Belangkas

6:18 PTG JunAina 13 Comments

Ini nak cerita tentang belangkas dalam laut tu ye bukan belangkas kat darat. Korang tahu haiwan berdarah biru ni? Darah hidupan laut ini sangat mahal harganya tapi setiap ekor tu berapalah sangat dapat diambil darahnya dan jangan terkejut darahnya boleh diamabil tanpa membunuh haiwan ini. Magis.

Suatu hari sambil lepak-lepak depan TV tertidur dengan selesanya. Tiba-tiba terjaga dan benda pertama yang terbayang adalah belangkas. Mimpi belangkas agaknya semsa tidur tadi. Mana nak cari. Kalau sanggup ke Johor kalau tak pun balik ke Perlis. Jauhnya nak merasa belangkas. Kalau belangkas yang lagi satu tu tak perlu jauh-jauh jengah je kat bawah pun ada.

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Selalu makan belangkas. Biasanya bagi kebanyakan orang Perlis belangkas hanya di bakar. Telurnya teramatlah sedap. Yummy... Sejak dah merantau ni rasanya bertahun jugaklah tak merasa makan telur belangkas. Terbau je keharuman telurnya. Kelazatannya tu bagai ada di dalam mulut.

Pastinya Pak Tuan tak akan layan selera pelik-pelik macam ni. Bukan senang nak cari, Kajang jauh jugak dengan laut. Balik kampung maunya Angah membebel kalau merungut nak makan belangkas. Alasannya belangkas tu mati tersiksa kerana dibakar hidup-hidup, jangan berangan nak makan. Hampa. Kalau masak macam kat Johor tu pun best agaknya. Siang dululah macam kita siang ikan sungai yang hidup tu.

Teringin benda pelik-pelik. Benda yang dah bertahun-tahun tak dijamah. Mengidamkah aku?

Ikut hati mati ikut rasa binasa jadi berfikir secara waraslah. Kalau ada rezeki insyaallah dapat jugak merasa suatu hari nanti. Kalau Pak Tuan tak layan atau Angah tak kasi mungkin ada orang lain akan bawak mai. Rezeki tiada siapa yang tahu.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. mai sahare skit telur belangkas tu dgn pcl n mamaD kalau dapat..., teringin nak cuba makan ..serius tak penah merasa..

    BalasPadam
  2. insyaAllah...ada lah rezeki akak nak makan belangkas tu... :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Aina

    saya tak pernah makan

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah makan belangkas....seriously belangkas ni darahnya biru?

    BalasPadam
  5. Hi Aina, awat ni dok teringin pelik2 ni.ada pulak ke dalam tu? he he.saya pun dh lama tk makan teluq belangkas.dulu masa kecik2 kut.nak makan pun tk dak sapa nk tolong bakaq .sndiri macm di kata la..kesian tengok blangkas tu dok mngeliat siksa...tahan ja la Aina. nanti kalau kebetulan balik , maka pi la cari na...

    BalasPadam
  6. Ooowhh baru tau belangkas boleh makan yer.. adoiyai.. ketinggalan betul..hehehe.. ?
    Sedap yer telurnyaa.. mana nak cari nie.. heheh

    Waa Aina nak terbang ke mana? hehehe.. napa tak tegur..? Boringkan menunggu lama kat imigresen tuh..

    BalasPadam
  7. Alahai Aina mengidamlah pulak. Kakak kadang macam Aina juga teringin benda yg pernah kakak nikmati masa kecik dulu tapi susah nak dapat. Hari itu kakak mengidam nak makan lempeng sagu rumbia. Manalah nak dapat. Kata kawan kakak di Sabah/S'wak adalah banyak. Sampai sekarang tak dapat lagi Aina.

    Kalau belangkas di pasar Batu Pahat kakak banyak kali terjumpa memang ada.

    BalasPadam
  8. wak pon x sukak belangkas..,uHuuu

    BalasPadam
  9. saya dah lupa rasa belangkas macam mana..pernah makan masa kecik je dulu...cuma ingat mak bakar helmet dia tu lepas tu korek telurnya makan..sekarang kalau suruh makan rasa cam ngeri sikit..hehehe..

    BalasPadam
  10. Masa kecik dulu Kak Azie pernah beberapa kali makan telur belangkas. Memang bakar jer yang sesuai. Pegang tanduk tajamnya, pastu bakar, memang harum baunya, kan?

    Yang di Johor tu, yang orang potong kecik-kecik buat Sambal Tumis tu ya?

    BalasPadam
  11. belangkas boleh makan? ouch.. baru tahu ... :-)

    BalasPadam
  12. sedap yerk.. tak penah rasa.. teringin gak nak rasa... ada kedai jual tak??

    BalasPadam
  13. Sape ade belangkas cl @ whatapp saya... 0194717486 devan

    BalasPadam