Selamat Datang Ke Rumah Perlis

1:36 PTG JunAina 5 Comments

Aktiviti dua tahun sekali yang wajib kami sekeluarga buat. Mengunjungi MAHA di MAEP, Serdang. Baru sahaja tamat. Sempat dua kali melawat ke sana. Sekali bersama adik dan anak-anak. Pada hari terakhir kunjungan rasmi bersama Pak Tuan. Kali kedua lawatan yang sangat memuaskan hati kera hampir 100% pameran kami lawati. Laman Perikanan, Taman Herba, Laman Sayur, Laman Nenas, Penternakan, Rumah-rumah di Malaysia sehinggalah Agrobazar dan pameran di tiga dewan utama. Menghabiskan masa selam tujuh jam di situ. Kali pertama bersama anak-anak jadi pergerakkan amat terhad. Almaklumlah anak-anak cepat letihnya.

Tempat wajib singgah tentulah Rumah Perlis. Namanya menjunjung daulat Negeri Perlis. Maka saya menjadi rakyat yang sayang negeri kelahiran saya. Yeyyyy... Sebagai meluahkan kebanggan menjadi rakyat Perlis kami singgah Ke Rumah Perlis. Simple sangat. Mungkin budget kecik kot coz Perlis tiada sumber ekonomi yang gah. Rasanya pemimpin-pemimpin di Perlis perlu memikirkan sesuatu supaya ekonomi Perlis dapat di jana sebaik mungkin terutama di bidang pelancongan.

Di Rumah Perlis mempamerkan produk IKS yang di keluarkan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di Perlis. Rasanya kalau ada yang nak merasa Kordial Mangga yang segar silalah pertimbangkan produk dari negeri Perlis. Buah-buah mangga yang segar di petik dari ladang di bawa kekilang untuk di proses. Kesegarannya kekal bila kita tuangkan Kordial ke dalam cawan. Begitu juga Kordial Misai Kucingnya. Dua Kordial wajib ada di rumah Aina.

Di bahagian luar rumah terdapat gerai menjual udang sanggul yang terkenal di Pasar Malam Stadium Kangar. Kami tidak berminat untuk merasa bahkan tak pernah jugak makan udang sanggul ni. Kat belakang ada pameran Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Lebih terkenal sebagai Taman Ular Batu Pahat di kalangan rakyat Perlis kerana taman ini terletak di tempat bernama Sungai Batu Pahat. Dulu-dulu di sekitar taman ini terdapat Rumah Semarak. Sudah lupa untuk acara apa rumah-rumah ala chalet ini di bina.

 Rakyat perlis hemoi-hemoi belaka. Selamat Datang Ke Rumah Perlis. Selesakan diri anda di sini dalam erti kata lain 'buat la macam rumah kendiri'.

 Ada berani?

 Sudah sedikit berani. Ular ini berusia 14 tahun. Di pelihara sejak kecil di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat.

 Sekali ular tu pusing ke tangan sambil jelir-jelirkan lidah. Mak hoi! Aina dah jerit-jerit dalam gelak. Apa rasa pegang ular tu? Kulit dia nampak bersisik tapi sebenarnya bila pegang sangat licin dan sejuk.

 Sebab tak berani macam mak dia Hikram si junior hanya bergambar bersama replika ular kat luar sahaja.

Pameran pada hari tersebut turut membawa seekor ular tedung selar yang sangat besar tetapi di letak di dalam akuarium kaca. Tak perlu bimbang tentang keselamatan anda kerana kaca akuarium ini telah di uji ketahanannya. Ada ular sawa albino. Ular-ular yang sudah di awetkan juga ada. Di pintu masuk Rumah Perlis ada jualan Laksa Kuala Perlis yang marbeles. Jadi pastikan anda singgah ke Rumah Perlis pada MAHA yang akan datang.


You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Tahun ni tk sempat ke MAHA..maybe next year

    BalasPadam
  2. muka mcm cuak je pegang ular.. hehehe..

    BalasPadam
  3. saya tahu Perlis famous dgn buah mangga yg best...tapi ni baru tahu Perlis pun famous dgn misai kucing..:)

    Hemoi hemoi tu apa maksudnya?

    BalasPadam
  4. Perlis.. makchaq suka mempelam harum manis.. memang manis dan harum, sayangnya setahun semusim saja berbuah..
    Anggur Perlis pun manis kan.. lagi satu suka ikan keli pokok sawa.. kalau pi mesti pi makan kat situ..

    BalasPadam
  5. Eee....takutnya ular sawa tu..besar... berani betul :D

    BalasPadam