. Bila dilayan seadanya sudah lain pula ceritanya.

Entah apa yang dipandang. Pandang di cermin Jun tidaklah cantik. Tidak juga berkereta besar. Berpangkat besar atau bergaji besar jauh sekali. Kadang-kadang jadi tertanya-tanya pada diri sendiri.

Cinta Yang Berputik Di Hatiku Buatnya...Kukuh...Utuh... Sebaik mana kamu, sekacak mana kamu atau sebanyak mana juga duit kamu dia tetap bertakhta di hati ini di tempat paling teratas.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. akak hot stuff! heheh.

    tapi takpe, cakap elok2 kat orang tu kak. siyesli, saya ni kan takde pun org yg dtg tanya2 n mintak no tepon. huwaaaa...!

    BalasPadam
  2. Hahaha... dah ada peminat ya?

    Berhati-hatilah... niat orang kita tak boleh duga!

    BalasPadam
  3. mun bila cinta berputik...

    BalasPadam
  4. hee.. nanti kat umah uncle LF kita sembang2 ehh, kongsi2.. huhuu..

    BalasPadam
  5. hati2 kak...takut plak jd cmni...jgn di layan sangat kak...baik bagitau suami...apa2 hal berlaku esok,susah nanti..

    BalasPadam
  6. Apa apapun, hati hati ya yang...
    :-)

    BalasPadam
  7. Seram jugak kan Jun bila jadi camni..kalau tak selalu bertembung takpe..masalahnya dia tau tempat keje..amalkan ayat kursi bila keluar rumah..jika dia baik..maka baiklah jadinya..mohon dijauhkan dari niat yang tak elok..amin..hati2..

    BalasPadam
  8. fuuhhh!!! dalam diam ada peminat ye kak...hati2 dalam berkawan tu ye kak
    tak tau apa niat disebalik nye :)

    BalasPadam