Maybank Cheers My Life

2:51 PTG JunAina 7 Comments

Hanya klik-klik di hujung jari anda. Dulu-dulu rasanya dalam 7-8 years back Aina buka akaun dengan Maybank semata-mata nak guna kemudahan yang di hujung jari inilah. Lepas tu daftar M2U, tujuannya supaya senang nak buat segala urusan pembayaran bil dan urusan berkaitan perbankkan.

Pada masa tu Maybank antara yang terawal menyediakan kemudahan internet banking. Mudahlah sedikit urusan seharian terutama bila tiba hujung bulan. Hanya duduk di depan komputer pindahkan sahaja duit ke akaun bank lain, bayar bil TNB, Syabas, cukai pintu, indah water mahupun memindahkan ke simpanan Tabung Haji juga ke akaun Amanah Saham Bumiputera. Kadar charge pengurusan yang dikenakan pun sangat berpatutan, kiranya lebih jimat dan berbaloi dari keluar dengan kereta yang menggunakan minyak, bayar parking dan mengadap kesesakan.

Kemudahan yang ada ini juga kini Aina gunakan sepenuhnya untuk perniagaan kecil-kecilan pula bagi menambah pendapatan dan mencambah minat yang kebetulan kebanyakan keluarga terlibat dalam perniagaan tak kira besar mahupun kecil. Sebaik pelanggan menghantar email atau sms pembayaran Aina boleh terus check pembayaran melalui M2U, confirmkan dan sebelah petangnya selepas kerja menguruskan pembungkusan dan esoknya dihantar kepada pelanggan. Mudah, cepat dan mesra pengguna.

Pengalaman yang Aina rasa akan membuatkan kekal menggunakan perkhidmatan Maybank dan M2U adalah kerana Khidmat Pelanggan mereka yang sangat membantu mempermudahkan urusan kita. Suatu hari menggunakan perkhidmatan dari bank lain. Duit sepatutnya di masukkan ke dalam akaun kad kredit Maybank berjumlah Rm300 dan akaun simpanan Maybank Rm1250. Berlaku sedikit kecuaian di pihak Aina bila kedua-duanya telah di masukkan ke akaun kad kredit. Telefon ke bank asal tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan duit itu di masukkan ke akaun bank lain. Kalau mereka uruskan akan mengambil masa dua bulan untuk mendapatkan duit tersebut kembali. Kemudian telefon Khidmat Pelanggan Maybank, dengan bersopan mereka memberitahu agar menelefon semula dua hari kemudian selepas transaksi berjaya.

Selepas dua hari Aina telefon Khidmat Pelanggan kembali setelah transaksi pembayaran berjaya dan Aina check melalui M2U. Setelah menerangkan kedudukan sebenarnya gadis yang menyambut panggilan bernama Nisha mengatakan dia perlu mendapat kepastian kerana selepas di tolak Rm300 masih ada baki yang perlu dibayar pada akaun kad kredit. Aina berdebar, almaklumlah duit tu nak guna untuk benda lain. Tak sampai 5 minit Aina mendapat panggilan dari Nisha semula dengan membawa berita baik, duit Aina berjumlah Rm1250 akan di masukkan semula ke dalam akaun simpanan Maybank semual dalam tempoh 7 hari walaupun atas kecuaian Aina sendiri.

Bestkan! Thanks a lot Maybank kerana memudahkan urusan seharian.

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Yup, saya dah lama guna M2U ni..sejak 2005 lagi...reliable, senang..dan mmg saya tak pernah bayar bil bil saya di pejabat pos/kaunter bil..

    BalasPadam
  2. Kalau macam ini taklah kita takut dan rasa berterima kasih kan Aina... rasa selamat itu yg penting.

    BalasPadam
  3. Nasib baik dpt balik masuk ke akaun asal yer.. :)

    BalasPadam
  4. Nasib baik boleh..da mmg tertulis rezeki Aina pun :D.. Alhamdulillah...

    BalasPadam