Selamat Tahun Baru 2013

1:20 PTG JunAina 17 Comments




Hari ini hari terakhir tahun 2012. Banyak pahit, manis, suka, duka, senyum serta ketawa yang kita lalui dalam tempoh tersebut. 12 bulan yang panjang dan menjadi terlalu singkat di pengakhirannya. Terlalu pendek apabila dikenang. Esok bermakna akan mengubahkan angka-angka pada umur kita apabila tiba bulannya kelak. Bermakna semakin pendek perjalanan penghidupan kita.

Azam tahun baru rasanya samar-samar. Tiada yang istimewa cuma meletakkan azam jangka panjang untuk 5 tahun akan datang. Azam jangka panjang yang pertama dalam proses pindah milik, alhamdulillah. Azam kedua kereta idaman dan yang ketiga sebagai Rider Sejati pastinya motor idamanku. Tahun 2013 tambah lagi satu azam jangka panjang iaitu kalau dapat nak tukar title dalam pekerjaan. Harapan agar akan dapat promotion/kenaikan pangkat sebelum berakhirnya lima tahun.

Masa berjalan. Kian suntuk untuk kita. Aturlah perjalanan sebaik mungkin. Seimbangkan perjuangan, berjaya dunia bahagia di akhirat. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita. Azam sudah ada berusahalah dengan lebih giat. Moga di pengakhirannya akan ada bunga-bunga bahagia.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. selamat tahun baru...
    moga sinarannya akan mewarnai hidup kita..

    BalasPadam
  2. amin mudah mudahan dipermudahkan rezeki dan kejayaan yg di impikan
    selamat melangkah ke tahun baru2013

    BalasPadam
  3. Bila dah jadi isteri/ibu/pekerja memang azam dan target kita agak panjang Aina. Macam kakak juga target dlm 3-4 tahun ini. Moga impian jadi kenyataan.

    BalasPadam
  4. ammboii nnti mak kurangkan mengumpat wak yee.. ekKKee

    BalasPadam
  5. hi dear, may all yr wishes cme true.Amin..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Jun...
    jika lihat u... tak akak menyangka u minat nak bawa motor...
    Semuga cita2 tercapai...

    BalasPadam
  7. Nasihat yg baik...Selamat tahun baru 2013 rider Sejati!

    BalasPadam
  8. Salam aina..

    selamat tahun baru! semoga setiap azam kita dapat dipenuhi dengan sebaiknya.. All the best untuk setiap azam tu.. semoga kita terus cemerlang untuk memperbaiki diri untuk dunia dan akhirat.. insyaAllah..

    BalasPadam
  9. hoping for better tomorrow ^_^

    BalasPadam
  10. Assalam

    Selamat Tahun baru dan selamat berazam. Saya tiada azam. Blurrrrr.... heeee Tapi saya tahu saya nak jadi a better person dan hari ini lebih baik dari hari semalam. Kalau semalam baca satu surah hari ini dua surah dan begitulah seterusnya. Amin.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2013/01/collagen-lagipure-marine-collagen.html

    BalasPadam
  11. Selamat tahun baru utk akak juga..... slmt slmt...

    BalasPadam
  12. selamat tahun baru kak june

    BalasPadam
  13. amin..
    mudahan Allah makbulkan doa2 kakJun. ayu pun mengharapkan pekerjaan y kak harapkan tertunai

    rasanya belum tlambat ayu ucapkan selamat tahun baru u kak jun...
    moga bahagia dan sinar 2013 sentiasa padamu

    BalasPadam