Happy Birthday Junior

9:35 PG JunAina 22 Comments

Kek ni kosong je nampak macam gugurl pulak cuma letak fresh cream hias dengan buah. Aina beli 2 ekor angry bird dan sebuah rumah letak atas kek dan nama tulis kat tepi (gigih cari kat kedai barang buat kek). Junior suka.

2 Jan. Tarikh itu berulang lagi, saban tahun dan begitulah juga saban tahun dia semakin membesar. Seorang anak yang manja, aktif dan sentiasa ringan tulang. Anak bongsu yang sentiasa akur dengan permintaan mama dan begitu juga sebaliknya bila mama terpaksa akur dengan setiap permintaan dia.

Happy Birthday to my Junior Syed Mohamad Hikram bin Syed Hussin. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupanmu dunia dan akhirat. 9 tahun yang panjang tetapi bila sampai tikanya terasa terlalu cepat waktu berlalu. Mama akan merindui setiap detik dalam hidup kamu. Masa kecil yang sentiasa dalam pelukan mama tiba-tiba sekarang sudah leka dengan dunia sendiri.

Hari ini mama sangat-sangat bersyukur. Walaupun Junior tidak secepat abang dan kakak dalam menghadapi pelajaran tetapi mama bangga kerana Junior kuat berusaha. Kalau dulu Junior gelak guling-guling tengok gambar di komik tanpa faham apa yang dibaca kini Junior mula gelak guling-guling membaca komik kerana dia sudah pandai membaca dan memahami tulisan di komik. Walaupun tulisan dan bahasa di dalam komik tidak melambangkan BANGSA tetapi itulah salah satu cara untuk menarik Junior untuk belajar membaca, sekurang-kurangnya dia tahu membunyikan setiap perkataan yang ada.

Aina tidak malu untuk mengaku yang Junior memang sedikit lambat perkembangan pelajarannya. Biasanya hanya mengajar dia membaca secara santai, tika baring-baring lepak depan tv atau ketika berehat sambil bermain. Penat. Letih. Kecewa. Sebagai ibu semuanya ada tapi mama dan junior tak pernah putus asa dan tidak pernah menyerah kalah.

Tersenyum gembira bila mama nyalakan lilin. Bukan apa sekadar menggembirakan hati anak.

Birthday abang tetapi Alya pun menyibuk nak potong kek nasib baik mood abang baik. Tunggu dari tengahari sampai abang balik sekolah lepas tu abang tanggunhkan pulak sampai malam. Sabar tapi 5 minit sekali Alya buka peti sejuk. Rumah sendiri pun tak nak balik.

Sepotong kek dan seekor angry bird. Butter cake yang cair dimulut dan kemanisan yang sederhana. Suka beli kek kat sini.

 Seekor seorang angry bird. Puas hati bila Junior habiskan sepotong besar kek. Like father like son. Ramai orang kata Junior ni photocopy muka bapak. Kenapa panggil Junior coz Aina harap no Syed again after him...ahahahaa... 

Terima kasih buat mama tersenyum Junior.


You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Hepi besday adik Hikram...., biasalah kak, dlm setandan pisang mesti ada yg tak berapa elok buahnya...redha dan jgn pasrah.

    BalasPadam
  2. Waaaa.. Happy birthday juga yer..

    BalasPadam
  3. epy birtday juga & hapy new year ye

    BalasPadam
  4. nampak sedap kek nie
    akak beli kat seksyen 4 tu ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat biasalah Acu...kek dia tak manis sangat. Kena je dengan mulut tapi tulah typical je kek dia...hiasan pun cam tu jugak. Pasai tu akak bekejar cari angry bird letak atas kek tu bagi kelainan sikit. Angry bird dan rumah tu boleh makan tau coz buat dari gula.

      Padam
  5. salam Aina,
    memang budak2 ada yg slow sikit pmbelajarannya especially boys, tapi lepas remaja depa cpat pckup balik.nasihat saya,Aina kena trus bimbing dia jgn smpai ketinggalan jauh dri rkan sebaya, sebab budak yg ketinggalan di sekolah rndah slalunya akan berat hati nk usaha di prngkat menengah.so mama jgn jemu na? tiap2 hari kena dgn dia.check krja sek.tengok bhagian mana dia slow, bimbing.kalau mampu cari cikgu yg boleh bagi private tuition, tpai saya rasa sek ren Aina pun boleh coach kut.bila dia dh nmpak meningkat dia akn sndiri sronok nk blajar.kita bagi insentive hadiah setiap kali mrkah dia meningkat walaupu hanya 10 markah naik.insyaAllah dia akan pulun. wish u all the best to both mama n son.

    BalasPadam
  6. Selamat Ulangtahun Kelahiran HIKRAM. Pendiam pemalu tapi ketara anak yang baik. Moga terus menjadi anak yang cemerlang!

    BalasPadam
  7. happy birthday Junior...tak apa slow sikit...no kids are the same.

    BalasPadam
  8. Happy belated birthday buat Syed Mohamad Hikram !!!!

    Oooo..tu sebab panggil Junior ya....abis tu kalau yg keluar nya Sharifah pulak, macam mana? ekekekeke

    BalasPadam
  9. Happy Birthday Hikram..


    Baca pasai lambat, teringat adik makchaq, sampai darjah 4 tak tau membaca dan menulis kecuali menulis nama dia sendiri, tu pun huruf terbalik2..
    Masa darjah 5 dia mula boleh baca sikit2 dan pelajaran terus meningkat.. sampai dpt tawaran belajaq di luaq negara lepas form 5...la ni jadi engineer..
    kalah pulak kami semua yang selalu kena pi tolong dia beli makanan kat kantin sebab dia tak kenai duit sampai darjah 4..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah la mak chaq adik buleh berjaya lagu tu...doa yang terbaik buat anak Aina yang ni kot2 buleh jadi lagu tu jugak. Insyaallah...

      Padam
  10. happy belated birthday junior sayanggg

    mmg bestnya dpt angry bird seorang seekor..

    moga mjadi anak y soleh ya

    BalasPadam
  11. best sambut hari jadi di tahun baru camni.. rasa macam kemeriahan tu luar biasa sebab semua org berpesta.. walaupun bukan utk kita la.. hehe.. ^^

    happy bufday to your Syed Mohamad Hikram bin Syed Hussin. semoga panjang umur, murah rezeki & menjadi anak yg berguna utk keluarga, bangsa & agama.. ayat dasat.. ^^

    BalasPadam
  12. happy birthday yangggg!!!

    ada angry bird tu kire nampak boboy jugak la kak...hihih~

    BalasPadam
  13. happy birthday junior..

    setiap anak ada kelebihan dan kekurangan kan..anak dee yg bongsu pun kureng sket dari kakak dia dari segi akademik..tapi adiknya sgt rajin menolong dee..yang pasti kasih sayang kita pada mereka tidak berbelah bagi kan sis...

    BalasPadam
  14. happy belated birthday buat si junior. Semuga membesar menjadi anak soleh yang berjaya di didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  15. Happy Belated Birthday Adik Junior! :)

    BalasPadam
  16. Happy Birthdayyyyyyyyyyyy.. mintak kek sikittt hehehe

    BalasPadam
  17. dah 2 kali my comment tak keluaq.salah tang mna ntah..so I try tulis 2 patah ni, kut2 keluaq na..

    BalasPadam
  18. Happy belated B'day to Junior...
    moga jadi anak yg soleh, ceria dan berjaya dunia akhirat ya...

    BalasPadam