Mentari Yang Malu

8:22 PG JunAina 12 Comments


mendung pagi
Suasana di depan rumah mak.
Dari Perlis terus nampak bukit-bukau di Kedah.
Matahari yang malu.
Masih bersembunyi di sebalik awan.
Mendung yang bakal membawa hujan.
Rahmat pagi pesawah yang tanahnya semakin kontang.
Dingin pagi menyentap jiwa.

*Terasa ingin kembali terus beradu. Menarik selimut tebal memanaskan badan. Terasa rugi andai masa itu terus digunakan pada tidak perlu bukankah ingin melepas rindu pada kampung halaman. Rasanya nikmat menghirup udara kampung melebihi nikmat tidur ditika ini.

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. kalau acu tau kak Jun orang perlis
    boleh acu singgah beraya umah kak Jun aritu. acu & family beraya di Padang Besar masa raya ke4..hehehee

    BalasPadam
  2. Amboiii...bawak rombongan cik kiah pergi shopping ke Acu. lain kali kalau jalan2 kat Perlis tu ingat akak tau.

    Walaupun rumah tu kecil aje tapi tuan rumah berbesar hati terima tetamu.

    BalasPadam
  3. aduh!.. suasana sebegini tak perlukan penyaman udara... sbb sedia nyaman sudah. hehehe

    BalasPadam
  4. duduk kat kg mmg seronok...tu yg dok trfikir bila pencen sok nak buat rumah kat kg. mertua.

    BalasPadam
  5. CANTIK...KITE SEMPAT KE SANGLANG JE MASA RAYA HARITU. SEBAB ADA URUSAN FAMILY. KALAU SORANG RASANYA MERATA CERUK KITE DAH SAMPAI...

    BalasPadam
  6. nyaman betul tgk gmbr tu.. rugi la kalau tidur balik kan?..

    BalasPadam
  7. indahnya.....
    malu yang mempesonakan pamdangan mata....

    BalasPadam
  8. kak Zai sangat2 rindukan kampung tapi apakan daya kak Zai sudah tidak punya kampung halaman lagi.

    BalasPadam
  9. memang tenang dan nyaman..bukan senang dah nak jumpa kampung yg masih ada pokok=pokok dan bukkit ni kak..

    BalasPadam
  10. memang tenang dan nyaman..bukan senang dah nak jumpa kampung yg masih ada pokok=pokok dan bukkit ni kak..

    BalasPadam
  11. Kalau shot ni, dilebihkan awan tu mesti awesome ... :)

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam