Yatim - Ramadan Melimpahkan Rezeki

10:51 PG JunAina 10 Comments

'Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan'

Walaupun sehari seringgit itulah sedekah yang terbaik dari bulan-bulan lain. Sedikit tetapi bererti. Pengertian itu hanya mampu diterjemahkan oleh orang yang menerima. Pemberian itu akan meringankan perjalanan hidup mereka. Selagi ada memberilah walaupun mereka tidak meminta. Pemberian kita moga akan memudahkan rezeki kita, memudahkan perjalanan hidup kita dikemudian hari.

Semalam mak telefon. Borak-borak tanya khabar. Terdengar orang memberi salam dengan gembiranya rupanya kakak baru balik dari sekolah. Entah apa di beritahu mak toknya. Mak tok gelak. Katanya dia akan dapat duit raya. Siap bagitau  Mak Tok duit tu kakak punya bukan Mak Tok punya jadi kakak boleh le nak suka-suka beli apapun.

Perbualan kami.
Jun: Mak kakak dapat duit ROBOQ ke? (Sumbangan Hari Raya dari Majlis Agama Islam Perlis). Kalau boleh tak payah ambik bagilah kepada orang lain mak, kak yang mampu lagi sara anak-anak. Ramai lagi orang lain yang susah'.

Mak: Taklah kakak dapat sumbangan duit raya dari sekolah untuk anak-anak yatim. Tak banyak pun ikut kemampuan PIBG dan sumbangan orang ramai, mungkin dalam Rm50. Tak apalah kak yang kalau kakak dapat duit ROBOQ pun anak-anakkan layak dapat sumbangan tu depa kan anak yatim.

Terkedu. Dulu-dulu Jun adik beradik akan merasa sangat gembira bila bulan Ramadan tiba kerana tika ini banyak bantuan diberi. Salah satunya duit ROBOQ yang diagihkan oleh imam. Sumbangan hari raya dari Kerajaan Negeri, sekolah dan orang perseorangan. Masa ini bolehlah nak membeli apa yang tak mampu dibeli sebelumnya bolehlah berbelanja lebih sedikit tetapi semua duit yang dapat diserahkan kepada mak sepenuhnya. Duit ROBOQ Jun dapat sehingga berusia 21 tahun dan kemudian dipindahkan kepada nama nenek yang merupakan warga emas. Dulu duit ROBOQ hanya RM100 sekarang rasanya Rm300. Duit ini hanya dapat setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Balik rumah abang keluarkan borang. Borang sumbangan Aidilfitri untuk anak yatim dan fakir miskin di sekolahnya. Sekadar mampu sumbangan tetap dihulurkan walaupun seringgit asalkan ikhlas. Abang bagitau minggu depan ada Majlis Khatam Al-Quran dan abang juga akan dapat sumbangan khas untuk anak yatim.

Sedih. Hati tersentuh. Tak sangka anak-anak Jun terpaksa menerima nasib yang sama seperti mamanya yang menjadi yatim sejak kecil. Namun jauh disudut hati tetap bersyukur, sangat-sangat bersyukur. Anak-anak walaupun yatim tidak pernah mengharapkan ehsan orang kerana selagi termampu mama akan menyediakan segalanya buat mereka.

Beribu-ribu kesyukuran juga dipanjatkan kehadrat ILAHI kerana Pak Tuan tak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada mereka sebagaiman dia menjalankan tanggungjawab terhadap adik. Kebajikan mereka tetap terjaga.

Terima kasih YA-ALLAH. Terlalu luas RAHMATMU.

 Nasib kami serupa. Jun menjadi yatim diusia 2 tahun bila abah kembali kerahmatullah dalam kemalangan di tempat kerja. Anak saudara Nursyamimi merupakan anak kakak juga kehilangan ayah pada usia 2 tahun pergi yang tak kembali kerana sakit jantung. Iqbal Hadi anak sulung kehilangan kasih ayah sejak berusia setahun lebih bila kami berpisah dan kasihnya terus berkubur bersama jasadnya selepas 3 tahun, kembali mengadap penciptaNya kerana kanser otak.


Anak perempuan yang menjadi kemanjaan. Langsung tidak pernah merasa hangatnya kasih ayah kecuali menumpang kasih abah yang memang sangat memanjakan anak perempuan.

You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Bagaikan telah tersurat Jun. Kakak sedih tapi itulah Jun punya semangat kental. Jun adalah salah satu hamba allah yg terpilih sebenarnya. Moga allah sentiasa memberi Jun kekuatan, kesihatan terbaik demi masa depan anak-anak..

    BalasPadam
  2. Salam kak...
    sedih pulak baca entry kak ni...
    terkadang kita tak bersyukur dgn apa yg kita ada kan....teringat arwah mak...
    Alfatihah buat semua yang telah tiada..

    BalasPadam
  3. al-fatihah buat arwah semua..
    salam kenal dibulan ramadhan ye kak =)

    BalasPadam
  4. arwah ayah acu meninggal bulan puasa 2004..tahun nie genap 8 tahun arwah ayah pegi :(

    BalasPadam
  5. Salam June...Kalau mampu bersedekahlah sepanjang tahun tapi dibulan Ramadhan ganjaranya berlipat ganda.

    kak Zai agak keliru, maaf jika ramalan kak Zai salah. Ini bermakna pernikahan kali kedua June bersama pak tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak zai...

      Betul tu perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua. Alhamdulillah Allah menguji dan kemudian memberi.

      Padam
  6. muga mereka semua tabah tanpa ayah di sisi..

    BalasPadam
  7. akak...


    terkedu saya baca...


    hmm...

    BalasPadam
  8. sedih kak...saya faham sgt sbb saya pun anak yatim...ditinggalkan ayah masa saya umur 2 tahun lagi, tak sempat rasa kasih sayang dia, beberapa tahun lepas tu ayah meninggal...

    al Fatihah pada semua yg telah tinggalkan kita...

    BalasPadam