Ho Chin Minh City - Cerita Yang Tertangguh

5:19 PTG JunAina 9 Comments

Sambung cerita pergi Ho Chin Minh City, Vietnam bulan Julai yang lalu. Rupanya ada yang masih dalam draft. Lupa sudah. Kisah sebelum ini boleh le terjah kat sini juga di sini. Lagi sambungan di sini. Ini adalah entri terakhir yang terperap kat draft.

Hari ke-dua. Pagi-pagi cari sarapan. Kedai halal terdekat adalah Hajah Basiroh. Dari Ava Hotel jalan ke Benh Than Market belok kanan lintas jalan belok kiri tepi pasar kemudian belok kanan dekat Ha Tam (kedai emas dan tempat tukar duit). Terus jalan jumpa HHL2 hotel so kedainya berdepan dengan hotel tu sahaja. First time pergi memang kami sesat! Makan sekadar nak megalas perut. Tak adalah meriah macam kat Malaysia. Nasi goreng kosong, tambah telur mata 60k dong, kopi ais 15k dong, karipap sebijik Rm2.50. Kalau kat Malaysia sah-sah kedai tu dah kena boikot. Kopi ais yang marbeles ok, mesti cuba. Begitu jugak dengan pho mee, kena dengan tekak sendiri.

Keyang. Jalan-jalan ke Taka Plaza. Benh Than Market kami lalu je. Kalau nak pergi Taka Plaza dari pintu belakang Benh Than Market belok kanan, jalan terus je sampai simpang empat pandang kanan. Besar je bangunan rumah kedai tertulis Taka Plaza. Serius senang bagi orang dah biasa, kami tercangak-cangak jugak. Tanya orang sana depa pun tak tau mungkin sebutan tu dah jadi lain kot. Terus tuju kedai Rokiah, belek-belek Aina tanya kalau nak pergi rumah dia boleh tak. Jadi tuan kedai panggilkan teksi dan kami ke satu Kampung Melayu Champa, tuan kedai bayarkan teksi. Rupanya yang jaga kedai ayah Rokiah. Berjam-jam memilih baju dan telekung. Packing barang dan dia orang hantar ke hotel. Masa kat sinilah berpeluang tengok cara hidup mereka. Rumah yang sempit dan berbahang pulak tu.

Ho Chin Minh City, Cotton, Kedai Rokiah
Baju-baju ini semuanya kat Kedai Rokiah. Jahitan maniknya tak sekemas kita pergi butik tetapi sangat berbaloi dengan harganya yang puluh-puluh je. Kat situ ada telekung jugak. Taka Plaza ini banyak shop lot dalam tu kecik-kecik je.

Telekung, Baju Kurung Manik
Kakak-kakak satu office sakan memilih kat rumah Rokiah. Pening tengok depa punya punggah segala baju kurung yang ada. Semua siap berjahit manik. Tercongok kat gambar tu Sarah adik Rokiah pernah duduk kat Terengganu. Hanya Rokiah dan Sarah pandai cakap Melayu mak dia nganga.

Ho Chin Minh City, Vietnam
Stok baru. Hanya kain yang ada, baju di hantar untuk jahit manik.

ho chin ming city, vietnam
Susunan telekung tu  sampai ke tingkat tiga. Harga telekung bergantung kepada kualiti kain dan bunga-bunga pada telekung. Berbaloi beli. Baju biru tu Rokiah. Harus aku nak tanya cam ner dia solat coz kat rumah pun pakai pewarna kuku.

Habis memilih dan membayar, Sarah adik Rokiah bawak kami semua makan di sebuah kedai Melayu Champa namanya Haji Halim. Makanan sedap harganya pun murah. Lima orang makan dengan lauk tomyam ikan, sambal sotong, telur dadar, sayur campur dan ulam serta sambal belacan. Air yang dihidangkan air teh Jasmine. Harga makanan hari tu dalam Rm48. Murahkan sangat untuk lima orang makan. Sarah ni bila keluar rumah dia pakai tudung. Dia juga ada kedai sendiri kat area Kedai Hajah Basiroh.

Vietnam, Makanan Halal. Ho Chin Minh City

Vietnam, halal food, Ho Chin Minh City, Tom Yam Ikan
Tom Yam Ikan yang marbeles!

Lepas makan kami ambik teksi dan pergi ke Cho Tanh Binh. Kawasan ini umpama pasar borong. Banyak kedai menjual kain cotton di jual secar borong, t-shirt, kasut dan segala macam tetapi dijual secara borong tetapi ada jugak kedai yang mejual secara runcit. Satu masalah utama kat sini ialah semua peniaga kat sini tak pandai cakap English. Bila tawar menawar jadi macam ayam dan itik, akhirnya tak beli satu apapun tapi puasa hati dapat tengok tempat orang.

Vietnam, Ho Chin Minh City
Pintu gerbang Cho Tan Binh.

