Hari Raya - Rumah Kecil Di Tepi Sawah

2:37 PTG JunAina 5 Comments

Saban tahun sejak 37 tahun yang lalu di sinilah Jun berhari raya, tidak pernah sekalipun tanah kelahiran ini ditinggalkan di pagi raya. Setiap tahun juga Masjid Padang Besar, Changkat Jawi menjadi destinasi pertama di pagi 1 Syawal. Tangan ibu tetap menjadi tangan pertama yang di kucup. Redza.

Tahun ini tiada istilah sedondon buat kami sekeluarga. Abang memilih baju Melayu berwarna biru, adik berwarna merah, kakak pula baju kurung berwarna pink dan mama hanya menggunakan dress ala-ala jubah berwarna krim yang ditempah semasa dinner sebagai baju di hari pertama beraya atas permintaan Pak Tuan. Raya tahun ini kami bertemakan 1 Malaysia.

 Gambar terbaik hari raya kali ini. Jun dan anak-anak, emak dan adik lelaki Shahizat dan Syafiq. Terselit kat situ anak buah Aiman. Tiada dalam gambar teruna pemalu mak iaitu Angah, Yong serta anak-anak dan adik perempuan yang beraya di Kelantan di sebelah suaminya.

Di sinilah kami beraya. Rumah kecil mak tempat kami di besarkan setelah pemergian abah tercinta puluhan tahun dahulu. Dari bertiang dan bertangga sehinggalah kini menjadi rumah bawah sepenuhnya. Sebenarnya kat depan tu di jadikan bengkel membaiki motorsikal oleh adik-adik sehingga sebahagian ruang dapor mak telah menjadi store barangan spare part mereka.

Sepupu termuda berusia tiga tahun Fatin Umairah atau nama timbangannya Merah so sweet.

 Mak cik Yati dan suami adik mak Norhayat Senapi berkahwin dengan saudara sebelah arwah bapa yang sepatutnya kami panggil Tok Njang. Gambar beraya di rumah mak, semua lepak kat meja di luar sahaja.

Mak menakan dan pak menakan kesayangan Rosnani Senapi dan Othman Ali. Kami berdua sama tanah kelahiran tetap menjadi tempat raya pertama sejak dilahirkan sehingga kini.

Di rumah tok (sebelah rumah mak je pun). Tiga anak perempuan tok. Bertudung tu mak menakan Ajalilah Senapi yang tinggal di Felda Chemomoi, Triang, Pahang.

 Hari raya kedua menzirah pak menakan mak yang Jun panggil Tok Su Li di Yan Kechil, Kedah mereka balik beraya di kampung satu lagi rumah mereka di Guar Chempedak. Konon ikut jalan kampung tak jem akhirnya dekat dua jam baru sampai.

Baju kuning isteri kepada tok menakan Tok Su Siti bersama anak-anaknya. Selain dihidangkan ketupat palas dan kari daging Tok Su Siti juga bertungkus lumus memask nasi untuk kami semua.

 Kakak sulong bersama anak perempuannya Nursyamimi dan anak lelaki Jun Iqbal Hadi.

 Kunjungan seorang teman sepejabat di tanah kelahiran. Sama-sama satu department.

Teman tapi mesra. Penasihat yang tidak pernah memberi nasihat negatif dalam segala hal. Banyak membantu sekiranya berhadapan masalah di Perlis. Ketua Biro Bernama Perlis Encik Adnan Jahaya turut singgah ke rumah yang kebetulan melalui kampung atas urusan kerja.

Cuti kali ini lebih banyak berada di rumah. Menemani mak yang kurang bersemangat untuk beraya bila salah seorang anaknya tidak dapat beraya bersama atau mungkin jugak sedikit keletihan menghadapi Ramadhan dengan usia emasnya sekarang. Hanya memenuhi undangan rumah terbuka sudara terdekat. Menziarah adik beradik. Acara jalan-jalan ke rumah saudara sebelah arwah abah juga tiada tahun ini kecuali ke rumah arwah abangnya yang bersebelahan dengan masjid.

Tetap bersyukur dengan rahmatmu Ya-Allah. Masih di beri nafas serta kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal. Moga-moga masih ada umur untuk menyambut Ramadhan seterusnya.

You Might Also Like

5 ulasan:

  1. wow... mesti meriah kan raya... salam aidilfitri..:-)

    BalasPadam
  2. Gambar raya di kampung... terkenang sewaktu makayah kakcik masih ada dulu. Kami juga akan berkonvoi ke rumah bapa saudara yang terletak di tepi sawah. Semuanya tinggal kenangan...

    BalasPadam
  3. rumah yg penuh beerti....
    walaupun kecil banyak memori didalamnya...

    BalasPadam
  4. rumah kecil tepi sawah yg byk meninggalkan kenangan kan kak...

    BalasPadam
  5. wah meriahnya.... ya, asal usul kita jangan dilupakan.. jenguklah sekali sekala dengan 1001 macam kenangan semasa zaman kanak2 kita dahulu... sungguh menggamit memoir lama bersama ibu tercinta..

    salam aidilfitri kak..

    BalasPadam