Kasihnya Anak - Ibadah Bukan Tanggungjawab.

11:07 PG JunAina 12 Comments

Hari ini menginjak 27hb Ramadhan 1433. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghayati keberkatan Ramadhan yang barokah ini. Sama-samalah kita menguatkan keimanan menghadapi Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi.

Sebilangan besar kita mungkin sibuk membuat persiapan hari raya. Kesibukan itu juga di harap tidak membataskan waktu kita terhadap amalan-amalan kita. Kebanyakan surau dan masjid semakin lenggang sejak seminggu lepas. Banyak saf telah berkurangan. Sehari dua ini lebih-lebih lagi kerana telah ramai yang pulang ke kampung. Berbeza di Mekah, 10 malam terakhir bagaikan pesta di sana. Harap suatu hari nanti kita dapat sama-sama meraikan 10 malam terakhir di sana.

Biasa kita dengar kasihnya ibu tiada tandingnya. Pengorbanan mereka tak mampu di bayar. Bukan nilainya emas permata dan wang ringgit. Kasihnya ibu sehingga keliang lahad. Hari  ini Jun ingin berkongsi cerita, bermuhasabah diri. Kisah ini moga menjadi pedoman kepada kita. Kisah seorang anak, kisah tanggunjawab yang menjadi ibadah.

Sejiran. Mula bersara akhir tahun lepas. Punya ibu yang kurang upaya. Lumpuh sejak melahirkan adik perempuan bongsu yang kini berusia lebih 30 tahun. Dulu duduk di kampung bersama adik lelaki yang bujang terlajak, sudah berusia 50 tahun. Tidak berkahwin selepas kecewa dalam percintaan. Setianya. Sejak 3 tahun kebelakangan duduk bersama mereka kerana uzur. Lagipun apa yang nak diharapkan sangat pada anak lelaki yang menjaga. Duduklah dia bersama anak dan menantu perempuan dan enggan ke rumah anak perempuannya sendiri. Katanya dia lebih selesa di jaga menantunya. Subhanallah.

Akhir tahun lepas satu lagi bebanan terpaksa ditanggung. Adik lelakinya terbabit dalam kemalangan. Fizikal tiada masalah tetapi kemalangan itu telah menggangu sistem sarafnya yang menjadikan dia lumpuh! Terpaksalah abang berulang ke hospital Ipoh kemudian dipindahkan ke hospital Serdang. Kini berulang alik untuk fisioterapi. Alhamdulillah dari terbaring sekarang mampu duduk. Bergerak menggunakan kerusi roda.

Ruang rumah yang kecil memaksa mereka suami isteri menyewa rumah bersebelahan untuk meletakkan ibu dan adiknya. Maka bertambahlah kerja isteri. Menjaga makan, minum dan pakai mereka berdua. Sabar. Lauk mesti dicarikkan sebelum dihidang kerana tangan ibu dan adiknya lemah. Suami pula kembali bekerja dengan berniaga kecil-kecilan. Duit pencen tidak mencukupi untuk menyara mereka sekeluarga.

Rumah di tingkat dua, bayangkanlah mereka terpaksa mengangkat dua orang yang lumpuh untuk turun ke bawah sekiranya hendak balik ke kampung. Setiap minggu juga mengangkat adiknya untuk menjalani fisioterapi. Semalam si suami terpaksa pulang kekampung menghantar barang yang mana perlu kerana kereta tidak mampu menampung penumpang dan baranga-barang sekaligus. Nasib baik kampungnya hanya 3 jam perjalanan.

Walapun sedari kecil si ibu tidak pernah menjaganya dan di besarkan oleh nenek tetapi di hujung usia ibunya dia tetap berbakti. Meletakkan menjaga ibu sebagai ibadah bukan tanggungjawab menjadi penawar hati yang terbaik buat mereka. Mengumpul laba akhirat.


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

    BalasPadam
  2. Terharu dengar cerita ni kak...Besar pengorbanannya menjaga ibu yg sakit..lepas tu adiknya pula..siap sewakan lagi rumah...Sama sama kita ambil iktibar..

    ps: tak apa, copy lah entri saya hari ni dan email kan..ilmu utk disampaikan..

    BalasPadam
  3. Subahanallah... Tetsentuh hati ini... Seringkali terjadi... Yang x duduk bersama sejak kecil selalunya yang akn mejaga ayah dan ibu... Lebih menyedhkan apabila si ibu tidak menyanginya seperti anak lain.. Tp dia lah yg mjaga dikala ibu sudah uzur...

    BalasPadam
  4. Ya ALLAH, sedihnya baca kisah ini...mudah-mudahan rezeki utk keluarga ini dipermudahkan...

    Selamat Hari Raya untuk Kak Jun Sekeluarga

    BalasPadam
  5. Subhanallah.. terharu membaca kisah mereka.. semoga mereka suami isteri mendapat balasan syurga hendaknya dengan kebaikan mereka.. harap dapat menjadi contoh untuk saya memperbaiki diri.. thanks for sharing kak..

    Salam aidilfitri buat akak dan keluarga.. maaf zahir dan batin dari saya..

    BalasPadam
  6. Akak,acu nak mohon ampun & maaf ye kak mana tau dalam bergurau ada menyakitkan hati akak

    Selamat hari raya
    maaf zahir & batin :)

    BalasPadam
  7. Salam Idilfitri..

    Kerajaan atau badan berkaitan ada membantukah pd keluarga ini? Boleh buat lawatan dan beri sumbangan kpd keluarga ini kan. Kawasan mana?

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/iftar-di-sungai-bukit-dan-hutan.html

    BalasPadam
  8. Ya Allah Jun... N3 Jun ini mengundang airmata kakak. Moga pasangan ini diberi kekuatan iman dan fizikal utk terus berusha dan tabah. Isya-Allah pasti mereka akan lebih senang kelak berkat doa org yg dijaganya...

    BalasPadam
  9. Semoga kita menjadi anak anak yang membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat, dan semoga Allah kurniakan kita anak anak yang membahagiakan di dunia, hinggalah ke akhirat.

    BalasPadam
  10. salam,

    masih bercuti ke

    selamat hari raya :)

    BalasPadam
  11. Ksian apabila baca kisah orang macam tuu...

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya kak
    ampun maaf zahir & batin :)

    BalasPadam