Vietnam, Cho Tan Binh, Ho Chin Minh City
Longgokkan kain cotton dan lycra. Lain kali kalau pergi nak belajar bahasa Vietnam dulu! Kebanyakan peniaga di Ben Than Market ambik stok kat sini. Jangan tak tau kat pasar ni siap ada jual dress kawen. Bayangkan dalam pasar.

Balik singgah sekali lagi ke Taka Plaza kakak-kakak tu nak tengok baju kat Kedai Rokiah lagi sekali ada yang bekenan tetapi tak ada kat rumah. Kemudaian Aina dan Pak Tuan balik dan singgah ke Benh Than Market tinggalkan kakak-kakak itu jalan sendiri. Terus cari kedai Lyn yang terkenal kat Cari Forum. Kedai lain pun banyak kain cotton tetapi saja nak tengok kedai dia. Pilih-pilih terus sekali 10 pasang. Jalan balik hotel dan rehat. Satu lagi kedai Sarah (bukan adik Rokiah tu ye) kat sini nak dapat harga borong tak payah nak beli banyak-banyak sehelai dua pun dia bagi je tapi tak sempat nak cari. Lynn ni sejak glamer kat Malaysia dalam forum dah sombong sikit (itu kata orang yang biasa dengan dia lah).

Inilah kedai yang glamour tu.

Pilih-pilih kain cotton kat Kedai Lynn. Sebab dah penat jalan so beli je kat situ. Rimas u kalau masuk dalam Ben Thanh Market tu. Cara depa kasaq sikit macam paksa-paksa kita beli ala kominis jugak. Aina kalau masuk situ rasa nak pitam. Melayan kerenah peniaga dan memang panas sangat kat dalam tu.



  Gambar-gambar cenderahati yang boleh beli di Ben Than Market. Penting siapkan ongkos je lepas tu main tunjuk-tunjuk dan bayar tak leh T&G ye kat sini semuanya cash.

Malam acara biasa kami pergi makan kat Hajah Bashiroh coz malas lagi dah nak menapak. Sepanjang kat sana memang tak cari kedai makan lain pada hal masa kat Malaysia bukan main search halal food di HCMC. Menjelang malam je hujan. Lepas makan pusing-pusing pasar malam je kerjanya.

Buah, Ho Chin Minh City, Vietnam, Manggis, Buah Naga
Balik pasar malam singgah beli buah yang fresh sesangat kat sana.

Lan Lan Hotel

Lan Lan Hotel tempat favorite blogger Acu bila ke HCMC. Sepanjang jalan tu adalah hotel-hotel yang boleh kita sewa semasa ke sana dengan kadar sewaan yang agak rendah. Lagipun senang nak mengulang Ben Thanh Market dan Pasar Malam yang happening tu. Saigon Square, Taka Plaza dan segala butik just walking distance. Nak tahu pasal hotel-hotel ini semua mintak le bantuan En.Google. Aina duduk Ava Hotel depan Lan Lan Hotel.

Hambik ko. Masa pergi hand carry bila balik berlorry-lorry...hahahaaa... Masa ni memasing kena halau dari bilik. Sebelum keluar Aina dah pesan check out pukul lima petang coz dah bayar untuk late check out tapi depa dok beronggeng lagi dalam bilik. Kena ketuk pintulah. Pas tu dengan berseksi bagai depa terpaksa kemas lebih kurang keluar tunggu kat lobi. Jangan main-main depa betul-betul straight foward benda-benda gini.

Me and my body guard kat lapangan terbang masa balik setia menemani kami semua semasa di Ho Chin Minh City. Tumpang berjimba dengan mak-mak orang. Pengalaman semasa nak check in barang yang rasa terbako. Depa kata no luggage check in. Kawan-kawan semua dah lepas Aina punya tersangkut depa letak tepi. Seorang kakak ni datang bisik. Dik bacalah apa-apa yang patut bagi lembutkan hati orang tu, depa saja cari pasallah tu nak paw. Haishhh... Alhamdulillah akhirnya lepas jugak. Sampai Malaysia of coz kena tax bagaikan so barang-barang dagangan tu kalau dapat asingkan dua troley tak le nampak macam shopping sakan. Masa tu kena bayar tax dalam Rm30 lepas kelentong bagai...ngeee... Pukul 2.30 pagi sampai LCCT coz flight delay 2 jam. Sampai rumah pukul 5 pagi coz sebelum tu singgah berteh tarik. Bahagia weyyy dapat roti canai mamak!

 

You Might Also Like

9 ulasan:

  1. mmg mabelesss lah.. banyak kain baju giless


    ayu senyum sorang2 bila baca part kedai kn boikot tu..

    kalau karipap rm2.50 sah2..tauker karipap leh beli keter baru

    BalasPadam
  2. Berbulan madu sakan noooo...!

    BalasPadam
  3. Hi June, yr cerita memang detail giler.sapa yg tk prnah pi boleh refer he he.Seemed like you enjoy the trip vry mch..boleh pening tengok banyak bnda nk beli.terkam sana terkam sini..kan kan ?

    BalasPadam
  4. salam.. Aina ada email tak..ada nak tanya cikit :)

    BalasPadam

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam