Pendidikan Serangan Seksual

1:12 PTG JunAina 11 Comments

Bagi kita orang Melayu yang kuat memegang pada adat dan penuh norma Kemelayuan membicara soal seks adalah sesuatu yang luar biasa. Melagkaui adat dan budaya yang sepatutnya. Kata lainnya kita lebih tertutup dalam soal begini.

Mengikut perkembangan semasa juga keadaan semasa yang tidak begitu selamat untuk anak-anak kita mungkin sesuatu patut di lakukan supaya mereka sedikit sebanyak faham tentang apa itu pendidikan seks. Seringkali kita terdengar perbuatan rogol dan cabul. Kadangkala mangsa akan diam begitu sahaja dan meninggalkan kesan negatif dalam diri mereka untuk jangka masa panjang.

Mendidik gaya saya.

1. Anak perempuan sedari awal di didik dan di ajar agar anggota badan yang sensetif tidak di pegang oleh orang lain seperti orang yang tidak di kenali, kawan, bapa saudara, sepupu, abang mahu pun bapa sendiri tanpa alasan munasabah (contohnya doktor yang memegang untuk pemerikasaan kesihatan tetapi juga perlu ada orang lain bersama seperti ibu-bapa atau jururawat ). Kalau perempuan pun tak boleh pegang kecuali emak.

2. Anak lelaki di ajar supaya anggota sulit mereka tidak di pegang sewenang-wenangnya tak kira anggota depan mahu pun belakang. Tak kira oleh lelaki mahupun wanita.

3. Didik mereka supaya memberitahu apa-apa juga perbuatan melampau terhadap mereka mestilah di beritahu kepada kita sebagai ibu walaupun mereka di ugut.

4. Bina kepercayaan anak-anak terhadap kita sebagai pelindung supaya mereka tidak takut untuk mengadu walaupun telah diugut.

5. Terangkan kepada mereka kesan-kesannya jika terlibat dalam kes-kes seperti di atas. Jika dapat berilah contoh yang nyata supaya mereka lebih memahami.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Walau apa jugak caranya semuanya adalah untuk membantu anak-anak kita. Jangan letakkan diri kita di zon yang selesa dengan memikirkan perkara itu tidak akan berlaku kepada anak-anak kita sedangkan pelaku tidak akan mengira siapa.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. zaman skrg ni, ibu bapa kena main peranan yg sgt sgt besar.

    BalasPadam
  2. sex education bagi saya adalah penting. Sayangnya, ramai yg melatah bila ada cadangan utk diadakan silibus sex education di sekolah. Mereka terus melatah membayangkan bahawa sex education ialah mengajar anak anak tentang sex. Perlu disedari bahawa, kalau tidak di ajar dengan cara yang sebetulnya, anak anak zaman sekarang akan tetap cari sendiri 'informasi' di zaman ledakan IT ni

    BalasPadam
  3. Memang kita patut ajaq anak2 dari kecik.. la ni orang yang mental/jahat ni memang tak disangka2 perangainya.. kadang2 budak sekolah rendah pun dah pandai mencabul.. mangsanya kadang2 budak 2 3 tahun pun ada..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Aina

    terima kasih ....

    BalasPadam
  5. akak, saya suka n3 ni...saya pun kena ckp jugakla kat anak2 lelaki saya tu supaya jgn bg sesiapa pgg alat sulit baik depan mahu belakang...

    balik ni nak terus ckp...tengs akak atas n3 ni...sgt bermanfaat...

    BalasPadam
  6. Betul sangat jun. Sy setuju apa yg jun tulis tu. Malang tak mengenal sapa.

    BalasPadam
  7. setujuuu..

    ayu pun perlahan2 sdg ajar pada anak dara ayu..

    BalasPadam
  8. bagus info ni..tengs sbb sudi singgah blog sy..

    BalasPadam
  9. Dis's sumthing dat'll definitely be in my reading list. I harap I knnow wut and how to talk to my dotter ttg semua ni. as early as possible, lagi bagus. once dia dah faham da meaning of all dis, lebih mudah utk dia open pd kita. nice entry!

    BalasPadam
  10. mereka perlu pendedahan dengan batasan

    BalasPadam