Kem Remaja - Berkatnya Ramadhan Masih Ada Yang Mengambil Kesempatan.
Sabtu.22 Ramadhan 1433.
Abang minta izin untuk mengikuti Kem Remaja di masjid Al-Muhajirin di kawasan perumahan kami. Tahun lepas pun dia sudah mengikuti kem ini. Jadi tahun ini tiada masalah untuk Jun izinkan. Sedikit sebanyak aktiviti seperti ini dapat juga membentuk sahsiah anak-anak yang semakin meningkat remaja. Pengaruh kawan-kawan juga banyak membentuk abang. Alhamdulillah.
Jun hantar pukul 2 petang. Bertadarus, diikuti majlis berbuka puasa, solat tarawikh. Pengisian rohani pada sebelah malamnya dan diikuti qiamullail. Segalanya cukup tersusun. Seusai aktiviti malam mereka tidur di surau, perempuan di bahagian atas dan lelaki di bahagian bawah dan bangun untuk qiamullail pulak.
Syukur alhamdulillah. Perkembangan pendidikan abang kebelakangan ini baik. Abang juga selalu hadir ke aktiviti-aktiviti surau pada hujung minggu. Kebiasaannya abang dan kawan-kawan buat study group pun di surau sahaja. Jun tak pernah bimbang sekiranya dia ke surau.
Bangun sahur teringatkan abang. Jun kuatkan hati tak apalah mesti semuanya sudah tersedia. 5.30 pagi telefon berbunyi tetapi tertera nama Atiq kawan abang. Rupanya abang telefon. Suaranya lain. Sedih. Rupanya handphone abang hilang. Beg duit yang hanya ada Rm2 juga hilang. Ramai juga kalangan kawan-kawan abang yang kehilangan beg duit malam itu tapi abang lebih lagi hilang handphone.
Abang kata kawan-kawan tolong carikan tapi tak ada, ada salah seorang kawan abang nampak siapa yang ambik tapi tak berani nak menuduh. Pengurusi Kem Remaja tolong selesaikan. Di soal tak mengaku, di gertak tak di peduli dan bila di periksa badannya juga tiada barang yang dicari. Khabarnya mereka juga hadzir ke Kem Remaja secara berkumpulan.
Jun bagitau abang. Itu bukan rezeki kita. Solat minta dengan ALLAH andai itu rezeki kita insyaallah akan dapat balik handphone tu. Kalau tak mungkin ALLAH akan bagi rezeki yang lain untuk kita. Dia sedih, Jun terasa di manakah lompong amalan ku ini YA-ALLAH, adakah tidak cukupnya sedekahku atau mungkin tanpa disedari aku telah mengambil bahagian orang atau ini sekadar ujian.
Sesungguhnya hanya Engkaulah juga yang lebih mengetahui TUHANKU.
Anggaplah ianya ujian tuk meningkatkan keimanan...InsyaAllah Allah bagi yang lebih baik lagi...Buat yg mencuri, buatlah sesuka hati kau, Allah maha melihat dan memakbulkan doa orang yg dizalimi...
BalasPadamujian..
BalasPadamdan yakin akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi kalau kita redha..
memang selalu terjadi terutama bila berkumpulan.... kena lebih berhati2 di lain kali. mungkin hari ini Allah tarik rezeki kerana Dia nak memberi yang lebih besar lagi nilainya kut.....
BalasPadamUjian Allah berikan Jun tapi kakak terharu cara Jun muhasabah diri...
BalasPadamMoga abang dapat yg lebih baik insya-allah. Salam buat Abang ye Jun - kesian dia belum dewasa terasa belum pandai cari duit...
SEDIHNYA.. TAKPE ITU UJIAN DARINYA..
BalasPadam*DULU PERNAH HILANG PURSE.. NANGIS JUGA(MASA SEKOLAH).. NASIB BAIK JUMPA BALIK LEPAS TU..
tak semua yang hadir tu nak carik ilmu dan keberkatan jun.. ada yang mencari kesempatan..
BalasPadamRelakan dengan seikhlasnya... insyaAllah akan dapat yang lebih baik.Bagi yang mengambil h/p tu tak akan selamat.
BalasPadambetul cakap akak tu...mungkin bukan rezeki kita. Allah nak gantikan dengan yang lebih baik :)
BalasPadamLAahai kesian abang.. takpe la bang mungkin Tuhan nak kasi enpon yg lagi baik sebab tu Allah hilangkan yg abg pakai sekarang
BalasPadam