12.12.12 Inginku Abadikan Kenangan

11:40 PG JunAina 13 Comments

8.8.88

Keriuhan di kelas tingkatan 1A. Cikgu sebelah menjengah kerana terlalu bising. Bercekak pinggang bagai harimau lapar. Cikgu perempuan yang telah kabur ingatanku siapa namanya Cikgu Asma, Cikgu Normah atau Cikgu Hashimah. 8.8.88 tarikh yang cantik. Saya harap kamu semua dapat buat sesuatu supaya kamu dapat kenang sampai bila-bila pada tarikh ini. Kelas diam. Terkesima. Cikgu yang serius mukanya melangkah menang.

12.12.12

Mengenang tarikh cantik 24 tahun yang lalu. Kata-kata cikgu masih terpahat dalam ingatan. Hari ini tiada yang istimewa hanya menjalani urusan harian seperti biasa. Hanya ulangan angka 1 dan 2 pada tarik ini. Tiada membawa apa-apa makna. Pagi tadi hampir melanggar kereta yang keluar dari barisan secara tiba-tiba di dalam kesesakan. Alhamdulillah masih sempat mengelak dari terus melanggar cumanya ibu kaki sedikit cedera bila motor di break mengejut.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. tahun 88 saya baru darjah dua kak...hehe..

    saya suka tarikh ni...hari ni hari lahir anak saya si abang tu yg ke 7 tahun...

    :)

    BalasPadam
  2. disebabkan ianya nombor cantik... semua update status 12.12.12 pada fb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jarang dapat UPDATE FB Ema...

      Padam
  3. tiada apa yang istimewa hari ini dan tidak juga merancang pun utk membuat sesuatu yang istemewa .. cuma terajin pulak basu kereta saya dan makngahnya sebentar tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udah le tu Pak Ngah jangan terfikir nak create sesuatu yg istimewa pulak hari ini...hehehee...

      Padam
  4. Hari ini pergelangan kaki kiri kakcik sangat sakit. satu lagi, orang yang berjanji nak bayar hutang hari ini, memungkiri janjinya buat kali kedua dalam tempoh beberapa hari saja... :(

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    Alhamdulillah
    tak jadi apa2 pd 12.12.12

    BalasPadam
  6. 8888
    saya baru 8 tahunnn
    sayang.. xingat apa2

    kak..

    syukur.. dirimu dilindungi olehNya
    121212 moga beri sinar harapan bt mu

    BalasPadam
  7. kebetulan..tarikh ni genap setahun dee kerja di syarikat sekarang..dan happy..itu yg penting :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Dee. Duit penting tapi keserasian tempat kerja pun kena ambik kira.

      Padam
  8. kenangan manis 8.8.88
    ada juga kenangan di 12.12.12...
    nasib baik tiada apa2...

    BalasPadam
  9. Salam .kenangan manis sapa pun tak kan boleh lupa kan? you tak dak ke kenangan di Perlih yang mengusik jiwa..cerita la..

    BalasPadam